#2 Berapa Banyak Perbelanjaan Melancong ke Jepun?

Reading Time: 2 minutes

Sepanjang travel, saya dan wife cuba kekalkan perbelanjaan low budget semasa di sana tetapi masih lagi mementingkan keselesaan tempat kami menginap. Jadi takdelah kongsi bilik dengan orang lain, senang nak solat dan aurat lebih terjaga.

Tiket

airasia-tiket-jepun

Kita mulakan dengan tiket dulu.

Regular price return tiket KL-KIX adalah RM3,500 untuk dua orang. Yang RM3,500 ni kira low fare, bukan premium flex atau apa kejadah yang mencekik darah tu. Saya berjaya dapatkan tiket ni pada harga RM1,500 untuk dua orang. Hebat kan?

Macam tiket ni beli bulan Febuari hari tu. Ala… time promosi tiket RM0 tu. Siapa kata tak boleh dapat tiket murah? Everybody can fly you know.

Penginapan

dens inn fuji

Den’s Inn Fuji. Salah satu tempat penginapan kami. Yang ni kat kaki Gunung Fuji

Lepas tiket, tempat tinggal. Kami tak menginap di Tokyo sebab kalau nak jalan Tokyo kena concentrate kat situ je. Travel kali ni banyak tengok nature dan kota lama Jepun. Save Tokyo for later. Anytime boleh datang nanti.

Secara umumnya kalau tak menginap di ibu kota, dapatlah jimat sikit. So ini pecahannya:

  • Takayama RM400, 2 malam
  • Kyoto RM750, 4 malam
  • Fuji RM860, 3 malam
  • .. lagi 1 malam tak sure lagi kat mana

Jumlah ~ RM2200

Kos Perjalanan Dalam Jepun

hikari-shinkansen

Jangan terkejut kalau saya cakap tiket kereta api untuk kegunaan dalam Jepun selama 7 hari lagi mahal daripada tiket kapal terbang pergi balik saya. Betul. Tiket kereta api Japan Rail pass selama 7 hari ni je dah hangus RM1800.

Dengan tiket ni dapatlah naik shinkansen Hikari dan Komachi. Kedua-dua ni bukanlah paling laju, ada yang lebih laju dan of course lebih mahal. Yang lagi mahal tu tak sesuai lah untuk mereka yang travel bajet ni.

Ditambah lagi dengan beberapa tiket untuk perjalanan dalam bandar Kyoto dan airport transfer masa nak balik tadi, dapatlah jumlah untuk perjalanan dalam Jepun sahaja RM2,200. Botak kepala.

Makan

Tiga yang sebelum ni adalah kos paling besar untuk travel ke Jepun. Untuk makan, tak mahal sangat. Tak sampai RM1000 pun.

Ditambah lagi dengan jemputan sebuah hotel 5 bintang di Tokyo untuk dinner di restorannya, dapatlah save lagi sikit kan. Tunggu review hotel tu nanti.

Belanja

Yang ni subjektif. Kalau kaki shopping, silap la… Saya tak kisah sangat nak shopping ni, tapi kalau ada yang murah dan berbaloi di beli, saya beli. Takde bajet sangat pun. Setakat nak habiskan lebihan duit yang ada, itu je.

Jumlah kesemuanya, RM6,900.


Posted

in

by

Comments

15 responses to “#2 Berapa Banyak Perbelanjaan Melancong ke Jepun?”

  1. blog amir Avatar

    Kalau negara asia, baru p Singapore. Hehe

  2. nord Avatar

    Lama dh simpan hasrat nak g japan ni..kalau bawa rm10k pn x cukup ni..

  3. Radin Fadli Avatar

    Mahal betul! Adey.. Saya tgh plan nak ke tokyo, ingat nak tanya info berkenaan pass yg boleh di gunakan di dalam area tokyo.

  4. Sobri Mansor Avatar

    Belum sampai seru lagi nak ke Jepun. hehehe

  5. Mazni Azmi Avatar

    Selamat pergi dan pulang tuan. Semoga selamat dalam perjalanan.

    Insyaallah :)

  6. akubiomed Avatar

    Selamat berjalan-jalan ke Jepun. :-)

  7. takky Avatar

    nty dekat sane law x jumpa kedai souvenir yg murah2….
    try r p cari kedai dekat 100yen law jumpa….
    dekat kdai 2 sama je konsep dia dgn kedai rm2 kat mlasia….
    tapi brg2 dekat sane lagi byk….
    nk bli pkaian yg simple2 pun ade dekat sane….

  8. are_rull Avatar

    mmg seronok..last year sy dpt p Korea (company trip) pun sy da teruja..smlm kwn ajk join p Jepun bln dpn. Hahahaha dorg da prepare sgla benda & duit, sy tkial2..jd mmg x dpt follow ar..rugi nye..
    teringin nk g travel luar lg..

    1. Hasnul Mutawif Avatar

      pergi korea pun dah best.

      Suasana negara iklim 4 musim

  9. NotaKembara Avatar

    Berhajat nak jejakkan kaki ke Jepun ni. Fuh…. Boleh tahan juga ya kos.

  10. khairul aswad Avatar
    khairul aswad

    Wah.best tu dpt g jepun.senang x cri mkanan halal kt sane?lg 1,cmne blh dpt jmputan dinner d hotel 5 bntang tu?hebat.. :)

    1. Mazni Azmi Avatar

      Betul kan, dapat jemputan tu. Memang bagus.

      Macam mana caranya nak dapat jemputan?

      Tak sabar nak baca

  11. hikaru matsushima Avatar

    memang seronok kalau dapat gi jepun nih.

    banyak tempat leh lawat.

    1. Hasnul Mutawif Avatar

      Kalau dapat pergi dengan suami isteri macam tuan Ariff lagi syok.

      Memang bahagia pasangan kita

      Dapat luangkan masa berdua

  12. siti hazreen Avatar

    Ya allah…bestnyer jalan-jalan, tak sabar nak baca sambungannya. Hurmmm, bilalah nak sampai ke sini