Untuk pengetahuan semua iPhone 4 akan mula dijual di pasaran Malaysia menjelang bulan Ogos-September nanti melalui Maxis. Kalau Maxis pandai, diorang akan push supaya iPhone 4 dijual seawal mungkin sebab masa tu Hari Raya Aidilfitri dah dekat. Confirm macam pisang goreng panas iPhone 4 tu terjual sebab orang nak beli dan boleh buat lagak time raya. Takpe, kalau nak berlagak tapi mampu takde masalah. Kalau jual lepas Hari Raya, orang dah habis duit. Hutang sana sini kena settle. Confirm slow sket penjualan dia. Percayalah.
Harga? Tak sure, tapi mesti kena beli dengan kontrak dan kalau dah masuk kontrak tu, paling kurang Rm3000 untuk kos keseluruhan dia. Mahal.. Nak berlagak memang kena bayar mahal sikit.
Lepas tengok video propaganda Apple yang menunjukkan teknologi pembuatan iPhone 4 yang tersangatlah hebat tu, memang nak sangatlah aku beli. Admit it, teknologi penbuatan dia pun dah terlalu advanced berbanding smartphone lain yang kebanyakannya nampak biasa je. Iphone 4 ni siap ‘dibalut’ dengan enforced crystal clear glass yang kuat giler. Kalau beli tak reti guna pun orang akan terpesona tengok sebab kualiti dan rupa bentuk dia memang ada class. Nak banding ngan Blackberry, nampak Blackberry tu macam permainan budak-budak sekolah aje. (no offence!)
Sini aku nak kasi guide sikit, kalau korang bercadang nak beli smartfon mahal-mahal dan tak tau nak beli yang mana satu. Apa-apa pun tengok dulu perbezaan iPhone 4 dengan smartfon lain.
credit to Engadget
Storage: Aku tak faham kenapa storage nak bawak besar-besar. Ingat, ini adalah telefon, bukan external hard disk. Melainkan kalau korang ni kaki porn dan memang suka nak letak video lucah berbagai dalam phone tu, mungkin storage besar releven untuk korang. Untuk aku yang guna 8GB iPhone ni pun dah cukup dan tak pernah santak nak guna. 16GB is enough!
Cellular: So iPhone 4 ni takde WiMAX, mungkin boleh jadi modal kutukan kepada pembenci di luar. Aku cakap camni je, Malaysia berapa kerat sangat tempat ada WiMAX? Kalau ada pun macam boleh guna. Aku tengok thread P1 WiMAX kat forum Lowyat tu 70 page penuh dengan rungutan dan komplen pengguna. Aku tak salahkan teknologi WiMAX tu, aku salahkan syarikat telekomunikasi kita yang sentiasa gagal memberikan yang terbaik, munkin atas kekangan kerajaan. Jadi apa? WiMAX enabled smartphones kat Malaysia adalah tidak releven. Period.
Display size & Dimensions: Display size mempengaruhi size keseluruhan smartfon tu. Disebabkan iPhone 4 adalah yang paling kecil antara smarfon sekarang, aku rasa aku tak bermasalah dengan size skrin iPhone 4 yang sedia ada.
Display resolution: Apa guna kalau display besar tapi resolution kecil? Gambar nampak kotak-kotak dan tak cantik.
Video recording: 30fps (frame sesaat) itu laju. Nak cakap dari segi teknikal, aku tak tau sangat tapi iPhone 4 memberikan prestasi yang terbaik berbanding smartfon lain.
brought to you by
Location/orientation sensors: Lagi sekali iPhone menang sebab ada giroskop. Penjelasan dari segi teknikal – accelerometer iPhone biasa boleh kesan pergerakan pada 3 paksi, manakala dengan bantuan giroskop, 6 paksi. Pendek cerita, lebih banyak game menarik yang boleh dicipta berdasarkan teknologi ni.
Quoted max talktime & media playback time: Macam biasa barangan Apple ni memang terkenal dengan kemampuan bateri mereka yang tahan lama. Jadi aku tak perlu risau sangat pasal ni, memang pengeluar smartfon lain tak boleh lawan.
Weight: Eleh.. setakat 2 gram lebih berat berbanding smartfon yang paling ringan, aku rasa orang bodoh je yang guna faktor ni. Sepatutnya benda ni tak perlu jadi isu pun sebab 100gram tu dah memang ringan amat. Kenapa manusia sekarang ni semakin lemah dari segi fizikal ke sampaikan benda macam ni pun nak amik berat?
Jadi adakah aku akan beli? Kalau ada duit mestilah beli kan.. Tapi kalau aku beli takut banyak sangat pulak barangan Apple yang aku ada nanti. cis! Apple memang sebuah syarikat yang licik dan jahat. Kenapa syarikat macam ni tak banyak kat Malaysia?
Check out promo video FaceTime iPhone 4
Assalamualaikum sume..
gua ni apple fan.. cam ko gak
gua pn terliur gak nk pakai iphone 4 ni…
antara feature yang menarik adalah retina display..
lawa siot…
display yang terbaik… contrast ratio 800:1, hampir dengan cinema display
pas tu design die memang simple but very attractive..
really best smartphone
memang best pun iphone4 nih.. aku dah beli.. best!