Beli iPad Di Malaysia?

Memandangkan banyak keyword dari search engine masuk ke blog.ariff tentang iPad ni, maka eloklah aku bagi sedikit info kat mana iPad boleh dibeli. Untuk pengetahuan semua, iPad belum lagi dijual secara rasmi di Malaysia tetapi ada je individu yang buat bisnes kecil-kecilan beli dan hantar iPad dari US untuk dijual di pasaran Malaysia. Kalau sesiapa yang study kat US dan akan balik musim panas ni, bawaklah iPad seketul dua, boleh la gak buat duit.

Aku tak pernah lagi beli barang dari ebay Malaysia ni, jadi aku tak nak komen apa-apa pasal pembelian iPad kat sana. Memang ada je iPad dijual kat ebay Malaysia, tapi harga memang nak ketuk orang habis-habisan punyalah. Harga menipu. Belum tentu lagi pengiklanan kat ebay tu sahih ke tak, biasa banyak je yang menipu.

Biasanya kalau aku nak cari barang-barang elektronik macam kamera DSLR dan aksesori yang murah, aku cari kat forum Lowyat.net. Macam-macam ada jual kat garage sale dia. Kadang-kadang boleh lepak kat situ sampai berjam-jam semata-mata nak tengok barang-barang yang dijual. Yup, kalau nak beli iPad kat Malaysia boleh cari kat situ. Ada individu yang jual pada harga yang berpatutan dengan pasaran sekarang.

Senarai harga terkini iPad untuk pasaran Malaysia

Macam biasa barang elektronik baru yang belum dijual secara rasmi oleh pengeluar dia memang mahal sikit tapi biasalah, kalau nak berlagak kenalah invest duit sikit, betul tak?

  • iPad WiFi 16GB = RM 2300
  • iPad WiFi 32GB = RM 2590
  • iPad WiFi 64GB = RM 3190
  • iPad WiFi + 3G 16GB = RM 3299
  • iPad WiFi + 3G 32GB = RM 3799
  • iPad WiFi + 3G 64GB = RM 4299

Menarik? Siapa yang berminat pergi usha kat Garage Sales forum Lowyat.net

Tips untuk pembeli iPad di Malaysia

Andai kata korang berminat nak beli iPada daripada penjual-penjual ni semua, kat sini ada tips sikit ketika berurusan dengan mereka:

  • Seeloknya beli dengan penjual yang menjalankan urusniaga secara COD (Cash On Delivery). Maksudnya korang akan jumpa penjual tu di mana-mana lokasi yang telah dipersetujui, bayar iPad tu secara tunai dan collect iPad tu
  • Masa COD tu eloklah korang check dulu iPad tu, tengok kotak tu dah pernah terbukak ke, seal dia terkoyak ke.. (barangan Apple yang sah ada seal kat kotak dia)
  • Kalau nak lagi teliti, test je terus iPad tu on the spot
  • Pastikan nombor siri iPad yang dipamerkan di kotak sama dengan nombor siri yang tertera dalam iPad tu sendiri

Warranty service di Malaysia untuk iPad yang dijual oleh peniaga ni semua masih belum wujud di Malaysia, jadi iPad yang korang beli daripada penjual ni semua tertakluk kepada warranty di US sahaja. Maksudnya kalau rosak/ada factory defect, kena hantar US untuk pertukaran. Tak pasti sama ada warranty tu akan valid bila iPad dah dijual secara official di Malaysia oleh Apple.

Harga yang ditawarkan sekarang oleh penjual-penjual ni adalah lebih mahal berbanding kalau Apple Malaysia yang bawa masuk iPad ni secara rasmi nanti. Biasalah, kos untuk bayar orang tengah dan kos penghantaran dari US yang buat harga dia mahal. Jadi kalau nak murah, tunggu jelah Apple bawa masuk iPad ke Malaysia. Aku rasa menjelang September nanti sampailah kot..

Jadi itulah yang aku tau setakat ni pasal iPad di Malaysia. Kalau korang pernah try iPada atau dah beli, kongsilah cerita sket kat sini.

 

Comments

  1. Noor khasmah says

    askum….sapa2 nak beli ipad?saye nak jual saye nye ipad,still under warranty…pape sms saye..0196491552

  2. says

    hari tu g tgk2 kedai jual Ipad WIFI + 3G ( Casing + Screen Protect) 64GB total Price RM2730. agak2 relevan tak harga tu? nak sgt

  3. Ryan J says

    I got an ipad to let go..
    got it as a gift during christmas.
    it’s an Wifi+3g 32GB..
    Kindly offer me your price.
    Looking for a honest and serious buyer only please!

    I can be reached via ryanjoshh23@yahoo.com

  4. says

    Yup, baru2 aku ada survey harga dia kt JB, dh murah ckit,
    iPad WiFi 16GB = RM 1999
    iPad WiFi 32GB = RM 2200
    iPad WiFi 64GB = RM 2599

  5. amy da kreko says

    sya berminat nak beli ipad..
    bleh x tolong email or reply pada sya spec untuk apple ipad serta harganya.. nak guna untuk survey sbb sya peminat touchscreen..
    hehe.. hope ada yang dapat menolong..

    syazmie kassim
    sonettoamy@yahoo.com

  6. says

    Ipad telah pun dijual di Malaysia dan harganya jauh lebih murah dari harga yang dijual oleh agent-agent ipad dulu.nasib baik tak beli haritu..huhu.

  7. cekadak says

    bapak mahal ipad kat malaysia..
    betul2 kapak org ni…
    ni warenty bkan apple bagi..
    ni warenty kedai jer…pon mahal cekik darah..
    aku semalam jumpa kawan aku baru balik singapor..
    ipad with 3G + WIFI 32Gb baru 2800
    ori warenty apple singapore lagi..

  8. Mama Kay says

    Raya baru ni nampak makcik kita (yang cuma 4 tahun tua dari kita) dok guna I-Pad. Kita pun tumpang sekaki guna sekejap. Teruja sangat. Ingat nak cari, jadi google search dan jumpa blog awak ni. Best la pulak.

    Jadi saya pun nak meninggalkan tanda di sini. – cadangan awak juga dalam post terdahulu – he he.

    Kena sabarkan hati sampai I-pad tu berjaya menjadi milik peribadi.
    Nasib baik ada kaki boleh tolong belikan. Tapi tu masih “wants” belum lagi jadi “needs”. Benda2 yang ada kat tangan ni pun lom abis guna lagi.
    Apa-apa pun, TQ la sebab sediakan info pasal i-pad ya.

  9. says

    Erm.. style dow ipad utk golongan yg bisnes @ corporate.. Tp knape 64 gb je latest? haha.. klo 320 gb kan bgus stndard lptop2 lain kn..

    Bg aku dak IT yg blum trjebak bdang korporat ni.. better aku beli pc & acssories gamers siap stering lagi.. Haha..

    Tp klo sape2 yg business look tu, better la ambk ipad ni, senang nk closing prospect.. hahaha, nmpak mewah kn…
    .-= Cerita terbaru Ryanzz.. Sekalung Kata.. =-.

  10. fndrocka says

    nak simpan duit…nak simpan duit…nak simpan duit..
    .-= Cerita terbaru fndrocka.. Cerita Panas =-.

      • says

        ada.. RM300 je jual kat sandakan ni.. siap buleh jadik dealer lagik.. tapi paham2lah platform yang dia guna.. alahai~ hahahaha :)
        .-= Cerita terbaru wan.. Aku juga Arjuna =-.

        • syaza says

          nak lah i-pad dr Sandakan tuh…how to contact u?x dpt beli yg ori,yg china pun jadiklah….
          contact me at this number:012-8947592

  11. Adziim says

    Aaaaa……simpan buat duit kahwin lagi bagus.
    :)
    .-= Cerita terbaru Adziim.. Gaza Flotilla,Doa untuk pejuang misi kemanusiaan, serta Qunut Nazilah. =-.

  12. Roslan says

    abg aku pun dah beli gak..bulan lepas lagi…waktu tu mmg baru lagi masuk forum lowyat…mmg best la ipad ni..huhu
    .-= Cerita terbaru Roslan.. Survey Penggunaan Internet Dalam KTMB =-.

    • ariff says

      wah. Loaded abis abang ko. So setakat nipuas hati la? Untuk pengguna iPhone macam aku ni, iPad ni hanyalah iPhone yang bersaiz besar je. haha~ Tak tau lah, aku pun tak pernah try lagi iPad ni

  13. hydir says

    teringin nak beli tp ingat nak angkat MacBook Pro or Sony Vaio E series dulu ..
    nanti ler .. tunggu maxis bawak masuk baru boleh usya :)
    .-= Cerita terbaru hydir.. [Mini Post] Bacalah Doa Qunut Nazilah untuk membantu saudara kita di Gaza =-.

    • ariff says

      Rasanya Macbook Pro lagi puas hati kot. Nak lagi bagus, upgrade hard drive dalam tu letak SSD. Mantap!

  14. says

    kalau tak silap dalam bulan 7 masuk Malaysia..bagi yang ada duit boleh la beli..tp bg aku baik buat pc lg best…power pun power

    • ariff says

      hahaha. Barang baru camni manalah ada orang nak kasi free. Kalau masuk kontest pun susah giler nak menang iPad ni