Pak Cik Bawalah Anak Pak Cik Balik..

Terbaca surat ni di laman Berita Harian Online.

Bawa Pulang Anak Kami di Moscow

2011/02/24

SAYA bersetuju dengan pandangan ‘pesara kerajaan profesional, Kuala Terengganu’ yang disiarkan dalam ruangan ini pada 22 Februari lalu bertajuk ‘Doktor baru perlu di bimbing budaya kerja’.

Lantas kita menyalahkan Moscow Medical Academy (MMA) yang berpengalaman hampir 250 tahun menghasilkan graduan perubatan yang dikatakan masih tidak mampu menghasilkan doktor berkemahiran.

Sebenarnya, budaya kerja ini semakin terhakis di kalangan kita yang lebih bersifat nafsu-nafsi, hatta dalam organisasi kerja khususnya sektor awam. Baru-baru ini anak saya menelefon dari Moscow dan bertanya dengan nada penuh kehampaan. Katanya, kira-kira 20 pelajar di MMA kecewa dengan publisiti negatif yang diberi mengenai mutu latihan mereka. Ia menjejaskan moral dan semangat mereka untuk terus belajar.

Untuk makluman semua, anak saya antara anak didik Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berlepas ke Russia September tahun lalu. Mereka dipilih atas merit pelajar terbaik di bawah Skim Pelajar Cemerlang (SPC) dan sebelum ke MMA mereka menjalani latihan intensif mendalami bahasa Russia selama sembilan bulan di INTEC, Shah Alam.

Selepas tamat, saya bangga melihat anak mampu menulis dan memahami bahasa Russia dengan baik dan bagi saya ia aset yang wajar digunakan sepenuhnya. Persoalan yang ingin saya ajukan, adakah wujud komplot pihak tertentu yang sengaja menghantar aset pelajar terbaik kita ke negara mundur seperti Russia? Adakah mereka sengaja mensabotaj supaya semua mereka yang cerdik ini akan dipandang hina dan dungu pada suatu hari nanti?

Adakah kerajaan, khususnya MARA tidak mengkaji silibus pengajian di MMA maka, terburu-buru kita menghantar pelajar ke sana? Adakah Majlis Perubatan Malaysia (MMC), badan yang mengawal profesion pengamal perubatan terlepas pandang dalam mengiktiraf kolej ini?

Bayangkan sebagai bapa, saya diminta menandatangani perjanjian yang bukan sedikit, tetapi lebih RM600,000 sepanjang enam tahun anak di sana. Saya sedih jika pulang nanti, mereka digelar sebagai ‘doktor kelas kedua’.

Sehubungan itu, saya mohon pihak berwajib seperti MARA, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MMC atau kalau boleh Konsulat Russia di Kuala Lumpur membantu memulihkan semangat anak kita yang sedang belajar di Russia, khususnya di MMA.

Jika benar MMA yang berusia hampir 250 tahun berpengalaman dalam menghasilkan graduan perubatan dikatakan menghasilkan gra-duan perubatan ‘sub-standard’ berbanding universiti tempatan di negara ini, maka wajar anak kita di bawa pulang dan meneruskan pengajian di sini.

BAPA RISAU
Subang Jaya

Source: Berita Harian

Terjumpa reply ni somewhere..

Russia Tak Mundur

2011/02/25

Pak cik tahu tak sebenarnya mereka yang belajar di MMA tu kebanyakan belajar dalam bahasa Inggeris rojak dan bukan bahasa Russia? Pernah tak anak pak cik cerita ada lecturer walaupun dah dibayar untuk mengajar dalam bahasa Inggeris masih lagi berkeras dan mengajar dalam bahasa Russia? Orang Russia, mereka sayangkan bahasa mereka. Semua orang yang datang ke Russia wajib tahu bahasa Russia. Kalau pak cik tak tahu, pelajar-pelajar Malaysia (pelajar perubatan terutamanya) belajar dalam kelompok pelajar Malaysia sendiri, kiranya macam kita bawa universiti Malaysia pergi ke Russia, belajar dalam bahasa Inggeris & Russia dalam  persekitaran negara Russia.

Masalah berkenaan praktikal ni timbul bila universiti mula mengambil terlalu banyak pelajar dari luar. Pelajar luar merupakan sumber pendapatan yang bagus untuk universiti di mana-mana sahaja di dunia ni dan tidaklah menghairankan kalau mereka mengambil pelajar luar sekadar untuk menambahkan dana universiti. Dengan itu, agen-agen yang beroperasi di Malaysia semakin galak mencari pelanggan baru untuk kursus perubatan di sini kerana ianya murah dan faktor masyarakat kita yang hanya memandang kerjaya dalam bidang perubatan sahaja sebagai sebuah kerjaya yang berprestij. Bila pelajar dah banyak sangat, mereka tak dapat menyediakan tempat untuk menjalani praktikal (kemungkinan besar kuota tempat untuk pelajar asing telah penuh).

Pak cik tahu tak anak pak cik ni selalu je habis exam awal? Kadang-kadang habis sebulan setengah lebih awal berbanding pelajar lain yang mengikuti kursus penuh dalam bahasa Russia. Pak cik tak pelik ke kenapa anak pak cik boleh pergi jalan-jalan Europe lama-lama ataupun balik Malaysia sebulan dua masa cuti musim sejuk? Pada hakikatnya, tempoh cuti rasmi paling lama pun adalah 3 minggu jika dan hanya jika ada peperiksaan dan ujian untuk semua subjek yang diambil. Kadangkala saya dengar ada yang tak payah nak menduduki exam langsung, semuanya gara-gara banyak sangat dapat avtomat.

Saya yang menuntut di Moscow Aviation Institute ni macam nak mati belajar separuh gila terutamanya bila menjelang musim peperiksaan. Hidup memang perit. Bila dapat cuti dua minggu tulah nak duduk dalam bilik tak nak bangun-bangun sebab penat sangat menghadap muka pensyarah Russia ni. Badan penat takpe, tapi kalau kepala otak ni penat, malas dan meluat hidup kat sini, faham-faham jelah betapa punya teruk keadaannya. Saya pasti anak pak cik tak menghadapi semua ni.

Pak cik bangga ye anak pak cik boleh tulis dan baca dalam bahasa Russia? Cuba tanya dia faham ke tak 100%? Pernah dengar dia bertutur dalam bahasa Russia? Sebenarnyakan pak cik, bahasa Russia ni macam bahasa Malaysia je. Kalau dah tau bunyi untuk semua huruf tu setiap perkataan boleh dieja, sama macam bahasa Malaysia. Itulah sebabnya pensyarah bahasa Russia saya dulu boleh cakap bahasa Malaysia. Tapi kan pak cik, tahu baca dan tulis tak bermaksud seseorang tu tahu bahasa tersebut. Ada beza di situ. Ada slang dan dialek dia yang perlu kita faham kat sini, bukan setakat baca dan tulis sahaja. Dan secara serius saya cakap, takdelah mendalam mana belajar bahasa Russia masa kat INTEC tu. Taraf dia kat sini macam taraf sekolah rendah tahun satu je pak cik..

Negara Russia tak mundur pak cik. Siapa kata mundur? Saya tinggal kat sini, internet tu nak putus sebulan sekali dua pun susah. Kat Malaysia, hari-hari ada je masalah. Belum cerita kos internet yang murah, tambang perkhidmatan awam yang murah untuk pelajar (kurang daripada RM100 sebulan dengan penggunaan yang unlimited). Dari segi teknologi, Russia jauh ke depan berbanding Malaysia, cuma duit mereka ni banyak hilang disebabkan rasuah dan peperangan. Mereka tak memerlukan infrastruktur yang baru dan nampak cantik untuk mengembangkan teknologi mereka kerana ilmu yang mereka ada sangatlah tidak ternilai harganya. Kita? Kita mungkin tak lama lagi akan berjalan seiring dengan negara Russia dalam indeks negara yang korup.

Sebenarnya macam ni pak cik, kalau kita tak buat kampung Malaysia kat Russia ni saya rasa self esteem anak pak cik mungkin boleh diperbaiki. Tapi itulah masalah orang Malaysia ni, suka sangat berkampung. Bila dah berkampung tu, dah hilang suasana yang sepatutnya kita dapat tinggal di tempat orang. Tiap-tiap hari nak cakap bahasa Malaysia/Inggeris, datang negara Russia cakap bahasa Malaysia, belajar dalam bahasa Russia. What’s the point? Kita nakkan ilmu dari sesuatu sumber, tapi kita tak mahu dan tak mampu faham bahasa yang digunakan untuk menyampaikan ilmu tersebut. Akhirnya, tak faham dan hilang keyakinan diri. Kalaupun praktikal kat sini bagus, tapi kalau anak pak cik tak faham apa yang dia belajar, maka tak fahamlah jugak.

Mana ada komplot pak cik.. Takde agenda Yahudi/Freemason mahupun agenda kerajaan untuk membodohkan anak pihak pembangkang, cuma pak cik kenalah tau kerajaan kita bukannya kaya sangat pun. Duit semua nampak masa pilihanraya je. Skim Pelajar Cemerlang ni semua untuk orang yang tak mampu nak tampung kos melanjutkan pelajaran, jadi mereka ni hantar jelah ke mana-mana yang dirasakan boleh masuk dan valid. Tak dapatlah nak hantar semua pelajar ke tempat mahal. Jadi kalau pak cik ni jenis yang mampu (tengok tinggal kat Subang Jaya tu, boleh kata mampu lah jugak kan.. ), eloklah biaya anak sendiri hantar dia pergi belajar ke negara yang pak cik rasakan maju. Cagar la rumah tu ke, buat loan bank ke.. apa-apalah.. Skim macam ni bukan untuk orang yang banyak cengkadak, songeh, macam pak cik dan anak pak cik. Kalau rasa tak sesuai tu, boleh je berhenti dan cari tempat dalam negara.

Negara Russia tak mundur pak cik. Yang mundur adalah negara kita, pemikiran pemimpin dan ahli politik kita, pemikiran graduan perubatan yang tak nak pulang ke Malaysia dan menyumbang ilmu untuk anak bangsa serta pemikiran ibu bapa yang mampu untuk menghantar anak mereka belajar di negara lain tapi masih nak hantar ke Russia juga.

PELAJAR MARAH
Moscow

blog.ariff proudly sponsored by

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

47 Comments

  • ~Lalala~

    3 June, 2011 at 7:11 pm

    haish.. duo2 meme siye laa.. lain kali buat la kajiye gak sikit sblom komen2 tu.. ni gak main wi jah suko2 ati.. guano malaysia nok maju kalu rakyat sdiri mikir pendek lagu tu?? haish…

  • twometwo

    17 March, 2011 at 1:06 pm

    aku rasa tak perlu lah kot kita nak marah kat pakcik tu. sebagai ibu bapa memang diorang mahukan yang terbaik untuk anak2 diorang. mungkin kita tak rasa lagi macam mana perasaan tu. nanti bila dah jadi ibu bapa baru paham. ibu bapa mana yang nak tengok anak dia dapat benda yang tak memberi apa2 kebaikan untuk anak dia

  • Doktor lulusan Rusia bertauliah

    5 March, 2011 at 9:58 am

    camne batch u sy dah jadi mo ok je…
    camne budak europe sume jalan2 ngan kitorg dulu..budak2 moscow lak yang dikatakan banyak cuti?
    budak2 MAI pun ramai jugak..lebih kurang bilangan batch kami utk setiap batch..korg berkampung atau tak? salah ke? yang penting dapat belajar, kalau semua kandas memang ada masalah…
    saya dulu cuti tak sampai satu setengah bulan pon setahun..jalan2 tu pilihan masing2. duit simpanan hak masing2. pelajar malaysia tak berjalan ke? yang saya kenal ada jugak berjalan2, cuma kat malaysia.
    di europe, ada peluang berjalan di tempat orang..salah ke kita ambil peluang sekali seumur hidup ni??
    stress belajar kat malaysia memang teruk. tapi nak kata rusia je tak stress agak berat sebelah. Ada je kawan2 yang tengok cerita korea kat jepun, ireland, uk australia, malaysia (ye yang belajar medik tu) dan main dota dan counter strike..ini namanye hobi, mereka pandai cari masa untuk melepaskan stres.. Ada juga yang kandas, tapi cerita mereka tak diketengahkan. Cuma lagi ramai yang kandas kat malaysia, jadi lagi stress. Universiti2 medikal di malaysia macam bangga dengan kadar kegagalan pelajar2 mereka.mungkin ini membantu meningkatkan mutu pelajar lulusan mereka.
    Tapi adakah patut universiti2 dari ireland, uk, australia yang dijadikan panduan dan yang mengeluarkan pakar2 generasi lepas dikatakan mundur juga, kerana tidak ikut ‘stail’ universiti malaysia? Malangnya kita tak ada pakar2 lulusan rusia pada generasi lepas, kerana kita negara komanwel, bukan negara bekas communism. Jadi baru sekarang hantar.
    batch awal2..memang tunggang langgang…tanya la mana2 universiti, tempatan atau overseas. kamilah batch tabung uji..pernah tak baca buku “dont worry be happy” dari graduan pertama sebuah universiti tempatan? (dah tak ingat u mana)
    takpelah…bincanglah habis-habisan, esok saya ada on call ni..sedang berkhidmat untuk negara setulus hati
    biarlah apa orang kata, saya sedang cuba mengubah tempat saya dulu…belajar ini seumur hidup, terutama bidang medikal..apa yang betul 10 tahun lepas, salah hari ini..begitu juga masa depan
    satu lagi- pengetahuan medikal di Rusia tidak mundur. malah sangat up to date, berdasarkan kajian tempatan, seperti di europe. Jangan sekali2 anggap begitu.
    ape maksud mundur?bangunan lama? bangunan medieval oxford universiti tak lama?
    mereka ada guidelines, ada journal2, kebanyakkannya dalam bahasa rusia tapi ada yang diterjermah. mungkin akan ada di masa depan salah seorang graduan kita dapat menterjermah jurnal2 kita, agar dapat menambahkan pengetahuan medikal di malaysia, selain jurnal2 bahasa inggeris dari uk, europe dan australia.
    tapi itu pilihan kerjaya individu, bukan sesuatu yang patut lahir dari kesangsian tak berasas di tempat2 sebegini.
    (ada ramai penulis penterjermah karya2 bukan bahasa inggeris, saya cuma kenal seorang penterjermah yang masih menerbitkan buku-buku terjermahan haiku jepun ke bahasa melayu. kalau jurnal2 perancis, german mungkin sudah ada penterjermah di negara mereka.)

    Kepada adik2 di Rusia, belajarlah rajin2. Sebarang pembaharuan insyaAllah akan membantu meningkatkan mutu kerja doktor di masa akan datan. Jangan lupa kuatkan semangat juang, dan jangan lupa siapa kita. Kalau ada hobi..teruskan, asalkan dapat membahagi masa antara pelajaran dan masa lapang
    Alhamdulillah setelah menjadi MO, hobi-hobi lama saya dapat sambung, sampai dapat menghantar komen ini, hehe… dan plan kerjaya betul2

    Housemanship sangat menyeksakan..bekerja 6-7 hari seminggu, on call 7-15 kali sebulan, sekurang2nya 2 tahun, dengan ketakutan kene extend ( tambah lagi masa sekurang-kurangnya 3 bulan sekarang)
    hidup saya tak teratur, cume berharap tidak membuat silap dan mencari2 masa untuk belajar sambil bekerja.

    senior houseman sekalian, Klu junior kita meminta tunjuk ajar, sila2 lah mengajar, jangan tunjuk belang sebab kita pandai sikit. bila tukar department tup-tup kita pulak yang junior..takkan nak membuta tuli sebab taknak belajar dari kawan yang kita buli dulu?

    sori…off topic sikit.

    • Adzrul Ariff Azlan

      10 March, 2011 at 5:13 pm

      Tentang bab cuti tu…dah namanya Summer/Winter holidays..mmg sistem persekolahan/university negara-negara luar mcm tu, summer 2-3 bulan cuti lamanya, winter pendek sikit. Kat Malaysia je sebab bukan 4 musim and cuti banyak terpecah2 utk multiple festivals (Raya, CNY, Deepavali etc). Bukan sebab Russia ni suka bagi cuti lama2.

      Kalau dah cuti lama, takde kelas, ada tabungan, alang2 dah dekat oversea tu, pergi lah ambil peluang meluaskan pemandangan. Lagi murah dari nak travel ke Europe/Mesir dari Malaysia. Boleh develop banyak soft-skills – nak deal dgn orang luar mcm mana, nak adapt nanti macam mana, etc.

      (Sori ini sngt2 off topic)

  • AdzAriffAzlan

    5 March, 2011 at 8:37 am

    Saya graduate from Russia dan sudahpun tamat housemanship bulan 12 last year. Just nak offer my 2 cents tentang isu ni…sebab rimas diasak soalan sama time kerja (from patients, patients’ family members, radiographers…yg nyata bukan dari doctor2 lain HO/MO/Specialist/Consultant)

    Apa yg diulas Pelajar Marah tu memang ada yg betul…dan sy bukan nak mengulas panjang ttg isu ni sb rasanya unlikely system di russia boleh ditukar just dgn isu ni dinaikkan dan org ramai kat msia (rata2 yg tak pernah ke russia pun) yg galak sngt berbincang. unless kalau ada sistem pemantauan yg lagi ketat, complainlah banyak mana pun sama jugak isu di sana. tapi, sama ada dari Russia ataupun dari university lain, yg penting skali skrg, mereka kena mempersiapkan diri utk menghadapi housemanship di malaysia. it’s not easy, but it can be done.

    buat graduan russia, jgn putus semangat, sb rata2 yg ada di malaysia ni tidaklah teruk pun. yg penting work ethic dan attitude utk memperbaiki diri, jgn cepat putus asa. ada juga graduan university lain – tempatan mahupun dari negara lain selain russia – yg dtg dengan masalah mereka sendiri, tapi rata2nya kitorang semua survive juga. first impression dari org lain kadang2 susah diubah, tapi tak semua sebegitu, ada superiors kami yg sangat open dan memahami. buat kerja elok2, jangan berkira – you’re lucky if you have a good team around you…and kalau tak tahu tu, jgn segan2 bertanya (kalau segan pun buat research kat internet…or guna smartphones load banyak2 buku medical so kalau nak refer something boleh terus dapat at the tip of the fingers). usaha + tawakal, insyaallah ok.

    last but no least, bad apples don’t come from one same farm. cuma kalau that particular ‘farm’ dah selalu sngt produce bad apples, mmg akan jadi mangsa generalization oleh org ramai sampai kekurangan ‘farms’ yg lain tertutup. lumrah dunialah. tapi lets say, if one person gets a very good apple from a very bad farm, they will still appreciate the apple as it is, not because of which farm it comes from. (sorry la aku melalut skit)

  • Feeza Yusoff

    28 February, 2011 at 11:31 pm

    Salam.

    Sebagai ex student MMA ni, aku bukan nak cakap apa lah kan? Memang betul apa yang pelajar marah tu cakap. Tapi jujurlah, aku rasa salah dia ada kat 2,2 belah pihak. Student tu sendiri yang aku sendiri maklum macam mana dorang hidup kat sana & admin universiti or generally Russia itself. Tapi betapa corrupt pun orang kata Russia ni, there’s nothing we can do about it kan? So, aku setuju lah kalau nak cakap yang salah student tu sendiri yang banyak main peranan. Makcik Russia kat rinak selalu cakap camni kat aku, ” Kau datang negara aku, kenapa aku nak ikut kehendak kau. Kau lah patut belajar nak hidup kat sini. ”

    Aku belajar medic in both countries, Russia & Malaysia. Jujurlah aku cakap, medic kat Malaysia, is weuuuuw -_____-” Kat Moscow aku still boleh tengok berita malam2, tengok cerita Korea malam2. Tapi kat sini, jangan cakaplah. Masa exam kat Moscow dulu, even aku rasa macam nak pecah kepala study sebab aku selalu kena aim buat oral sorang-sorang 2jam setengah, tapi bila kat Malaysia, aku rasa macam double lagi seksa nak study tu.

    Kat intec apa kiteorang buat dulu? Aku rasa banyak main kot. Nyanyi-nyanyi segala benda. Tak tau lah kan sebab aku belajar 6 bulan je kat Intec, anak pakcik tu belajar 9 bulan.Serious lah aku cakap, foundation ke asasi sains ke kat Malaysia ni, kalau kau nak study medic, takde lah nak enjoy-enjoy macam tu.

    Kau sendiri tau macam mana student’s life kat sana kan? Tak banyak beza pun MAI dengan 1MSMU or M2. Serius aku rasa memang pegawai MARA ke, JPA ke, MINDEF ke, even MMC sekali pun try duduk Russia dalam a month or so.

    PS : dah ada ke pagawai MARA yang dorang janji last year?

  • Langkah Minda Positif

    27 February, 2011 at 1:51 am

    kepada Pak cik tersebut, bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan kepada anda. Bukan semua ibu bapa berpeluang menghantar anak2 mereka ke luar negara walaupun atas dasar skim pinjaman rm600,00.

    diharapkan anak pakcik tu kuatlah pegangan hidup serta mentalnya bila jauh di perantauan. belaja2lah bersyukur juga.
    jika niat kita ikhlas utk belajar..hantarlah ke ceruk benua mana juga, InsyaAllah ..Allah akan bantu

  • mas

    27 February, 2011 at 1:25 am

    isu ini sebenarnya ada kaitan dengan mutu doktor kita sendiri sekarang yang tidak dapat utk perform dengan sebaiknya semasa housemanship di hospital2 tempatan di Malaysia. Ada yang menyatakan latihan praktikal di medic school di rusia tidak membenarkan pelajarnya memegang mayat dan sebagainya. di samping kursus belajarnya hanya fokus on theoritical part. kebenarannya hanya pelajar medic rusia jea yang tau.
    tp jika betul kaedah practical semasa study di sana macam itu, pendapat peribadi saya memang tak seswaila universiti itu dipilih utk MARA hantar student ke sana. Tidak kiranya mak bapak budak yang dihantar itu miskin atau kaya pun. yg penting mutu pembelajaran itu yang penting.

    any medic student university terbabit nak clarify macammana course medic disana dioperasikan?

  • maar

    26 February, 2011 at 11:32 pm

    Pakcik ni nak bagi tau satu malaysia yang anak dia dok belajaq medical di Russia kot? serrr…pakcik tu sepatutnya tak payah nak risau qualiti belajar di russia or any other country. Yang dia kena risau is, how anak dia nak kerja sebagai doktor di Malaysia, which is TOTALLY HELL.

    Work hours macam gila. Gaji ciput. Silap hari bulan, anak dia boleh kena refer psych sebab stress kerja. CHOY! Anak belajaq tak abis lagi dah siru mat abas.

    To pakcik siru ni, pi masuk hospital kerajaan and tengok HO buat kerja macam mana. Tengok how MO treat HO macam anjing. Bukak mata luas luas sebab one day anak pakcik nak kena macam tu.

    • ariff

      27 February, 2011 at 2:27 am

      Dah pernah dengar cerita ni daripada student yang belajar medic kat Malaysia. Memang lagi perit dan jadual lagi pack berbanding pelajar-pelajar yang belajar overseas.

  • Pozi

    26 February, 2011 at 10:11 pm

    250tahun tak memberi apa makna.Mesir yg dikatakan tamadun dunia terawal, lihat kemundurannya hariini.Kalau universiti yg berfikiran orthodok, sampai bila pon tak akan maju.UKM medik ditubuhkan dengan rendah diri, pelajar terdiri mereka sekolah melayu,puratanya budak kampong, baki2 dari yg dipilih.penubuhannya dikritik hebat terutamanya pensyarah2 medik UM(yg kita tahu siapa).mampukah org melayu, bahasa melayu?. Tapi dgn berkat rendah diri, inginkan kemajuan, terima teguran maka jadilah UKM Medik saperti hari ini, pengeluar doktor barisan hadapan.

    • bdk engineering

      27 February, 2011 at 9:02 am

      dude,russia xmundur weyh,,,
      mreka 500kali ganda maju dari malaysia ok?
      tell me,sapa kt malaysia bole terbangkn kapal terbang like da hell russian d0?

  • achie

    26 February, 2011 at 9:31 am

    lain orag,lain pendapt.so mgkn ada yang memanas bial tak setuju,bro bgi sy la rusia tu tak mundur tapi pemkiran kita yang mundur..jgn pernah slhkan orang lain,kalu dari kit sndri tak nak berubah..kalau sktkt nak berjoli kat luar tu,balik ke malaysia ni..bukan ssh,menghabiskan duit je keja,.rasanya normal bila budak tu marah,coz lain tempat lain feel je..heheee

    skdr pendapat^^

  • mel

    26 February, 2011 at 9:27 am

    rilek r pakcik…kalo da tau uni tu “kelas kedua”, yg gatai sgt pi antaq anak masuk uni tu pasai pa?? lagi mau tanya kerajaan ka?? pikiaq sama la…next time antaq anak pakcik tu masuk UM ja..class gak pa..atleast wat praktikal nnt xde la tekehel mana2…neways student yg reply tu had done really a great job..die mmg mengetahui memahami perasaan jiwa raga perasaan student oversea nih..trimas

  • atieabid

    26 February, 2011 at 3:33 am

    ni kes anak manja la ni. sikit2 nak ngadu. padahal diri sendiri yng tak usaha lebih. pelajar lain ok je pun.
    hmmm.

    mana plak pacik ni belajar rusia negara mundur? adeh.

  • mrkay

    26 February, 2011 at 1:54 am

    Aku tak penah tau plak Russia tu negara mundur. baru hari aku tau yg Russia tu negara mundur. Betul la pakcik, negara yg pertama kat dunia hantar roket ke angkasa tu sbnrnya negara yg mundur. cuba kalau dia tak terlibat dgn teknologi angkasa dan sebagainya. mesti dia dah maju kan pakcik? erm..

  • Nordin

    25 February, 2011 at 10:50 pm

    Assalamualaikum..

    Saya agak bersetuju dengan surat daripada pelajar marah tu..

    Pelajar Malaysia yang dah study oversea tu, kena la berani menghadapi segala2nya..

    Ni asyik menyalahkan orang lain saja..

    Kalau rasa diri tak dapat buat dengan baik di oversea, balik Malaysia cari universiti tempatan saja..

    Jangan buang duit di negara luar, pastu luahkan segala perasaan ketidakpuashati yang terbuku di dada kononnya ada ketidakadilan yang berlaku..

    Satu benda yang saya perasan tentang orang Malaysia ni, ramai diantara kita suka buat benda2 yang senang2 saja..

    Kalau sikap macam ni masih diteruskan, saya berpendapat tak lama lagi rakyat negara kita akan jadi pemalas..

    Itu saja pandangan dari saya, sekiranya ada yang terasa, seribu kemaafan dipinta..

    Happy blogging :)

  • belalang

    25 February, 2011 at 10:18 pm

    Persoalan yang ingin saya ajukan, adakah wujud komplot pihak tertentu yang sengaja menghantar aset pelajar terbaik kita ke negara mundur seperti Russia? Adakah mereka sengaja mensabotaj supaya semua mereka yang cerdik ini akan dipandang hina dan dungu pada suatu hari nanti?

    **macam klakar jer stement nih…ngee

  • Johari Hamzah

    25 February, 2011 at 8:52 pm

    kadang2 semuanya atas sikap pelajar tu sendiri.. kalau sblm2 nie hidup senang lenang, tapi bila ada susah atau rintangan sikit, mula la down.. mengadu dkt mak ayah la.. sepatutnya motivasikan diri sendiri..

  • gluckyusof

    25 February, 2011 at 7:14 pm

    Tak sepatutnya down, insyaAllah kalau praktikal betul2 mesti boleh jadi creme de la creme. This might sounds a bit harsh, but before you sign the 6years agreement, think first.

  • Pendekar

    25 February, 2011 at 7:07 pm

    Pada pendapat pendekar… memang ada betulnya apa yang diperkatakan oleh Pelajar Marah tu… memang sesuai sangat bila dia kata macam tu.

    Pemimpin kita, pelajar kita semuanya bajet bagus.. pergi oversea berkampung…

    Pelajar, ibu bapa, dan pemimpin yang banyak songel tu. Baik suruh diorang rasa sendiri dulu semuanya. Baru komplen itu ini. Ni tidak, tak tahu pape, pi hentam semberono sana sini…

    Tapi…

    Pendekar ada jugak point yang tak berapa setuju…

    Pertamanya, sikap berkampung. Tiadalah salahnya sikap itu kalau rata-ratanya adalah pelajar perempuan. Memang fakta kalau kita cakap pelajar perempuan melayu lebih banyak kat sana. berbanding pelajar lelaki yang rata-ratanya non-muslim. Pendekar pun ada kawan yang belajar sana tapi pakai biaya sendiri. Mak bapak dia pinjam bank untuk hantar dia belajar sana. Orang india tu. Bukan melayu. Nak harap orang melayu hantar anak study medic kat oversea pakai duit sendiri? jauh panggang dari api… muahahahaha…

    Sikap berkampung itu perlu untuk menjamin keselamatan dan saling jaga menjada diri mereka di sana. Kerana rata-ratanya adalah “budak baru nak naik”.. istilah yang selalu kita guna untuk mat rempit budak sekolah yang tunjuk taring di jalanraya.

    Tetapi sikap berkampung itu memang ada batasnya. Bak kata peribahasa..

    “masuk kandang kambing mengembek.. Masuk kandang kerbau menguak…”

    “di mana bumi di pijak…di situ langit di junjung..”

    begitulah yang seharusnya… asal jangan berlebihan batas sudahlah…

    pakcik tu bukannya apa.. dia cuma khuatir akan masa depan anaknya. Kerisauan seorang bapa kerana sign jaminan pinjaman RM600,000… bukan sikit tu… normallah kalau dia risau…

    Tapi.. yang sebenarnya salah… salahkan diri sendiri kerana tidak reti menghargai segala pertolongan yang diberikan… Asyik nak fikir enjoy2 pun tak guna…

    Pergi sana-sini merata europe lepas abis exam… begitulah ragam pelajar malaysia yang belajar di Oversea.. Bila balik malaysia… mintak di suap kerja itu ini… Sedangkan ramai lagi yang sepatutnya dapat… atas usaha mereka sendiri…

    wajarkah??

    Tepuk kepala hentak kat dinding dulu ya sebelum menjawab…

    Maaf kalau terasa… (^_^)

    • ::RnR::

      27 February, 2011 at 10:55 pm

      “sikap suka berkampung”

      comments pelajar itu nga pendekar nie,
      i like them… love to know macammana students oversea handle benda nie?

  • Sieqa

    25 February, 2011 at 7:14 pm

    “Saya yang menuntut di Moscow Aviation Institute ni macam nak mati belajar separuh gila terutamanya bila menjelang musim peperiksaan.”

    Statement ni agak pelik skit. Rasanya tak ramai student Malaysia kat MAI tu kan? (^_~)

      • boyah

        26 February, 2011 at 7:03 am

        pelajar MAI sekarang Alhamdulillah dah cecah lebih 100 orang..kami yang 100% dalam russia,terpaksa cekal menghadapi kelas2,tutorial,lab.. sekian

    • lowqey

      27 February, 2011 at 9:12 am

      pe yg peliknye sieqa???? xde kaitan langusung statement tuh dgn bilangan pelajr MAI.bnde yg “PELAJAR MARAH” nk highlite ialah psl cabaran kami menghadapi exam which is lbih ssh dari anak pakcik tuh.kami belaja n exam t0tally in russian ok,, english??xde,,, s0 kalu x taw pape psl kami,better diam je.tq,,