oh.. hi there silly cat.
Seperti yang kita semua sedia maklum, tahun ni (dan beberapa tahun sebelum ni) salji dah mula banyak di bahagian Eropah ni, lebih banyak berbanding 5-10 tahun yang lalu. Banyak lapangan terbang di UK dan Jerman terpaksa ditutup disebabkan salji yang tebal di landasan dan kapal terbang yang beku bersalut ais. Tahun ni ada laporan mengatakan musim sejuk yang melanda dijangka menjadi yang terburuk dalam 1000 tahun tapi buat masa ni kat Moscow semuanya okay lagi. Cuma ada satu fenomena baru yang sangat ketara, pokok dan banyak elemen lain membeku. Sebelum ni berlaku, tapi takdelah teruk sangat cuma tahun ni memang boleh nampak pokok-pokok kat tepi jalan disaluti lapisan ais yang tebal.
Aku dah lama nak tangkap gambar, tapi disebabkan aku sibuk dengan benda lain jadi memang tak berksempatan. Pemandangan memang cantik, seolah-olah dalam alam lain a la Alice in Wonderland gitu. Tapi dalam Alice in Wonderland, ada ke scene snow2 nih? Macam tak je.. Apa-apa pun pemandangan tahun ni sangat unik. First time dalam hidup aku dapat patah-patahkan ranting pokok yang bersalut ais tu. haha.. jakun habis..
Tahun ni banyak jugak laporan kejadian blackout disebabkan pokok tumbang atas kabel elektrik. Ada yang sampai 2-3 hari takde elektrik. Banyak kes berlaku di pusat bandar Moscow sampaikan lapangan terbang utama di Moscow ni, Domodedovo Airport terpaksa bergelapan.
Tengok jalanraya tu, semua bersalut ais. Bahaya.. Pernah nampak orang jatuh entah macam mana sampai patah kaki. Penulis sendiri dah berapa kali pernah jatuh.
Pokok Krismas beku..
Tak tau buah apa, tapi aku panggil buah ceri je.. Tak boleh makan kot. Depan hostel ni banyak..
Cantik kan?
Tupai ni tak pernah nampak lagi.. Kena cari kat hutan belakang ni.. tak sah kalau tak tengok depan mata sendiri.
+ pictures via English Russia

Comments
58 responses to “Kehidupan Di Celah Bandar Moscow (Siri 16) – Bandar Moscow Yang Beku”
suka tgok kucing n tupai..c0mei2….
pos bw balik malaysia bleh???
nice pic.. kuceng tu contrast dgn snow.. mables. beznya if dpt g moscow…
waaaa !
best nyer ! :)
tahan sejuk ea kucing ngn tupai tu…hehe
Siyes aku suka gambar yang ko snap ni.
Uiks.
Gila punya beku ni.
>..<
Tahun ni nak kirim salji dengan kau lagi boleh tak ARiff?
Boleh la.
=)
huh kalau aku la di sana agaknyer dah masuk hospital aku…kesejukan ekon pun aku tak tahan.. ni kan pulak sampai macam tu sekali..
oh..rindu nak main salji lagi..huk3..
kalau nis duduk sana mesti dah beribu-ribu gambar nis snap.. hahaha.. sedangkan duduk kedai buku je dekat 100 gambar, ni pulak duduk negara orang yang kita jarang dapat rasa suasananya..
cantik tengok pokok-pokok disaluti dengan ais mcm berkaca-kaca…..
beku la jawabnya kalau pergi sana nih. demam berkali-kali,yang kat Malaysia nih pun berkali-kali demam apatah lagi sana. Anyway gambar 1st dengan kelima cantik..
hoho, tak sanggup kot hidup dalam kesejukan camni. mau beku aku dibuatnya…haha
klo kronik sgt smpi negative mmg laa kene duk umah jer.tahap bahaya daa tue….janji heater kat umah berjalan…..haha….ke umah ko still ade tmpt api….ape eak name dia…kt umah grandparents aku still ade firestove tue….
my latest entry :- http://www.yohanibrahim.com/blog/my-1st-meetup-with-scuba-junkies
minggu depan aku balik ISB aku snap gambar snow sana plak hehe :)
Gmbar cantik sgt.. kucing tu comel. Ish brapa suhu sana ek? -_-
adik aku de sorg duk blaja sne..raya je mesti xdpt blik..huhu..aku lak
hehe.. aku paling suke tengok ais atas ranting.. hehe, kat area umah aku byk gile pokok tumbang sebab berat ngan ais.. hohoho
nice pic btw..
wah terbaek….
agak-agak minyak itam dalam kereta-kereta tu beku x,,??
rasanya tak.. sebab bukan cecair jenis air.
bahaye gile kalau tak pandang kiri kanan…
x pasal2 jatuh dahan pokok atas kepale…
kalau durian runtuh tak pe jugak….
(hope komen nie dpt anta, dh byk kali try nie)
lagi bahaya jalan atas ais,silap-silap jatuh patah pinggang..mudah-mudahan dijauhkan.
bahaye gile kalau tak pandang kiri kanan…
x pasal2 jatuh dahan pokok atas kepale…
kalau durian runtuh tak pe jugak….
mesti seronokkan dapat tgk salji.
habis semua membeku. penulis tak beku ke?
ada baju tebal untuk mengelak dari jadi beku. Mesti Ariff pakai..
Ko yg snap ke gmbr garfield tu?? Comel…
knapa xda gmbr penulis erk??
ambil la gmbr bnyk2 lg..
xtvt org sana bila musim salji?
Subhanallah.. cantik pemandangan.. Nampak sangat sejuk, kena berhati2 waktu berjalan.
cantik gambar.
nice one. =)
terbaik…rase macam nak pegi sane snap picca banyak..
really luv photography..
semua gambar nice
ye, setuju,gambar buah ceri tu paling cantik. Benar-benar menginspirasikan.
waaa…besnya kalau aku dok kat sana. Bila blh main salji kat oversea…
bestnyer..hehe
:):):) terbaeekkk!!!!
terbaik bro..gambarnya benar-benar menginspirasikan.
comelnya kucing…
oh., kucing tu memang handsome..
hahahahaha…
heran tupai tu tak berbulu putih..ops!
kat gombak ni pun cam nak beku.. hujan sentiasa.. hehe.. kilat ais, dah macam freezer !
i tot tupai be-hibernasi time2 sejuk2 nih…yg tu musti lapar sampai terjaga dari tido
hujan salji di negeri orang..hujan air di negeri sendiri..
kalau dapat tgk hujan salji kat negeri orang sekali sekala best jugak…
melihat keindahan ciptaanNya..
waaaa! bestnya =)
Oooohhh… sampai beku pokok tu… ‘O’
subhanallah dapat mengecapi dunia diluar sana…
cantik … sungguh cantik…
tu buah ribena (kata sorang kwn russian)..boleh dimakan tp x brapa sedap..tp dak2 rusia suka =)
wow!!!cantik nyer
setuju..memang cantik!
subhanallah,mesti teramat siksa kan kalau nak ambil wudu’??
mesti bergegar kesejukan.
wowww…sgt teruja tgok daun ber-aisss…cantik2!=)
tupai tu xbeku pulak..hihih~
nice pic la..
next punye next punye next winter break kena pi jalan moscow nih…hehhe
ceri takleh makan sebab ais or sebab dia unknown fruit?
fuyoo, best2..
menyepi lama bro apa cer?
tengah membeku ke..?haha
Gambar pertama tu cantik.
wahh…buah ceri tu mcm sedap jerrr….bila la bleh pg jalan2 tempat macam ni…
bahaya lah kalau jatuh sampai boleh patah kaki.
patah kaki ok lagi, patah tulang belakang, bahayanya boleh lumpuh bahagian bawah badan, dari pinggang sampai ke kaki. Moga Ariff sentiasa selamat di sana..
sangat sejut nampaknya..
its time for hibernating!
asal sejuk, mesti kita cepat ngantuk, kan Mas? Kat sini, hujan sejam dah membuat mata kita lemah kuyu, ternguap-nguap dibuatnya.