Bahasa Rempit Dalam Peperiksaan Bahasa Malaysia

Reading Time: 2 minutes

Bukan nak suruh tulis bahasa baku dalam blog, cuma bila menulis untuk pembaca, lebih-lebih lagi bila pembaca dah mencecah ratusan mahupun ribuan, bahasa tu eloklah bahasa yang kasual dan paling penting, normal. Aku tinggal di Russia ni barulah aku faham macam mana sebenarnya nak cintakan bahasa ibunda/bahasa rasmi negara kita. Kat sini kalau tak faham bahasa Russia, anda hanyalah bayang-bayang dalam lorong yang gelap. Orang Russia langsung tak pandang.

 

Aku sebenarnya tak faham apa motif bahasa ni semua wujud. Selama hidup aku, kalau tulis sms pun tak gunakan bahasa singkatan ni tapi mesej tetap dapat disampaikan tanpa sebarang masalah. Kalau kat Facebook lagilah. Rasanya bila dah dibelakang desktop/laptop, adalah sangat bodoh sebenarnya untuk guna bahasa singkatan macam ni sebab ada keyboard yang lengkap. Macamlah busy sangat buat bisnes juta-juta sampaikan nak tulis guna singkatan macam ni. Mereka yang gunakan bahasa rempit lebih teruk.

 

Mungkin sudah terbiasa dalam penggunaan bahasa sebegini sampai terbawa-bawa ke dalam dewan peperiksaan tapi masalah ni susah untuk dibendung. Samalah macam penggunaan bahasa baku, siapa je yang gunakan kecuali Samad Said. Diharapkan isu ni diberikan penekanan lebih di sekolah sebab nama pun budak-budak, selagi tak ketuk, selagi tu tak ingat.

 

Bahasa terlarang
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Fenomena pelajar sekolah menulis karangan menggunakan bahasa singkatan SMS dan bahasa sembang siber atau chatting, semakin serius selepas kemunculan pelbagai laman interaktif serta laman sosial di internet seperti Facebook dan Twitter.

Kebiasaan menggunakan bahasa singkatan itu menyebabkan pelajar terbawa-bawa ketika menulis karangan subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan, sekali gus menjejaskan mutu karangan dan mempengaruhi jumlah markah.Antara bahasa singkatan yang digunakan ialah Askm bagi menggantikan Assalamualaikum, tidak (X); yang (yg); bila (bla); masa (mse); saya (sy); telefon (tpon/fon); dengan (ngan/dgn); terima (tima) dan sebab (coz).

Perkara itu diakui guru sekolah yang mendakwa ia semakin kronik disebabkan kebanyakan pelajar terlalu asyik melayari laman sosial sama ada menerusi komputer atau telefon bimbit untuk berinteraksi.

Sumber: Berita Harian

 

Bahasa perlu dimartabatkan kerana bahasa itu identiti bangsa dan negara.


Posted

in

by

Tags:

Comments

45 responses to “Bahasa Rempit Dalam Peperiksaan Bahasa Malaysia”

  1. aizamia3 Avatar

    bila dah biasa itu yang banyak timbulnya masalah.. kesian pada cikgu-cikgu yang menghadapi masalah anak murid menggunakan bahasa sms ni..

  2. Izwan Avatar

    kasi je markah sikit,sedar la tuh..dalam blog pn kalau boleh aku tak guna short form..bhs santai dan short form berbeza.. hmm,negara sendiri pn kadang2 nak ikut sgt bahasa luar pe cerita..

  3. reezluv Avatar
    reezluv

    bila dah terbiasa..jadi cenggini le.:D

  4. cik dara Avatar

    Budak-budak sekarang dah terbiasa menggunakan bahasa singkatan yakni bahasa rempit dalam kehidupan seharian sebab itu sering terbawa didalam alam persekolahan bila melibatkan karangan bahasa melayu ini.

    Pondok menjadi bangsal,
    bangsal terletak dihujung desa,
    usul menunjukkan asal.
    bahasa menunjukkan bangsa.

  5. afzal laidin Avatar

    betul, kita perlu jaga bahasa kita.
    kalau tak silap, mula-mula guna “bahasa sms” sebab nak jimat jumlah character. Dulu-dulu satu sms pun mahal. so, nak jimat punya pasal ramai lah yang guna bahasa ringkas.
    Tapi yang guna bahasa ringkas sampai ke dalam kelas, thesis, memang tak patut.

  6. Ahmad Ijat Avatar

    Sangat-sangat setuju dgn post AS ni. Ramai pelajar sekarang tak dapat nak bezakan keperluan penulisan -rasmi dgn tulisan kpd kawan-kawan.

  7. phoenixstudio Avatar

    bdk2 ni xcekap…

  8. Adilla Harun Avatar

    Itulah yang menghairankan. Bila terjadi begini tidak tidak tahu mana puncanya. Mahu disalahkan teknologi, ia sebahagian dari kemajuan dan peradaban dunia. Mahu disalahkan anak-anak tu, mereka hanya menurut arus perkembangan. Mahu salahkan guru, mungkin mereka sudah pun berbuih mulut berpesan dan mengingatkan para pelajar. Salahkan penjual-penjual telefon bimbit, komputer, laptop dan segala macam gadget pun tak wajar juga. Mereka berniaga. Wang!,Wang! siapa tak mahu.

    Satu saya faham kerana wang juga manusia mampu tergadai jiwanya. Apalagi sekadar menggadai bahasa, itu mungkin tidak seberapa pada sebilangan orang.

    Peranan semua pihak perlu untuk memperbetulkan keadaan. Itu pun jika benar mereka prihatin pada kedaulatan dan ketulenan bahasa ibunda.

  9. iema Avatar
    iema

    ada baek jugak aku belajar dulu buta it lagi..
    huhu

  10. nasslimdiet2 Avatar

    kalau saya jadi cikgu mau angin nak menanda karangan macam tu.

    tv3 guna bahasa baku juga

  11. sickchild72 Avatar
    sickchild72

    hahaha tak beragak sampai nak masuk dalam exam HAHAAHAHAH

  12. beritacikgu Avatar

    budak-budak sekolah memang macam tu sekarang. Pening kalau suruh buat karangan. Bahasa rojak habis..

  13. Milo Ais© Avatar
    Milo Ais©

    cintailah bahasa kita….aku yg duk kat arab saudi ni pun pening gak ng bhase arab..klu sembang ng diorang msti skit pala..ade jer singkatan bhse yg diorang gunakan…sama cam malysia jg…

  14. teddybearcute Avatar

    sangat teruk budak2 zaman sekarang ni, guna bahasa singkatan tu tak lah salah sangat, tapi sampai dalam exam…agak2 lah..mak bapak tolongla check karangan anak2 sama, jangan harap cikgu je.

  15. izwan Avatar
    izwan

    ada yg ditolak permohonan kerja sebab guna bahasa pasar malah di universiti,jawab soalan esei pun guna singkatan yg x difahami.mcm mana mahu lulus?

  16. izwan Avatar

    salam.itulah orang kita bila ada kemudahan menulis pun nak tulis pendek-pendek.merugikan diri aje sebab nak mintak kerja pun kena tolak sebab bahasa digunakan bahasa pasar.bukan perkara remeh apabila ada yang ditolak sewaktu memohon kerja kerana resume ditulis menggunakan bahasa pasar ni.

  17. eiela Avatar

    bahasa rempit yang memeningkan kepala dan membelitkan lidah untuk membacanya.

  18. Nur Fannun Avatar

    alahai, sapa yg dlm exam pun tak reti nk tulis dalam ejaan perkataan yg betul, mmg tak leh jadi programmer le..nti asyik keluar error je.. eloknye klu dpt sms tp tak faham pe yg dihntr elok bls dgn

    error!!

    error!!

  19. yaaser Avatar

    Oh, orang panggil bahasa rempit ke? Baru tau. Kesian mat rempit…

    1. Sobri Mansor Avatar

      Ada jugak gelaran lain bro yasser. Bahasa Rojak, bahasa pasembor, bahasa gado-gado, semuanya mmenggelarkan kepada bahasa yang digunakan setiap hari tapi diaplikasikan kepada keadaan formal macam yang dipostkan oleh TT kat sini.

  20. iza Avatar

    Assalam..
    Bahasa rempit memang menyusahkan nak membaca..
    kadang-kala menyusahkan otak untuk mentafsir apa yang nak di kata..

  21. azieazah Avatar

    ARIFF… tahniah kerana menulis isu bahasa ini. Kak Azie sendiri pernah tulis tentang isu ini beberapa ketika dulu. Sendiri benci kepada bahasa rempit, jadi kita sendiri harus terus menjadi contoh untuk tidak menjadi pengikut gaya rempit.

    Kita teruskan menulis dengan bahasa yang baik.. Kempen berterusan. Ignore yang rempit. Tak akan berjaya, lama-lama langgar tiang!

  22. ekspresiruang Avatar

    sedih gile bila orang Malaysia tak reti nak menghargai bahasa sendiri. kalau tak boleh tulis baku pon, at least jangan la letak shortform melampau2. ciri-ciri sebuah negara maju adalah rakyat diorang sangat memartabatkan bahasa ibunda mereka. kalau gi paris cakap english, komfem french tak layan kita. kalau cakap melayu, baru diorang layan sebab diorang tau kita ni bukan orang putih pon nak eksyen2 cakap bahasa asing.

  23. Anarm Avatar

    kat twitter boleh la nak guna perkataan short form macam tu.. jimat huruf.. yang sampai dalam exam pon guna short form apekejadahnya? zaman aku study dulu, salah eja perkataan sikit je pon boleh kena pulas perut.. pedih.. kadang2 kena tarik sideburn.. perit..

    budak2 zaman sekarang dah naik lemak sangat ke apa ni?

  24. zul Avatar

    budak-budak sekarang bukan kisah pun bab bab nak jaga bahasa sendiri,malah kerajaan kita pun buat-buat tak kisah pun…ada ker patut perkataan KOREKSIONAL boleh lepas guna.hurmmm nak korek apa ntah…

  25. Adam Roslan Avatar

    Penulis blog perlu tukar gaya penulisan anda. Elakkan ringkasan yang keterlaluan dan JANGAN guna bahasa REMPIT. Takkan nak kena buat kempen jugak kot?

  26. namaakulynn Avatar

    have to thanks to u ariff!
    antara entri awal2 yang aku baca kat blog.ariff ni,entri ‘jangan guna bahasa rempit’.before that,memang guna bahasa ikut sedap je.tapi tak la yang spesies -ewww bagai.selalu guna short form je.
    but after banyak selak2 tips kat blog.ariff,terus tukar gaya tulis.and yes!lebih sedap mata memandang.senang orang baca.thanks!

  27. aiez Avatar

    Dah jadi bahasa harian,dalam sms pun kalau tengok ayat yang dihantar pun,kena dua tiga kali baca baru nak faham apa yang disampaikan…

  28. daus Avatar

    maybe budak sekarang ni dah terbiasa [Kot.. [Bahasa Rempit]

  29. Fazreen Avatar

    Budak2 sekarang terlalu spoil

  30. msbmna Avatar

    Inilah hakikat terpaksa dihadapi oleh guru. Masyarakat kita semakin sukar untuk didisplinkan dengan perkara yang betul.

    Bab Twitter dan SMS mungkin boleh dimaafkan sebab ruang aksara terhad. Kalau Facebook, e-mel dan blog biarlah guna bahasa yang betul, santun dan gramatis. Guna bahasa yang betul bukan bermaksud ‘mat skema’ atau ‘lurus’ tetapi mencerminkan citra peribadi seseorang.

    Kalau guna bahasa Melayu, gunakan sebaiknya. Begitu juga bahasa Inggeris. Bukan sekerat-sekerat, bercampur gaul jadi cacamarba.

    Sebilangan besar umat yang masih guna perkataan ‘korang’ dan ‘diorang’ pun bermasalah juga. Bukankah ada pilihan yang pelbagai seperti anda, saya, kalian, kami, kamu, saudara/i? Tak gunalah belajar kata ganti nama diri semasa tahun 1. Macam manalah cikgu di sekolah tak pening kepala menanda buku dan kertas periksa.

    Lebih mengecewakan lagi, ada yang merendahkan bahasa Melayu apabila terjemahan ‘janggal’ bagi sesetengah orang untuk beberapa perkataan yang kurang dipopularkan seperti website – laman sesawang, bug – pepijat, joystick – kayu ria.

    Habis, orang barat yang mula-mula perkenal tak rasa janggal?

  31. Lord Zara Avatar

    Aku tulis guna bahasa baku Ariff. :p
    Walaupun ayat pertuturan mungkin tidak baku, memandangkan dipengaruhi oleh slanga, aku rasa tulisan aku mampu difahami oleh orang yang bertutur dalam bahasa Malaysia.

    Hari tu ada komentar yang aku dapat – orang kata kenapa aku tulis bahasa Melayu walaupun aku bukan #melayutulen, aku tak ambil endah pun. Siapa mereka mahu aku tulen ke tidak, dan apa perlu ke aku jadi #melayutulen untuk menulis dalam bahasa ibunda?

    Ah, abaikan manusia begitu.
    Kalau ada anak murid aku tulis SMS begitu pada aku, aku dengan senang hati akan padam terus kalau aku tak faham. Kalau aku faham sekalipun, aku terus padam sebab aku tak iktiraf orang mengeja macam tak pernah pergi sekolah.

    Ittew = Kita? [paling aku tak faham]

    T_T

  32. zool Avatar

    bila dah terlalu menggunakan perkataan singkat-singkat akan mengakibatkan bahasa semakin terhakis.

  33. syafiq Avatar

    apa diorang ni menaip ke masa exam? aku rasa kalau aku tulis mesej sebegitu singkat pun la takkan la sampai menulis pun nak kene buat gitu. aneh.

    nasib tak ada yang jewww kew lew maw dan tak apa apa lain.

    oh ya. grrrrrrrrr ada tak?

  34. matjoe Avatar

    negara lain pun sama

  35. azura Avatar

    saya akui juga memang pelajar banyak menggunakan singkatan dalam karangan tapi waktu peperiksaan sebenar selalunya mereka akan menulis secara betul setelah gurunya berpesan berkali-kali dan terjerit2 marah…

  36. syahrilhafiz Avatar

    dah cuba pratikkkan tinggal bahasa rempit..:D
    tapi masalahnya sekarang bila membe tulis bahasa rempit aku tak paham. lagi sakit tu..

  37. fina fento Avatar

    adik – adik kita ni sangat kesian. terlalu terdedah dengan teknologi sampaikan rosak bahasa sendiri. jangan la terbawak – bawak sampai ke tua.

  38. naimulfirdaus Avatar

    dah banyak kali kan AS tulis pasal cara penulisan ni..

  39. hanisaleeya Avatar

    Sangat sayang bahasa bunda. Susah nak disiplinkan orang lain. Disiplinkan diri sendiri guna bahasa baku pun kadangkala tersasar.

  40. Nini Hartini Avatar

    saya pun guna gak bahasa SMS ni tapi dalam karangan kat sekolah tak lah pula tercampur aduk. kesian kt cikgu2 lah.

  41. Ezany-Kun Avatar

    sbb tu aku cadangkan sape yg ade adik2 nak buat blog tu pantau penggunaan bahasa dorg.. suruh guna bahasa yg btul.. takut nnt terbawa2 sampai ke exam..

    opss.. komen kat sini guna bahasa rempit xpe kan.. :p

  42. Ahmad Fikrizaman Avatar

    walaupun selalu guna shortform, tapi tak pernah guna dalam exam.. kalau ter tu kira belakang la..

  43. Sabahan Bloggers Club Avatar

    Bahasa singkat ni rasanya budak-budak sekolah yang makin ramai guna. Hinggakan dalam exam pun tersalah guna perkataan tu semua. Blogger pun ada yang macam tu jugak ni. Cuma mereka dikalangan mereka je lar yang faham.

    1. naimulfirdaus Avatar

      sebenarnya perangai ni terbawa-bawa dari sikap banyak mesej..
      dah banyak sangat bermesej, dalam periksa pun jadi camtu..