Bagaimana Saya Enjoy Menyaksikan Perlumbaan F1 Grand Prix Sepang 2015

Reading Time: 5 minutes

redbull-infiniti

Semua orang ada peluang nak pergi tengok perlumbaan F1 di Sepang setiap tahun. Tapi tak semua boleh enjoy sepanjang masa menyaksikan perlumbaan ini. Bayangkanlah dengan panas dan hujan tu semua, orang yang dah pergi je tau.

Bagi yang belum pernah menyaksikan perlumbaan F1 dan merancang menyaksikan sendiri perlumban ini pada tahun akan datang, saya kongsikan pengalaman saya menonton perlumbaan F1 2015 yang boleh dikatakan agak istimewa berbanding yang lain.

Race day saya dimulakan seawal jam 11 pagi. Penting untuk bertolak awal dari rumah untuk mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesatan lalu lintas. Silap-silap boleh terlepas starting point perlumbaan.

Otw ke Sepang. Race day! Liputan F1 Petronas Malaysia Grand Prix 2015 dengan kerjasama Exness (www.exness.com) #MalaysiaGP

A photo posted by Ariff Shah (@shahariff) on

Untuk memudahkan anda bergerak ke sana, pastikan anda mempunyai pemandu sendiri yang datang untuk menjemput anda di rumah dengan sebuah kereta Camry bercermin gelap. Kereta yang luas menjamin keselesaan anda sepanjang perjalanan ke litar dan cermin gelap supaya anda dilindungi daripada sinar matahari yang terik.

Pastikan anda memakai baju pasukan kegemaran anda dan pakaian yang bersesuaian dengan cuaca panas dan kering di litar nanti. Minum air secukupnya sebelum pergi dan semasa di litar untuk mengelakkan dehydration.

Untuk menjimatkan kos, anda boleh pergi makan tengah hari semasa dalam perjalan ke litar kerana harga barang makanan di litar adalah harga bertaraf antarabangsa, sesuai dengan event antarabangsa yang sedang berlangsung. Dah ada GST nanti tak taulah macam mana kan..

tiket f1

Jangan lupa untuk membawa tiket anda bersama. Masalah besar kalau tiket tertinggal di rumah. Harga tiket bermula dari RM100 sehingga RM1500. Anda mungkin boleh mendapatkan tiket di kaunter tiket rasmit atau melalui ‘ulat-ulat’ yang berkeliaran di luar litar, tapi tak dijamin boleh dapat ya.

P3290042

Tak dilupakan, partner anda walaupun mungkin dia sedang mengandung 8 bulan. Takpe.. boleh lagi.

P3290051

Sampai di litar, barulah anda akan tahu macam mana panasnya race day ni. Walaupun panas, tak melumpuhkan semangat saya dan berpuluh ribu peminat F1 lain dari seluruh dunia untuk membanjiri litar Sepang dan menyaksikan perlumbaan ini.

P3290047

Jadi tak salah sebenarnya kalau lelaki nak berpayung.. haha

P3290044

Kepada yang belum memiliki baju dan barangan rasmi daripada pasukan F1 kegemaran anda, barangan ini juga boleh didapati di litar. Setiap pasukan akan buka booth masing-masing untuk memasarkan bararangan rasmi pasukan.

Untuk tahun 2015, mereka buka mini fun-fair, persembahan daripada kumpulan street buskers dan pelbagai jenis food truck. Sebelum ni tak banyak food truck sebanyak yang ada tahun ini.

P3290056

Hari yang panas dan cerah macam ni sesuai untuk perlumbaan F1. Kalau hujan lebat, perlumbaan terpaksa ditangguhkan atas sebab keselamatan. Ada orang cakap, litar F1 pun boleh banjir kalau terlebih hujan.

P3290057

Nikmati hari yang cerah ini seadanya. Peminat F1 yang datang dari luar negara memang suka sangatlah cuaca panas macam ni. Kadang-kadang dah rasa macam kat Moscow masa summer pulak.

P3290060

Perlumbaan F1 Grand Prix Sepang juga membawa pelbagai jenis manusia dengan pelbagai jenis ragam dan rupa. Memang menarik dengan hanya memerhatikan gelagat pengunjung di sini.

P3290070

Jangan terlambat ya untuk menyaksikan semua pasukan set up kereta masing-masing di dalam litar. Setahun sekali je boleh tengok view macam ni live depan mata.

P3290096

Lepas setup kereta, mereka akan pusing litar satu round dulu sebelum masuk ke starting grid masing-masing. Berdebar-debar jugak time ni sebab kalau pelumba yang tersilap sedikit pun dah boleh kena potong.

P3290102

Kalau cuaca cantik, perlumbaan F1 ni makan masa tak sampai 3 jam tapi kalau cuaca buruk, perlumbaan boleh dipendekkan. Bagi mereka yang tak berapa minat F1, perlumbaan ini boleh jadi membosankan kalau nak tunggu sampai habis.

Ini kali pertama saya dapat tiket grandstand menghadap podium. Tak expect pulak semua penonton sanggup panjat pagar dan melintas litar selepas perlumbaan tamat. Memang teringin nak join ramai-ramai turun ke bawah masa tu tapi sebab tak nak tinggalkan partner saya, takpelah. Saya mengalah.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Lepas perlumbaan dan mengharungi kesesakan lalu lintas (nasib baik ada driver :P), kami menjamu selera di Steak House KL. Memang terbaik! Cukup memuaskan hati bila dapat steak selepas seharian berpenat dan berlapar di litar.

Sepanjang dua hari saya berulang-alik ke litar F1 Sepang, saya rasakan elemen yang paling penting untuk benar-benar enjoy menonton perlumbaan F1 di Sepang adalah dengan mempunyai pemandu sendiri yang akan drop off anda di pintu masuk litar dan pick up bila anda nak pulang.

Cukup menakutkan kalau nak fikir tentang nak parking kereta, meredah traffic jam dan jalan kaki dari tempat meletak kereta ke litar. Cukuplah dengan kawasan litar itu sendiri yang dah sememangnya besar!

Pengalaman F1 paling terbaik untuk saya setakat ini terima kasih kepada Exness (www.Exness.com), rakan kongsi Infiniti Red Bull Racing.

Tentang Exness

Exness adalah pakar dalam menyediakan perkhidmatan untuk berdagang dalam pasaran kewangan. Exness ditubuhkan pada tahun 2008 dan sudah teguh bertapak di kebanyakan negara serantau, termasuk Malaysia.

Pada tahun 2014, volume dagangan Exness seperti yang disahkan oleh firma audit Deloitte mencecah sehingga US$190 Billion, merupakan antara catatan volume terbesar yang direkodkan oleh firma audit bertauliah.

Exness menyediakan perkhidmatan dan bantuan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia untuk semua pelanggannya di negara ini.


Posted

in

by

Comments

25 responses to “Bagaimana Saya Enjoy Menyaksikan Perlumbaan F1 Grand Prix Sepang 2015”

  1. roots Avatar

    Wah tutorial lengkap ni. hehe.
    Untunglah ada driver pick up :)

  2. mohdhiruan Avatar

    masa tgk tu berdoa juga hari hujan dipertengahan race…baru best tgk diorg race dalam hujan tapi penonton kat sepang mesti nak elak hujan sebab leceh time nak balik nnt, yg dapat area tak berbumbung confirm kuyup.

  3. rahimah Avatar

    Tak sanggup berpanas !

  4. Zfarina Avatar

    sakit telinga tak bunyi bising kat litar,,, hehehe,

  5. Teratakerapung Avatar

    saya hanya layan kat tivi jer belum tengok secara live

  6. pah roti jala Avatar

    dulu duduk la jugak kat nilai…xpernah lagi masuk F1..layan kat TV je..huhu

  7. Yuzz Avatar

    Impian yang belum tercapai, Sepang tunggu aku datang..!!!

  8. Siti Avatar

    Bestnya dapat tengok live..

  9. aqmalfaiz Avatar

    Kalau nak rasa pengalaman yang lebih kurang macam ni tetapi dengan kos tiket yang jauh lagi murah, boleh cuba pergi masa motoGP. Tiket Main grandstand pun bawah RM200.

    Lumba GP motosikal pun best juga. Moto tu kecik je tapi bunyi boleh gugur jantung :)

  10. Prof-Hariz Avatar

    Agak2 berapa price tiket hang ye ariff?

    1. Ariff Avatar

      RM 670 sekeping

      1. Noriza Rahman Avatar

        Mahalnya TETAPI berbaloi boleh dapat seat grandstand menghadap podium…

  11. Prof-Hariz Avatar

    Serius jeles. Nak juga pengalaman macam ni. Boleh ke? Hahaha

  12. muliani Avatar

    macam best je. huhu

  13. AZENI AHMAD Avatar

    Panas ke hujan ke tetap akan penuh orang juga.
    Tapi memang best la kan.
    Teringin sangat tapi pikir panas tue macam tak tahan lak

  14. Imran Avatar

    Wauu…. Panas panas pun ramai jugak orang ye,

  15. myrujukan Avatar

    Saya dok Johor, kalau duduk dekat ngan sepang nak juga pergi, sekali sekala nak merasa kan

  16. Syahril Hafiz Avatar

    Bestnya boleh tengok F1 secara LIVE. baru ni ingat dapat tiket Grad Prix menang GA dari Amanz, rupanya saguhati je..haha adeh #kuciwa

  17. guliroket Avatar

    pernah tengok sekali aje dulu.

    tahun ni memang tak dan la jawabnya.

  18. Raihanah Ahmad Avatar

    best la dpt tengok live, tp for me tengok dari rumah lebih selesa. huhuh

  19. din Avatar

    bestla dapat tgk live

  20. Pendaftaran Syarikat SSM Avatar

    hi…mmg patot pon p event outdoor pakai payung..cuaca mmg panas skang…terdedah terlampau panas kat luar pon tak elok gak tuk kulit…

  21. azlan Avatar

    Ada bas disediakan khas untuk pengunjung dari tapak parking ke tempat masuk dan perkhidmatannya percuma (sebab dah bayar ticket)..

  22. akubiomed Avatar

    Belum pernah menonton F1 secara live kecuali MotoGP. Memang seronok dapat menonton secara live kerana dapat merasai pengalaman bunyi bising enjin F1 dan gelagat penyokong F1.

  23. Jie Susanos Avatar

    fuh..seronok tgk F1 live2..