Bagaimana Mengukur Kejayaan Sesebuah Blog?

Reading Time: < 1 minute

Terbaca banyak cerita dalam dunia blog ni tentang kisah blogger bersusah payah sebelum berjaya. Tapi apa sebenarnya kejayaan dalam dunia blog ni? Adakah ia dalam bentuk wang ringgit, Google PageRank yang tinggi, blog yang popular atau apa?

 

Pada aku, kejayaan ni tercapai apabila kita puas dengan blog kita. Nak update bila-bila boleh, nak bercuti daripada update pun boleh. Macam millionaire yang dah pencen, rasa macam nak kerja, kerja, Rasa macam nak rehat, tak payah kerja. Pada aku, itu adalah blog yang berjaya kerana blogger tu tak terasa beban perlu update blog ke tak.

 

Sebagai blogger dalam niche personal blog, wang ringgit tidak boleh dijadikan kayu ukur kejayaan sesebuah blog. Itu kesilapan besar kebanyakan blogger sekarang, mereka meletakkan wang ringgit sebagai kayu ukur kejayaan blog mereka. Bila dah macam tu, bebanan akan terasa sekiranya target pendapatan bulanan tidak tercapai sekali gus merendahkan semangat untuk menulis blog. Hasilnya, entri yang dikeluarkan hampeh dan tidak menepati citarasa pembaca.

 

Penulisan blog sepatutnya adalah untuk kepuasan diri sendiri untuk mencurah perasaan, memberi pendapat tetang sesuatu isu atau sekadar berkongsi cerita. Bila kita letakkan kepuasan kita dalam melakukan perkara-perkara ini, pembaca akan dapat kepuasan membaca blog kita sebab entri yang ditulis adalah telus dan ada point. Itu yang mereka cari sebenarnya, sedikit bahan bacaan untuk mengisi masa yang terluang.

 

Blog kita berbeza jadi aku tahu tak semua yang selari dengan pandangan aku. Apa pula pandangan anda semua? Apakah yang menjadi kayu ukuran kepada kejayaan blog anda? Cuba cerita sikit.

+ Sebagai menghargai rakan dan pembaca, giveaway dengan wang tunai berjumlah RM500 akan diadakan dalam masa terdekat ni. Stand-by je lah..


Posted

in

by

Comments

65 responses to “Bagaimana Mengukur Kejayaan Sesebuah Blog?”

  1. budakkg setiu Avatar

    saya amat bersetuju, kematangan sebuah blog akan hadir bila kita sendiri puas dengan blog kita, kita rasa bebas untuk melontarkan idea dan perkongsian kita dengan rakan blog yg lain. Bila kita perhatikan blog yang dah establih, ia bukan didapati dalam masa yang singkat, at least dalam masa 2 tahun atau lebih.
    Teruskan berkarya… dan teruskan berkongsi idea dan pengalaman dengan jujur dan ikhlas.. penghargaan dan kepuasan akan datang sendiri di samping kita mencari ilmu untuk menambah baik sentiasa blog kita supaya berintegrati tinggi.

    blogku:
    http://budakkg-setiu.blogspot.com
    http://terengganumyheritage.blogspot.com

  2. fiD Avatar
    fiD

    Aku ada 2 blog yang berbeza. Blog 1 (blog lama) hanya keluar dari perasaan aku mcm pendapat. Blog lagi satu itu kisah aku yg real tp ada sedikit privacy.

  3. Hanif Avatar

    Kepuasan meluahkan pendapat tapi kalau dapat sikit duit apa salahnya..hahhahaha

  4. Milo Ais Avatar

    kepuasaan merupakan kejayaan yg sebenar….

  5. umamah sakinah Avatar

    cmne nak follow? entry best wooo!
    keep it up! \(^_^)/

    1. ariff Avatar
      ariff

      follow kat facebook/twitter. guna google reader kalau nak follow feed.

  6. ebookbahasa Avatar
    ebookbahasa

    nice post, nice tips, i like it.

  7. Shaffik Avatar

    Itu lah yang aku cari bro. Kepuasan diri dalam berblogging. Aku punyai banyak masa mengupdate blog. Berbanding sekarang..memang limit. Peperangan dengan masa menjadi kekakangan untuk aku mengupdate blog setiap hari.

  8. Lagenda teragung Avatar

    berblogging adalah kepuasan bgi sy.. kita bebas meluahkan apa yg kita rasa, tetapi ingt jgn smpai mmbuat kesalahan…
    kita bebas untuk menulis…mnyebarkan ideologi..

  9. Bean Moreno Avatar

    mungkin mereka patut layan empireavenue macam kita untuk release stress blogging haha

  10. penadigital Avatar

    bila orang dapat manafaat darinya…

  11. chiyo Avatar

    For me, in whateva we do, just be our own self. Enuf said. Ringkas and mudah.

  12. eyriqazz Avatar

    tepuk dada,tanya selera..definisi kejayaan itu pun,lain padang lain belalang..some people ukur ianya melalui bilangan visitors,others income,others kepuasan berblogging…Apapun,overall,blog ariff rasanya satu blog yang agak berjaya di Malaysia…Kupasan entry penuh bermakna/kajian mendalam,..visitors pun suka berinteraksi,dan networking pun agak bagus..

    tahniah bro..one of the blog yg memang saya selalui intai dan cemburui..

  13. nolyndila Avatar

    bagi saya kejayaan blog tu = kepuasan penulis
    bukan wang ringgit bukan PageRank yang tinggi..
    terpulang pada individu..

  14. cEro Avatar

    blogger2 yg kuarkan entri macam ‘aku cash-out duit nuffnang rm 5 juta’ sedikit sbyk buat pandangan terhadap blogger lain ttg matlamat blog telah terpesong kpd nak kumpul duit..kalo nk duit byk, keluar kerja..

  15. Adilla Harun Avatar

    Untuk saya, berblog itu adalah menulis. Menulis itu semacam bercakap juga. Bercakap itu bertujuan komunikasi. Manusia berkomunikasi untuk kenal mengenal, faham memahami. Itu ukhwahnya.

    Dalam pada berukhwah itu pasti ada pandangan, pendapat, pegangan mahu pun prinsip tersendiri yang cuba disampaikan. Ia pasti berbeza dari individu ke individu. Namun itu bukan halangan untuk kesejahteraan bersama.

  16. eiela Avatar

    saya setuju dengan article nih. kepuasan diri sendiri memang penting, time tuh baru happy berblog, tak rasa terbeban sangat untuk mengupdate. penerimaan orang ramai pun sama, janji apa yang dikongsi tuh sampai kepada pembaca, cara pengolahan pun dititik berat tapi janganlah banyak sangat entri merapu meraban pun dicerita di dalamnya. saya pun ada blog lain untuk saya melepaskan tension kat situ.

  17. shamizu Avatar

    Aku amat bersetuju dangan idea kau Riff.
    Kejayaan blogger diukur dengan kepuasan. Kepuasaan amat bermakna dalam hidup sebab kita sudah membuat yang terbaik dalam sesuatu perkara. Kejar duit dengan berblog selamanya tidak puas.Jika tidak tercapai apa yang kita kejar, semangat kita akan down.

  18. nadia jalal Avatar

    mmg dari mula2 buat blog sampai skang, tak penah terpikir nak cri duit melalui blog. mmg nak jadi tempat untuk share apa yg dirasa pd sesuatu perkara dan kehidupan seharin. sbb mungkin dr situ, blh diadaptasikan dlm kehidupan seharian.

  19. restu resort Avatar

    kepuasan adalah keutamaan ek, bro..

  20. tips-kurus Avatar

    lumayan nilai GA. bagus kongsi rezeki, kan tuan blog? hehe! :-)
    *mesti lebih puas bila ramai join kan?

    1. ariff Avatar
      ariff

      yeah. of course nak dapat ramai2 join. kerja mudah je, kalau orang tak join tak taulah. hehe..

  21. klcitizen Avatar

    menulis tengok keadaan, ada kala berkongsi cerita, ada kala meluah rasa, ada kala mengisi masa….
    secaca marbanya situasi , begitulah blog saya.

  22. FS Avatar

    aku suka pendapat kau ariff..berblog ni memang 1 kepuasan, puas bila ada orang membaca dan memberikan pendapat..dan ada juga yg bercanggah pendapat, tapi aku suka,blog ni lah tempat nak meluahkan pendapat..

  23. darkbatman Avatar

    stuju ngan ko.. kejayaan seseorang blogger biler dia puas ngn ape y dia dpt.. bleh rest bile2 dia ske tanpa tertekan xdpt update blog..

  24. Norasikin Avatar

    Tak pernah fikirkan sangat pasal pendapatan dari blog. Memang saya jual ebook tapi hasrat untuk mewujudkan lebih banyak usahawan makanan lebih kuat. Kalau orang yang jual ebook dan mementingkan wang, sudah tentu ebook mereka disertakan beratus-ratus ebook percuma yang disedut dari seluruh dunia supaya mendapat lebih banyak tarikan. Manakala saya hanya memberikan ebook percuma tulisan saya sendiri. Kalau saya ada satu, saya beri satu. kalau ada seratus saya beri seratus yang penting mesti tulisan saya sendiri. Jadi saya tak pedulikan yang lain. Saya hanya tulis, tulis dan tulis dengan harapan ramai rakyat Malaysia tergerak hati nak jadi usahawan dan bukannya blogger macam saya. heheh

  25. Izwan Avatar

    blog personal memg takleh nak buat duit sgt..tak sume org suka kisah kita n cara kita..blog memg bleh wt duit gila2..kalau yg ada niche kena target betul2 r..kalau artis cerita pasal personal ye boleh buat duit.. hehe..

    GA Rm 500 eh.. wah..

  26. madammondoq Avatar

    blog pada ku adalah diary kita..apa yg kita rasa nak tulis kita tulislah untuk diabadikan sebagai kenangan..

  27. iza Avatar

    Assalam…
    Tulis blog sesuka hati, kalau ramai pelawat masuk dan ramai yg komen, rasa satu kepuasan jgk, penulisan kita dihargai..

  28. Cik Su Life Cycle Avatar

    wow.. of kos cik su join nanti.. hehehehe..

  29. Naurah Alwani Avatar

    sebelum ni saya ada 1 blog. Tapi saya moved ke blog baru.

    Followers baru.
    Readers baru.

    Walaupun saya sayang nak tinggalkan blog lama sebab followers dah banyak, tapi disebabkan satu masalah, saya ambil keputusan utk bermula semula drpd bawah. Takpe la..janji kepuasan tu kita dapat.. so, jom ke blog baru saya. Support tau. :D

  30. cerkleng Avatar

    sangat setuju..

    ramai blogger skrg ni buat segmen entah pape je lebih.segmen aku gila traffic la , segmen buat duit dalam blog la..

    readers bukannya nak baca cek nuffnang dia dapat pon.

  31. KNizam Avatar

    blog aku adalah more pada blog jalan2 cari makan sambil menikmati pemandangan. i am here to travel, see new places, meet new faces & taste new food. kalo ko rasa dengan melihat blog aku boleh rasa mcm2 betul berjalan2 bersama aku, tu dah dikira berjaya bagi aku. hehe :)

  32. tarmizishukri Avatar

    Bagi aku, kayu ukur kejayaan sesuatu blog ialah kepuasan pembaca dan feedback yang kita dapat dari pembaca/komen. Sebab tu beberapa bulan lepas aku buang nuffnang, sebab taknak fikir dah berapa earning yang aku dapat.

  33. Faaein Talip Roy Avatar

    tak pernah plak bercita2 nak jadi blogger yang berjaya.. hehehe.. sbab skang motif berblog hanya untuk lepaskn tensen je.. =]

  34. syahrilhafiz Avatar

    tapi ramai yang cari blog personal + info utk semua sekarang ni untuk letak iklan. so aku nak brand dulu blog, lepas tu target buka niche blog baru.
    masa tak cukup ni yang susah.hehe

  35. reezluv Avatar
    reezluv

    kalau blog personal aku skang ni memang tak mengharap apa-apa pun earning dari blog..tapi ada gak ar merasa komisen affiliate..tu pun kebetulan je rasanya..:D

    rasanya kejayaan sesuatu blog tu, apabila segala tips yang diberikan dalam blog tu mampu diimplementasi oleh pembacanya dengan jayanya..:D

  36. ekspresiruang Avatar

    setuju dgn ariff 110%. saya pon in long term berharap agak blog saya dgn niche hiasan dalaman ni tak perlu update setiap hari tapi masih maintain trafik tinggi, insyaAllah :)

  37. azura Avatar

    mula-mula nak kejar duit tapi lama-lama saya fikir juga, itu cuma pendapatan sampingan yang membantu…yang membanggakan bila ramai orang komen dan memberi pendapat di blog kita…kritikan itu membantu maju ke depan…

  38. cik sha Avatar

    setuju 100% dengan pendapat arif..bagi saya seorang blogger yg berjaya adalah blogger yg dapat menulis dengan baik even yang ditulis kadang2 ada kaitan dengan personal..tapi ada point yang cuba disampaikan..

    1. ariff Avatar
      ariff

      ada je orang nak baca cerita kita, cuma cara penyampaian tu samada berkesan dan sesuai untuk bacaaan ramai orang atau tak je..

  39. Affan Avatar

    lepas baca, aku perasan ada giveaway kat bawah tu haha

    1. ariff Avatar
      ariff

      stand by eh. ni giveaway paling mudah.

  40. munna Avatar

    GA RM500? HAh! standby dah ni! haha

    setuju dengan megat azfar..blog yang berjaya adalah blog yg mempunyai identiti sendiri, tp bukanlah identiti yang juga copy cat!

    1. ariff Avatar
      ariff

      Yang tak best sekarang ni banyak blog yang nak copycat blog yang dah ada. Memang tak best. Semuanya sebab nak buat duit punya pasal.

    2. Norasikin Avatar

      Kira ok la tu tindakan saya menulis hasil eksperimen saya sendiri dengan gambar yang juga usaha saya sendiri.

      1. linkedn Avatar

        wow menarik..usaha yg boleh dibanggakan…

  41. DiDa Licious Avatar
    DiDa Licious

    Strongly Agreed!!!

    Saya pun pernah mengalami situasi dimana saya memaksa diri saya utk mencari bahan utk dipostingkan sehingga saya merasakan saya tidak seronok berblogging…ini semua sy belajar dr beberapa blogger yang dh ada tempat dlm komuniti blogging..tp akhirnya sy sedar bahawa saya perlu menulis & berblog tanpa ada rasa paksaan barulah apa yg ditulis itu mempunyai “rasa”…

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kadang-kadang berlaku gak macam tu. Yelah, bila dah rasa duit hasil menulis blog ni, rasa asyik pulak padahal duit tu semua datang dalam bentuk peluang. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tak.

      Menulis dalam keadaan terpaksa inilah yang membuatkan kita hilang personal touch yang orang nak baca dalam entri kia.

  42. marhaenkacak Avatar

    aku sangat2 bersetuju…kepuasan diri sendiri itu penting… itu yang menjadikaan blog kita ada soul nyer tersendiri..kalau asik kejar masa nak update pos mulalah entri nya ntah hape2…

    Hikayat Lubang Najis: Umat Melayu Islam Mesti Baca!!!!

  43. GreenAppleKu Avatar

    Give way to yg nampak cam best jer nih. Okay, saya standby. Join sekadar untuk memeriahkan suasana di samping memperkenalkan blog picisan saya. :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      alhamdulillah ada sponsor yang best, jadi dapatlah buat giveaway ni.

  44. linkedn Avatar

    blog terhebat sepanjang zaman ialah blog yg boleh menjana pendapatan tinggi….coz pendapat secara peribadi…semua org boleh menulis…semua org boleh menaip,semua org boleh meletak code iklan,semua org boleh mencari idea untuk menulis…tapi untuk menjana pendapatan hanya dari blog…bukan perkara mudah….byk proses yg perlu dilakukan…content,seo,traffic,idea,submission,feeding…tpi kdgkala masih gagal menjana pendapatan…

    1. ariff Avatar
      ariff

      setuju, tapi tak semua niche boleh ambil kriteria ini untuk berjaya, lebih-lebih lagi untuk personal blog. Pada aku, personal blog yang buat duit banyak ni hanyalah bergantung kepada peluang yang datang, personaliti blogger tersebut dan bakat dia dalam menulis blog.

  45. naimulfirdaus Avatar

    sepatutnya memang begini..
    tapi kehidupan sekarang sudah banyak yang tak jelas tujuan..
    terbawak-bawak ke dunia blog pun..

  46. Lord Zara Avatar

    Kalau nak jadi blogger sebab nak kejar duit semata-mata, orang begitu aku cadangkan buat satu website yang buat iklan sahaja. Biar dia generate duit sampai dia rasa dia muak.

    Aku belum tahap mencapai kepuasan maksima lagi (manusia mana pernah puas kan?), cuma kebelakangan ini, disebabkan kesibukan kerja, aku terpaksa biarkan blog aku ditinggalkan dengan penulisan terakhir yang ada makna yang lebih mendalam. Lebih kurang begitulah sebelum aku teruskan dengan kehidupan realiti aku di luar.

    Matlamat.
    Itu yang paling penting.
    Aku lagi suka kepuasan menulis. Mencurahkan apa dalam minda dan mencabar kreativiti.

    1. naimulfirdaus Avatar

      biasalah tu, blogger memang perlu imbangkan kehidupan maya dengan kehidupan sebenar..
      bak kata orang kampung saya, let first thing be first..

  47. sha myheart Avatar

    Puas sebab kita yang kawal blog tu, bukan blog tu kena kawal sebab duit atau ikut kehendak orang lain.

  48. aizuddin Avatar

    yang penting setiap isi yang kita nak sampaikan tu bermakna kepada pembaca. tak kisah lah dalam bentuk apa cara sekalipun. masing-masing ada target dan cara penyampaian yang tersendiri.

  49. ezma fasham Avatar

    saye sangat sangat dan sangat sangat setuju dengan pendapat ni…
    esp part ni: “..Penulisan blog sepatutnya adalah untuk kepuasan diri sendiri untuk mencurah perasaan, memberi pendapat tetang sesuatu isu atau sekadar berkongsi cerita..”

  50. haiqal Avatar

    Dulu masa baru join nuffnang,ada ah rasa nak duit je.Tapi bila da cashout,rasa macam…hurmm,tak penting semua.Janji aku ada feel dalam menulis.

    Ye,aku bukan blogger glamer.Ada event sana sini,aku menepek.Tidak.Aku tulis apa yang aku rasa dan kalau kau usha blog aku,banyak kepada pemikiran.Mana ada event nuffnang semua.Keh keh.

    One more thing,aku prefer jadi underdog.Aku tak suka tulis pasal hidup aku dalam blog.HAHAHHA.

    Betul kata kau,kepuasan berblog bukan hanya pada duit tetapi bila ada orang komen,orang dapat manfaat dan kita dapat berkongsi pengetahuan dengan mereka.InsyaALLAH,banyak pahala kalau berkongsi.:D

  51. Megat Azfar Avatar

    Bagi aku, blogger yang berjaya, blogger yang ada identiti sendiri, ketengahkan isu yang matang dan bukan hanya sekadar copy benda pelik, menarik lepas tu paste ke blog, dan mendapat rating yang tinggi

    lagi satu, tajuk entri yang lucah juga adalah strategi paling suck penah aku jumpe

    eventhough aku dah 3 tahun blogging, tapi blog senyap sunyi sebabnya tak ada komitmen untuk terus blogging sebabkan kekangan masa as I’m still a student. Haha.

    1. Norasikin Avatar

      Kadang-kadang kesian jugak dengan blogger yang mengejar-ngejar keyword yg hot. Baca surat khabar semata-mata nak sedut cerita menarik. Diaorg ni memang betul2 mengharapkan pendapatan dari blog ke?

  52. iqbalhakimi Avatar

    aku setuju dengan point ko cakap..sebab aku punya more to personal jugak..tp tak 100%..

    dan bila entri kita diterima oleh ramai pembaca itu akan menaikan lagi semangat dan bertambah puas..

    papepun blogging ni best..aku dah jatuh cinta..hehe

    1. naimulfirdaus Avatar

      betul jugak la..
      entri personal ni bila kena gayanya memang boleh tarik pembaca..