Bagaimana Melaporkan Blog Copy Paste Untuk Blogger & WordPress

Reading Time: 3 minutes
Hanyalah pelakon tapi kita andaikan rupa pencuri itu adalah buruk seperti ini, seperti buruknya perbuatan mencuri entri orang lain

Masalah copy paste ni memang sampai bila-bila wujud sebab semua orang nak buat duit mudah dengan cepat dan senang. Kelemahan kita adalah tidak mengetahui cara dan saluran yang betul untuk melaporkan kes-kes kecurian harta intelek kita supaya tindakan dapat diambil terhadap pencuri-pencuri ini.

Blogger

In general, any original work of authorship may be protected by copyright. Copyrighted materials may be subject to claims of copyright infringement. The most common reason we take down content from blogs for copyright infringement is that they have republished unauthorized copies of copyrighted content, and the owners of the copyrighted content have alerted us that their content is being used without their permission. Once we become aware of an unauthorized use, we will remove the content promptly. – Blogger Copyright Policy

Google sebenarnya memberikan perlindungan terhadap mangsa pirated content ni. Blog yang dilaporkan mencuri content anda akan dipadam serta merta daripada Google setelah disahkan kesahihan laporan tersebut. Jika perkara tersebut berulang, maka akaun Google pesalah tersebut dipadam. Cara-caranya:

  1. Kenalpasti blog yang menggunakan karya anda tanpa kebenaran.
  2. Laporkan blog tersebut menggunakan borang ini.
  3. Isikan borang selengkapnya.
  4. Jika laporan tersebut disahkan kesahihannya, tindakan akan diambil.

Contoh content yang boleh menjadi isu copy-paste/copyright adalah:

  • Entri, sajak, gurindam, pantun dan sebagainya
  • Gambar
  • Fail MP3 dan lagu (artis Malaysia/syarikat rakaman boleh melaporkan blog-blog download yang menyebarkan .mp3 lagu anda)
  • Movies, movie trailers dan video
  • Pirated software

Dalam hal ni, aku lebih suka kalau orang yang copy paste entri aku (harap tak adalah, tapi kalau ada tolong bagitau eh..) menggunakan Blogger sebab perlindingan yang diberikan oleh Google sangat efektif dan cara untuk melaporkan kes sebegini pun sangat senang.

WordPress

Bagaimana pula kalau blog yang copy paste entri kita tu menggunakan WordPress self host? Yang ni susah sikit, tapi masih ada sesuatu yang boleh dilakukan selain daripada melenting di Twitter atau blog seperti ayam berak kapur.

Untuk kes WordPress self host, anda boleh memfailkan surat Digital Millenium Copyright Act (DMCA) terhadap pihak hosting dan ads network yang digunakan oleh blogger tadi. Tak pasti samada pihak hosting di Malaysia cukup professional atau tidak dalam membendung masalah copy paste ni, tapi cuba jelah apa yang boleh.

Untuk pengetahuan semua, semasa aku nak pindahkan hosting Shinjiru ni ke Singapura dulu, pihak hosting ada menghantar amaran supaya tak terlibat dalam kes copyright ni semua untuk mengelakkan akaun dibekukan. Jadi undang-undang DMCA ini boleh digunakan, cuma bergantung kepada pihak hosting samada ingin mengambil tindakan atau tidak.

Langkah-langkahnya:

  1. Kenalpasti blog yang menggunakan karya anda tanpa kebenaran.
  2. Tengok data Whois untuk domain tersebut, cari maklumat hosting yang digunakan berdasarkan domain server mereka.
  3. Hantar surat DMCA kepada syarikat hosting terbabit, juga kepada ads network yang digunakan.
  4. Untuk blog di WordPress.com, anda boleh menghantar surat melalui borang ini.

Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan daripada DMCA.com. DMCA.com menyediakan perkhidmatan untuk mengesan entri anda yang telah dicopy dan mereka akan melakukan satu ‘DMCA takedown’ percuma dalam setahun (DMCA takedown adalah langkah-langkah yang telah aku terangkan atas ni). Tak pasti samada perkhidmatan ini berkesan atau tidak, tapi anda boleh cuba kalau nak.

Kesimpulan

Tak susah sebenarnya nak membendung masalah copy paste ni. Kalaulah syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, Innity dan Advertlets bersikap lebih serius dalam memastikan publisher mereka menyiarkan content yang berkualiti dan tidak dicuri daripada tempat lain, kes copy paste ni lebih mudah dihapuskan. Siapa yang tak takut kalau akaun ads mereka dibekukan, betul tak?

Samada berkesan atau tidak langkah-langkah atas ni masih tak diketahui tapi inilah yang sepatutnya dilakukan apabila berdepan dengan situasi ini. Harap dapat dikongsikan pengalaman anda dengan pembaca lain sekiranya anda beroleh kejayaan setelah mengikuti langkah-langkah di sini. Kepada yang melakukan perbuatan terkutuk ni, sila hentikan.

Rujukan: Blogger Copyright Policy, Stolen ContentDealing With Online Content Theft, Content Theft – What to Do, Gambar Pencuri


Posted

in

by

Comments

40 responses to “Bagaimana Melaporkan Blog Copy Paste Untuk Blogger & WordPress”

  1. Mus Avatar
    Mus

    tak suka blogger menyedut rss feed blog

    1. mamat Avatar

      sedut rss macam mna tu..

  2. Juan Avatar
    Juan

    setakat ni xder org ciplak aku punyer sebab aku ni pasal peribadi jer, huhu

  3. anastasyea Avatar

    Copy paste .. memang masalah dari dulu !

  4. Andy Avatar

    Pernah sekali aku contact provider yang bagi user dye copy content aku,terus delete jer ,naseb baekla.tapi sampai sekarang cache tu belum hilang lagi ,tension

  5. reezluv Avatar
    reezluv

    entri copy paste ngan entri yang dispin..ramai gak yang buat grey hat gitu..hehe..

    erm..guna DMCA?tak pernah dgr lagi setakat ini..cuma kalau guna protection dari Copyscape ok ke?

  6. shamizu Avatar

    Kalau dah jadi blogger femes benda nie tak boleh nak dielakkan. Orang tau bila dah femes macam ariff nie, maknanya entri dia berkualiti. Ramai orang suka baca. Sebab tu yang copy paste tak ingat dunia tu.Tumpang semangkuk glamour.

    Kalau tak bagi kredit tu memang kejam lah. Dalam blog diaorang pun dah bagitau siap-siap. Copy boleh tapi tlg bagi kredit. Maknanya kalau kita tak bagi kredit, entry tu dia tak halalkan kita copy.

    Rasanya semua blogger macam tu. tak de yang kedekut sangat sampai tak nak bagi share entri diaorang. Cuma yang dipinta, bagi linkback/kredit supaya dia sebagai sumber asal lebih dihargai.

  7. sjiehan.com Avatar

    saya rajen gak kopi gmbr cantik2.. pemandangan dan sebagainya.. uhuhuh

  8. zulkbo Avatar

    salam..
    adehhh..kesianlah sapa
    yang kena nanti..
    :(

  9. Hisyam Avatar

    Kalau setakat nak copy kasi credit dan backlink tu dah dikira ok. Tapi ada satu jenis copy yang paling tak suka iaitu copy gambar, kalau nak sedut jugak gambar tu boleh tapi tolong la save dulu dalam computer lepas tu upload balik. kalau terus copy sebenarnya bandwidth gambar tu dia pakai bandwidth blog kita.

  10. Lord Zara Avatar

    Oh, aku pernah buat.
    Memang aku bising sekejap di #Twitter & blog, tapi tak berkesan sangat kan? Apa yang aku buat, macam di atas tu, aku laporkan based on various kesalahan jugalah. Not only content, sebab gambar aku pun diceduk sekali.

    Aku punya content kena ceduk, orang tukar tajuk, tulis ayat. Dari guna AKU kepada entah perkataan apa lagi, ejaan konon2 macam rempit, aku dah jumpa menimbun dah.

    Penat nak marah.
    Aku report blog dia. Tetapi termasuk sekali pakej aku report FB, Fan page (kalau ada), Twitter sebagai spam/violent dan sebagainya. Yes, my revenge comes in package.

    :)

  11. akuorgkmpng Avatar
    akuorgkmpng

    diharap blogger yg slalu copy paste lebih brhati hati.. hahahaha..

  12. yusri Avatar
    yusri

    saya pun ada 2,3 post entri yang kena copy oleh blogger lain masa pakai blog wordpress…

  13. Sya Isya Avatar

    Sya pernah terjumpa entri yang copy paste 100% dari entri Sya, siap dengan tajuk2 sekali dia copy. kot ye pun, tajuk tu tukar ler, kan. huhu..mula2 geram juga, tapi dia bagi kredit kan. so menyabarkan diri je lah.

    p/s: ada ke blogger nak buat report2 ni, Ariff?

  14. miss-nadya Avatar

    thanks bagi info mantop..:)

  15. Kazen Avatar

    thanks bro..bg info tentang nie…ak bookmark entry nie senang nk rujuk lain kali….keep it up…!

    Bersama mencegah gejala copy paste !

  16. Ezany-Kun Avatar

    masalah aku lain lak.. org pantau ape yang aku post.. dah 3-4 blog kantoi.. aduiii.. terpaksa la cari alternatif lain..

    1. munna Avatar

      eh..macam mane tu ezany? org pantau dan copy ke?

    2. azizan4444 Avatar

      pergh.siap pantau tu..hebat sgt kot sampai ada org pantau tu.keke

  17. namia Avatar
    namia

    terima kasih kongsi maklumat …

  18. wrizuan[dot]net Avatar

    mmg benar perkara begini susah nak hapus kalau tak dtg dr kesedaran blogger sendiri….ada ke plugin yang kesan entri kita dicopy paste ?

  19. AmenoWorld Avatar

    Whooo.. gitu rupanya.. boleh report

  20. Bean Moreno Avatar

    satu perkara dalam blogsphere yang susah nak dibendung…walaupun aku tak pernah kene lagi haha…mungkin sebab entri aku biasa2 je

  21. d_tieah Avatar

    Boleh gitu??? Baru tahu.. Tapi kan,, ade gak yang aku tengok copy+paste entry aku pasal security kat fb.. Tapi dia letak sumber.. Ermmm,, kira oklah kot.. Dari dia terus label itu hak dia.. Tak boleh lah kan.. Padahal kita letih buat print screen,, edit gambar tu bagi kecik sikit,, dia plak senang senang ngaku dia punya.. Itu memang agak tidak sopan ye.. Hahaha..

  22. Sabahan Bloggers Club Avatar

    Untuk artikel di blogspot pun boleh tu, terutama yang copy paste bulat-bulat ayat kita. Cuma letih gak ler nak report ni. Macam blogspot saya ada beratus artikel dan ada ramai newbies yang copy paste bulat-bulat artikel dalam tu.

  23. ekspresiruang Avatar

    blog saya mmg banyak pakai gambar dari luar, kredit tetap perlu diberikan kepada pemilik asal gambar-gambar tu. tapi kalau entry tu, memang gerenti takde copy paste dari org lain :)

  24. Ahmad Ijat Avatar

    memang tak patut la kalau kita copy & paste artikel org… tp kalau kita mintak kebenaran n bagi kredit @ tinggalkan link url penulis kira ok la kan..

  25. izwan Avatar

    harap tak adalah entri saya yg tercuri dari orang lain tanpa sedar :)

  26. akmalhilmi Avatar

    info berguna

  27. AdamXis Avatar

    assalam…terima kasih.macam ini jer rupanya nak bertindak…harap2 menjadi…

  28. nabel Avatar

    whoaa, terbaik jugak info ni ariff. aku pun kekadang main copy paste je, niat nak share. link si tuan punya penulis artikel mestila kena tinggal kan right? ;D jangan la sape-sape saman aku, aku bukan kaya. X)

  29. Anyss Avatar

    Assalamualaikum,
    Terima kasih dengan info ni…sangat sukerrrrrr!

  30. nizamghazi Avatar

    Thanks, sgt berguna info ni
    sbb ramai skunk suka copy hasil kerja org..
    Copy tu ok, tpi at least bgilah credit

  31. fina fento Avatar

    baru tahu pasal borang tu. thanks ariff.

  32. wazy Avatar
    wazy

    kalau copy paste ni dengan kebenaran penulis kira ok la,kalau tanpa kebenaran seperti tanpa beri link kredit penulis asal tu,memang nampak kejam

  33. haiqal Avatar

    agak leceh.muahahah.kalau gambar sekeping boleh dimaafkan lagi sebab aku bukan pro tangkap gambar.LOL

    1. ariff Avatar
      ariff

      kalau gambar tu macam susah sangat, lainlah gambar tu kita jual ke apa. Benda ni lebih kepada entri la..

      1. amry Avatar

        baru nak tanya soklan ni….takut juga kang kantoi gara-gara ciplak gambar dari google,naya jer….tapi kalau gambar tu privacy boleh tau kan bro,ada watermark diorang yang tersendiri…

  34. syahrilhafiz Avatar

    opsss copy ni memang masalah
    nak kejar traffik sangat lateeeww..
    ikut je cakap cik epal06, gegel suka baca personal life.ha kan senang.keke

  35. Mohsen Avatar

    boleh buat laporan ek?tak tau pulak aku :p
    apapun terima kasih dengan info yang berguna ni…