Apprentice Asia Episod 6

taa-diankrishnamukti-cast

Dalam siri ini, peserta dari Malaysia yang terakhir iaitu Nazril Idrus a.k.a Nash disingkirkan daripada cabaran Apprentice Asia.

Tugasan mereka kali ini adalah untuk menyelenggara hotel Hilton Kuala Lumpur selama sehari. Setiap pasukan diberikan peluang untuk menjalankan tugas di kaunter reception dan house-keeping untuk tetamu yang hadir di hotel tersebut. Pemenang akan dipilih berdasarkan kumpulan yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik berdasarkan standard hotel Hilton.

Satu lagi episod best di mana kita dapat lihat orang yang dikatakan hebat dalam bisnes buat kerja kuli. Pada saya, kalau nak jadi boss yang bagus, individu tu kena tahu buat atau at least faham sistem dan fungsi setiap orang dalam organisasinya dari bawah sampai atas. Dari situ dia boleh optimize organisasi tersebut supaya dapat memaksimumkan keuntungan.

Tak banyak yang berlaku dalam episod ini. Kekalahan disebabkan oleh Jonathan yang tersilap ambil menu dan ahli kelab Diamond Hilton Honors yang terpaksa menunggu selama 45 minit untuk biliknya siap dikemas oleh Nash dan Dian.

Akhirnya Nash disingkirkan kerana Dian lebih bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukannya. Saya dengar ramai yang tak puas hati sebab hero malaya kita tersingkir, juga sebab Dian tak pernah jadi Project Manager dan Nash pernah menang sebagai Project Manager, tapi saya rasa dia memang patut disingkirkan.

Orang macam Nash, dah ada empayar perniagaan sendiri. Korang rasa nak ke dia bekerja makan gaji bawah Tony Fernandes? Memang nampak dari awal lagi yang Nash ni taklah bersemangat sangat berbanding peserta lain. Cukup untuk saya katakan yang dia adalah antara pelakon dalam Apprentice Asia.

.. orang rumah dia kan pelakon, jadi mungkin nak dapat feeling jadi pelakon jugak lettew..

Jadi untuk Nash, nothing to lose walaupun dia kena fire dengan Tony. Baguslah. At least kurang satu pelakon dan harap lepas ni saingan lebih sengit. Part drama Melayu dalam Apprentice Asia hampir tamat dan saya rasa episod seterusnya lepas ni lebih menarik.

Comments

  1. t.a.t.a says

    Saya tak kisah Nash yang tersingkir, sebab bagi saya keputusan yang dia buat dengan memberi complimentary meal pada customer -walaupun telah diberitahu tidak boleh dan dah la bukan dia yang buat silap, tapi dia chose to fixed it- adalah sesuatu keputusan yang bagi saya agak kurang profesional dalam bidang perhotelan.

    Ada perkara lain yang mereka -as the hotel staff- boleh buat untuk tebus balik rasa tidak puas hati pelanggan, tapi dia pilih cara yang salah.

  2. iz says

    nash mmg pelakon pun, dia penah berlakon filem Kayangan dgn Julia Ziegler & brp cite lain…

    dlm episod2 sebelum ni, dah bbrp kali Nash kantoi menipu & change facts… mcm masa jual basikal & masa promo Dolce gusto.. tu yg nmpak Tony suka dpt pecat nash

  3. says

    Kalau diperhatikan,kebetulan 2 orang peserta iaitu Nash and Nik mempertahankan diri dalam bilik board director dengan mengatakan mereka ” fast learner”, mungkin Tony Fernandes tak suka term “fast learner”
    Entri terbaru Yan Ismail >> DIY PotpourriMy Profile