Ini masalah yang aku hadapi sekarang, momentum untuk menulis dah berkurangan. Dulu seronok menulis, sekarang kalau nak tulis tu rasa berat je. Idea pun tak datang-datang. Macam mana perkara macam ni boleh berlaku?
Menjelang Kursk Games hari tu, memang la aku slow down berblogging sebab nak concentrate pada training dan game mind. Penting untuk ahli sukan, lebih-lebih lagi sebagai kapten untuk mempunyai game mind supaya fokus kepada game. Macam tu barulah anak buah boleh ikut, betul tak? Jadi time tu memang aku tak fikir sangat pasal blog.
Bila sukan dah tamat, aku balik cuti sampai 2,3 hari. Sekarang cuti dah habis. Aku kena paksa diri aku menulis kembali sebab kalau nak ikutkan sangat diri yang manja malas ni, memang sampai sudah blog ni tak diupdate. Walau bagaimanapun, aku ada beberapa entri yang baru ditulis, cuma.. tak capai standard yang biasa aku berikan. Hampeh je~
Nak menulis ni kena punya mood, bila mood positif penulisan jadi positif maka ramai orang boleh terima penulisan kita. Setakat ni aku rasa penulisan yang paling efektif aku ialah Beza Antara Gadis Russia dan Gadis Melayu, ada 30 like kat situ. Tak sangka pula ramai orang suka. Ni mesti penangan dek gambar Lisa Surihani dan gambar awek Russia tu yang buat orang suka entri tu. Ada lagi entri-entri lain yang personally aku rasa beri efek yang mendalam pada pembaca blog.ariff ni seperti Relationship Status di Facebook – Cerita Di Sebaliknya (sampaikan ada blogger tu personally buat counter entri dalam blog dia.. you know who you are) dan Sila Uji Blog Anda Dulu Sebelum Menjemput Orang Untuk Baca.
Jadi macam mana nak capai momentum untuk menulis tu semula? Untuk aku, lepas tengok balik entri2 yang hot dan controversial tu, semangat nak menulis datang sendiri. Bila baca-baca balik entri tu dan komen komen kat situ, aku boleh tersenyum pada diri sendiri. Not bad gak.. Aku ni bukannya hebat sangat menulis, tapi kira bolehla.. kan.. kan.. ^^
Paling penting kat sini aku rasa jangan ikut sangat sifat malas tu. Memang susah nak start balik kalau dah lama rehat, jadi kena gak paksa diri tu..
Nak berblogging kena ada momentum. Ada orang momentum dia besar, sehari boleh sampai 5-6 entri dia publish. Aku dulu paling hebat pun 3 entri je, tu pun masa awal-awal blog.ariff. Sekarang kalau boleh aku nak maintain satu entri sehari. Kenapa? Sebab cara aku tulis lebih kepada comment driven instead of just story. Aku suka kalau pembaca komen, berbincang atau just suarakan pendapat tentang apa yang aku tulis. Jadi aku tak boleh post entri banyak-banyak dalam sehari, banyak-banyak nanti orang penat nak komen. Blogger lain, cara lain. Ada yang berpuas hati kalau orang baca dan pergi. Aku lagi suka kalau orang baca & still talk about it after that.
Apa-apa pun aku rasa semua orang punya strategi sendiri dalam berblogging. Ada orang memang gifted dengan bakat menulis dan tak perlu nak fikir panjang kalau nak tulis something. Ada orang perlukan inspirasi baru boleh tulis entri bagus-bagus <– macam aku. Apa-apa pun selamat berblogging kepada semua.
Kat blog Nursarah ada contest. Pergi join, tengok macam senang je.. Contest: Nursarah’s Blog di mata saya.

Comments
42 responses to “Apabila Momentum Untuk Menulis Blog Hilang”
like this entri!
sgt stuju…
*lmbat selak page ni…baru nk selongkar2 tipss ber-blogg..^_^
[…] membaca di blog hasrol dan ariffshah berkaitan momentum menulis, memang benar once dah stop menulis, nak dapatkan mood dan idea menulis […]
btol2..bila momentum hilang, susah nak mula menaip..kena bace entries org2 lain dapatkan mood semula baru dapat menulis balik..
.-= Cerita terbaru hafizul.. Gelagat kanak-kanak.. =-.
Apabila nak berblogging, macam-macam entri, idea keluar…
Tapi kalau tetiba sekali terhenti blogging, rasa cam malas sangat dah menulis…hahak…
.-= Cerita terbaru chanz.. Berjaya Menghabiskan Buku "Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain" =-.
setuju ariff
kenkadang mood blogging zero,xda idea jadinya
.-= Cerita terbaru Wan Perlis.. Soaljawab bersama Wan Perlis =-.
terasa betul bila baca entry ni….lol, dulu aku blogger tegar sebulan paling kurang 20 entri….bulan ni cuma 8 entri….aigoo…
kadang-kadang bila dah ada komitment lain seperti kerja atau family, payah nak maintain berblog unless orang yang blogger yang menulis 2, 3 kerat dalam satu entri….kekeke….tapi untuk orang yang ambil masa sampai berjam-jam untuk satu entri mmg la payah…hahaha
tapi betul la, bila baca balik feedback yang diterima dari penulisan yang terdahulu…tu yang buat kita bersemangat nak menulis…. :)
.-= Cerita terbaru HURULAINI.. J.Rich | Goodbye My Love (ft. TVXQ’s Yunho) =-.
fuhh,mood tak rajin pun bersemangat saya baca..kalau rajin?….hik3…teruskan bro..ur blog a must visit blog everyday
.-= Cerita terbaru eyriqazz.. Resume Hanis Zalikha Bersama Nuffnang =-.
sama la kita. otak dah blur nak tulis entry pasal apa. aish.. tapi, teruskan menulis yea? heheh.. tulis la pasal rakyat rusia lagi. ngee^^
.-= Cerita terbaru maisyara.. Perempuan | Free Hair vs Bertudung | bergaduh sebab cemburu dengan kecantikan mereka? =-.
haha ariff! sambung lagi pasal citer awek rusia lak..!! haha baru dpat momentum yg maximum hehe…gerenti rmai yg singgah la (trmasuk aku!)
.-= Cerita terbaru MC.. Kenapa Perempuan Suka Drama Korea? =-.
Hahaaha~ Marah orang nanti tulis pasal awek je.. Kena seimbangkan ^^
Lagipun nak cari material yang best pasal awek ni macam kena amik masa yang lama.
yang org marah tu la org paling suke hehe
.-= Cerita terbaru MC.. Ada Apa Dengan Cerita Hindustan? =-.
hoho~
aku dulu time emnulis blog BI, sehari boleh cecah 5-6 gak~
tapi bila blog BM, aku memikirkan yang lain~
penulisan, gaya serta tatabahasa mencari sari penting aku~
jadi aku tak bubuh banyak dah~
semoga kamu diberikan kekuatan menulis semula dengan lebih hebat dan bermakna~
^.^
.-= Cerita terbaru Lord Zara.. Mama Salah. Ini Bukan Makcik, Tapi Kakak Sebab Dia Muda – Budak Kecil Memang Jujur Kan Tasha? =-.
erm kadang2 mood tuh memang hilang… sebab ada banyak kotmitmen lagi yang kena settlekan dulu… huhu :-(
.-= Cerita terbaru zik.. Alternatif hentian puduraya! =-.
Biasalah tu, yang penting tu kena uruskan dulu
selalu gak berlaku kt aku…
kontang idea…
kang aku wat post ngarut kang, ade plak anon dtg kate aku hampeh…
.-= Cerita terbaru mr cEro.. Amaran kepada Perokok: Kalau nak MATI, Jangan Susahkan Orang Lain! =-.
wahh.. kapten ekk.. bagus2!!
.-= Cerita terbaru akmal-hacks.. aku bangga menjadi pesakit insomnia( bagi perspektif blogger) =-.
momentum tu datang dan pergi.
sebaiknya, waktu idea melimpah ruah,waktu tula buat entri terus..tapi sekarang ni,penat keje,sebabkan mood pun takde langsung dah nak tulis.
.-= Cerita terbaru fikah.. Senarai Semak di Pagi Hari =-.
momentum tu datang dan pergi.
sebaiknya, waktu idea melimpah ruah,waktu tula buat entri terus..
tapi sekarang ni,penat keje,sebabkan mood pun takde langsung dah nak tulis.
.-= Cerita terbaru fikah.. Senarai Semak di Pagi Hari =-.
Sian kucing tu…kenapa kalu malas sikit gambar kucing jadi mangsa??
ghe ghe…gurau jer…
yup, aku pun cuba update blog tiap2 hari…bila dah tiap2 hari tu…semakin lama idea semakin habis..dah tak tahu nak tulis ape..
nasib baik ada GB…baca blog blogger lain untuk cari idea…
.-= Cerita terbaru Meow.. I Got Back My Glitterati Status. =-.
‘you know who you are’,
alamak kenapa aku macam terasa part nih. muahaha!
btw tengs la promote contest yg tak seberapa tu. =) patutla byk je keyword dari entry nih. :p
sama la ngan aku, aku bukan jenis yg main post je apa2 sampai 5,6 entry sehari. aku lg suka ‘bagi masa’ kat readers baca entry aku even cuma 1 or 2 entry je sehari.
.-= Cerita terbaru nursarah.. gambar Gatsby Street Fair. =-.
Nak try feature blogger yang selalu lepak sini. Tengoklah nanti sape2 yang bertuah =)
Bro soalan UJIAN PMR nie..lu kebiasaan update blog prefer autopublish or on the spot update?
.-= Cerita terbaru Azharramli.. SETAHUN AYU OIAM MENGHILANG RUPANYA DAH KAHWIN DAN BERANAK LAGI… =-.
Tak pernah buat autopublish sebab nak ping kat GB semua..
walaupun blog ni tak berapa nak update sehari dua ni, aku tetap datang membaca komen2..hahaha
cerita la sket Kursk Game tu, letak gambar ke…hehe
.-= Cerita terbaru FTN.. Nihongo 101 : Melihat dan Mimpi =-.
komen pertama guna macbook, kekeke ;)
momentum mmg perlu
sbb denga ini baru dapat pecut dan start dari 0
tp cayelah, sampai satu peringkat, dah cam xmo berblog dah
sebab tu xramai yg kekal sampai 1 tahun
erk, ku pon belom alami lg peringkat tu, harap2 3o tahun nanti baru peringkat tu datang
hehe
camne nak buat like tu? blogspot boleh?
.-= Cerita terbaru joegrimjow.. antara champagne, hot choclate dan carlsberg =-.
er.. Blogspot xtau. Tukar le ke WP. Dah tukar ke macbook, takkan blogging platform pun nak stay sama..
Wordpress nak keluar version 3.0 dah.. don’t play2
dah lama aku follow blog ko, aku mmg susah nak komen. sekarang aku dah berazam nk komen walau pun utk entri kali ni mmg aku xda idea. haha
haha. thanks! Ko xde blog ke?
tulis blog memang menarik, tapi aku tak pasti aku dah bersedia ke tak untuk ceritakan luahan dan pendapat aku dekat blog.
btw, bila aku comment tak guna apa2 profile, kalau ko reply mmg tak dapat notice ke?
Hm. Reply notice tu.. kena letak plugin la. Dulu ada plugin, tapi plugin tu gila. Tak tau kenapa. Jadi aku malas nak letak plugin. Masih lagi mencari..
samalah ngan aku…aku lagi suka kalau pengunjung blog aku enjoy entri2 yang aku tulis
dan aku sangat suka kalau diorang singgah blog aku dan memberi komen barang satu dua instead of just saying ‘hi’ ‘singgah’ or ‘blogwalking’ kay shoutbox
sebab aku bukan jenis macam tu
aku mesti nak komen entri owner blog baru blah dr situ
.-= Cerita terbaru mokteh.. PRK-P94: Hulu Selangor Milik Siapa? =-.
Betul2. Lagi best kalau diorang baca dan komen. Tapi.. takpelah. Takleh gak nak paksa2 camtu kan.. Mana yang dapat tu kita hargai ^^
aku pernah terfikir gak nak wat entri pasal komen2 ni semua
tp tak jd la
takut mengguris hati readers pulak
.-= Cerita terbaru mokteh.. PRK-P94: Hulu Selangor Milik Siapa? =-.
bila ko ada idea jer bro ko terus tulis
huhuhu
p/s : betul ker puitis?
Agak la. Kalau nak banding ngan aku yang tak puitis langsung ni. haha~
baru je stop tulis sebab final exam last week..tapi minggu ni, dah abis paper, baru dapat tulis satu entri je.
Bila baca ni, ada la semangat sket nak sambung balik.. :)
dari segi comment driven and just story tu, Tak tau la..byk story je kot kat blog tu..
.-= Cerita terbaru serol.. Cerita 5 hari-Pertemuan itu pilihan, tapi perpisahan itu mutlak =-.
Harap exam semuanya ok brader serol!
Selamat berblogging kembali =)
betul tu. aku hari tu pun stop blogging seminggu je sebab ada hal nak uruskan. bila nak start blogging balik rasa macam malas gila. buat entri pun diri sendiri tak puas hati. tapi publish jugak sebab dah lama tak ada entri baru. skang ni masih mencari mood blogging yang dulu.
.-= Cerita terbaru zaiMi.. Butang Baru Fanpage Facebook =-.
kalau layan perangai malas tuh, jadi cam aku la..welcome to the club..haha
.-= Cerita terbaru Azizuan.. Cross Browser Testing Dengan Browsershot =-.
erm… momentum.. satu keyword baik yang digunakan hari ini.. huhu.. erm entri ni sebenarnya adalah ko punya cerita ke or lebih kepada contest tu (aku agak la)? bila semangat nak tulis down, susah nak dapatkan balik except kita dapat satu ilham mcm ne nak jadikan penulisan kita lebih baik dari sebelum ni, yg tu akan buat kita bertambah semangat… ape2 pon all da best 4 u ariff..
.-= Cerita terbaru syahirul.. Oh! NASA akui matahari terbit dari barat =-.
betul, setuju bila buat entri and orang comment utk discuss ngan lebih detail..
.-= Cerita terbaru iyllienaz.. hanya thesis yang menanti.. =-.
Nak menulis mmng kena ada mood..
xde mood, even ada idea pon..xjalan
but yess, xboleh ikot sgt rasa malas..
.-= Cerita terbaru fana164.. ~Why Ladies Today Are Still Single~ =-.