Apabila Kesihatan Diri Tidak Mengizinkan

Reading Time: < 1 minute

Jangan terkejut kalau aku datang Times Square petang nanti macam ni

Dah lama sebenarnya aku tak sihat macam ni. Kali terakhir tak ingat bila. Tak taulah kenapa kali ni, start dari hari Jumaat haritu yang agak buntu nak update blog, semalam badan aku dah mula rasa tak sedap. Bila malam, dah macam tak tahan sejuk padahal rumah ni panas je. Rasa macam nak demam tapi tak demam lagi. Masuk tidur pukul 10 malam tadi, bangun pukul 10 pagi. adeh..

Lagi satu aku pelik, selera makan ni makin lama makin hilang. Tak tau kenapa. Kalau macam Ramadhan tahun lepas, seronok je aku makan banyak-banyak. Ada time tu pernah makan sampai tak boleh bangun! Gila. Sekarang ni nak habiskan satu bungkus nasi kerabu tu pun dah macam tak larat. Tak tau kenapa. Adakah sebab aku selalu pergi gym sebelum ni, dah terbiasa makan sikit sampai jadi macam ni? Mungkin Darkbatman atau Ben Ashaari boleh jawabkan. Diorang kan dah lama berkecimpung dalam arena bina badan ni..

Petang ni berbuka dengan blogger-blogger ni. Atas semangat seorang blogger, maka aku gagahkan jugaklah pergi buka puasa bersama diorang nih. Nasib baik Syah cakap nak datang amik aku, kalo naik public transport memang tak dapat la.. Buatnya aku pengsan dalam bas nanti macam mana? Jadi korang-korang yang free tu, meh join sekali. Lepas buka nak main bowling tak Joegrimjow?

Jumpa la petang ni ye =)


Posted

in

by

Comments

38 responses to “Apabila Kesihatan Diri Tidak Mengizinkan”

  1. Angin Selat Melaka Avatar

    Assalamualaikum…
    Tujuan saya menulis di ruangan ini adalah kerana; saya berpendapat; salah satu kaedah membersihkan atau merawat organ yg rosak (atau gejala kesihatan kurang memuaskan) adalah dengan men-singkir-kan kotoran atau lendir lupus yg masih melekat di sekitaran dalaman badan. Contoh; penyebab hidung gatal, tersumbat, bersin atau ringkasannya resdung, adalah kerana terdapat lekatan lendir yg sepatutnya keluar dari tubuh tapi tak keluar. Ia tersekat. Lendiran ini (berupa kahak pekat kuning) adalah salah satu faktor kuman2 perosak melekat dan tidak dapat ‘di-rembes-kan’ ke saluran penghadaman. Setakat ni, saya telah mencoba satu kaedah yg begitu berkesan bagi menghapuskan lendiran tersekat ini, tidak kira betapa tebal sekalipun melalui kaedah traddisional yg berkesan dan selamat. Banyak lendir2 pekat keluar melalui hidung dan saluran najis selepas mengamalkannya. Rawatan ada di web page:

    Rawatan mengeluarkan lendir, kahak, nanah dan kuman2 tersekat

    Boleh jadi ia menjadi ‘advantage’ untuk menolong organ dalaman mendapat kesihatan semula. Lagipun, kerosakan organ atau berpenyakit selalunya terjadi adalah kerana terdapat lekatan kuman. So, tak rugi mencuba. Untuk info lanjut mengenai cara mempersiapkan diri berkaitan rawatan jerawat dan resdung, kamu boleh semak web page ini:

    Info jerawat resdung

    Semoga dgn info yg daku sediakan ni sedikit sebanyak dpt membantu kalian yg bermasalah mengenai perkara ini. Tq.

  2. Tricajus Avatar

    InsyaAllah.. banyak2 berdoa

    1. ariff Avatar
      ariff

      Thanks for the pictures

  3. sha myheart Avatar
    sha myheart

    OMG!

    Arif sakit ya? Kasihannya…
    Jaga kesihatan diri.

    Banyakkan minum air putih @ mineral. Sebab kita kan dalam bulan puasa, banyak keluarkan air dari badan, masuknya tak, sebab tu la cepat nak jatuh sakit.

    p/s:Tak tau la pasal dah ada update, sebab tunggu email jer masuk ada up date. terlupa plak yang tak subscribe pun blog ni.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Alhamdulillah sekarang ok sket. Cuma ada sakit tekak nak masuk hari ketiga dah :(

      1. sha myheart Avatar
        sha myheart

        Alhamdu lillah.. :-)

        Tapi, kena jaga kesihatan juga.

        Kalau sakit tekak, tak leh karaoke la.. :-D

  4. Shahiran Avatar

    Hmm… kalau camni, cuba makan kurma (yusuf taiyobb), tak pun madu (beli madu asli kat pasar malam/pagi pun okei sama je madu asli gak walaupun takde brand). Lain-lain, banyakkan vitamin c (cili, limau etc).

    1. ariff Avatar
      ariff

      Thanks for the tips bro Shahiran. Kurma pun dah habis kat rumah ni. Kena pergi beli

  5. adziim Avatar
    adziim

    Tak join, Dr.Farhana ajak, tapi banyak hal.

  6. DyaNz Avatar
    DyaNz

    Cuaca tak tentu caused our body pun jadi tak tentu

  7. chanz Avatar
    chanz

    aku pun tak sihat! rasa dehyrdrated semacam je..huhu…nak minum air.

  8. eiyda Avatar

    sehat….pg la jumpe doc periksa pe yg ptt huhuhu

  9. NoorAfzan Avatar

    Semoga cepat sembuh.
    Oh ya,,raya di sini ye tahun ini?
    Sampai bila Ariff cuti ye?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Sampai 15 September

  10. meyummy! Avatar

    get well soon ;p

  11. Azah Avatar

    metabolisma badan dah berkurang?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Mungkin..

  12. iddin Avatar

    Moga2 Arif cepat Ok… Cabaran berpuasa memang begitu.. tapi kite kena tabah dalam menghadapinya..

    Tapi yang aku musykil…ngajak lagi p main bowling..hehe

  13. Azuan Avatar

    Salam bro.. nak tanye.. ko punya commen navigation yg ada no 1, 2, 3 ni ko pakai plugin apa? ke mmg dah default dr theme?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Memang default dalam theme

  14. AnwarOsman Avatar

    main bowling best tu… aku sangat jarang main bowling.. bebaru nie aku main ngan member masa pi mini maha terengganu aritu.. main kat ekuesterian sports centre (eja mcm mana tah). nasib tgn ntah mcm mana dpt triple strike.. bengang ja kawan2 aku tu kat aku.. tp score yang lain semua teruk.. spare xdak.. akhirnya aku kalah last gak.

    semoga lekas sihat ya mr ariff. aminn.

  15. hafizarshad Avatar

    takpe bro..sakit2 dahulu..bersenang2 kemudian…=)

  16. nursarah Avatar

    Allah nak uji tanda Dia sayang.. besar pahala terima ujian sakit di bulan Ramadhan.

    orait. ramai2 kita jumpa petang ni k.

  17. nabilpotter Avatar

    pergi la amik ubat..
    puasa tak hari ni?

    jumpa petang ni ariff..huhu.. :)

  18. zezebel Avatar

    Mungkin pasal dah tua kot…. Hehehehehe….
    Makin tua selera makan makin kurang.

  19. irah hajerah azman Avatar

    maybe ko patut try b complex and any other multivitamin

    1. ariff Avatar
      ariff

      balik Malaysia ni dah stop amik vitamin. Itulah, rasanya macam nak start balik amik je

  20. Lord Zara Avatar

    Samalah kita Ariff.
    Aku asyik bersin tak berhenti2~
    Suhu badan makin naik.

    Huhuhuhu.
    Bestnya kamu nak berbuka puasa dengan blogger2 lain.
    Huh!
    Jealousnya aku.

  21. SyimaSyaz Avatar
    SyimaSyaz

    gi klinik dulu la ariff kalau nak keluar..takut lain pulak.
    atau maybe badan nak rest…

  22. mrnamie Avatar

    Semoga cepat sihat… hehe

  23. zulman Avatar

    bersedekah, berbuat amal dan bersolat banyak2 di hari bulan baik nie…

  24. zulman Avatar

    rehat banyak2, p klinik, makan ubat yang perlu… jangan banyakkan aktiviti luar, rehat jer lah… Rezeki di bulan puasa la tu agaknya. Dugaan Tuhan. Sabar jer lah, k…

  25. adledash Avatar

    wow..best….

    takpe.tiap sakit tu pencuci dosa. hadapi dengan sabar. Allah tanak kita hanyut dengan dunia. sakit pun kena syukur. nikmat yang mendekatkan kita denganNya.

    ape pun, smoga cpt smbuh. bes gile ramai2 blogger buka sama2. tak brani nak join sbb tak kenal. huhu~

    Happy Fasting and Break-fasting! May Allah bless u guys~

  26. syahirul Avatar

    nanti aku bawak ubat demam + selsema + antibiotik + sakit tekak + batuk untuk ko.. alolololololo siannya.. gyahahahahahahahaa~

    aku tak taw kol bape nak dtg jemput ko.. ko siap2 la dulu :) mandi taw :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      .. ada orang lupa bawa ubat semalam ..

  27. afiq aiman Avatar
    afiq aiman

    ala kesiannya…insyaAllah nanti sembuh la tu…patut jarang update je

  28. fartvxqhlovate Avatar

    get well soon :)