Antara KTM Duke 200 & Kawasaki Ninja 250 (2013)

Reading Time: 3 minutes

Ramai bakal pembeli tertanya-tanya soalan ini, yang mana satu antara kedua-dua motor ini patut dibeli. Harap artikel ini dapat membantu golongan ini membuat pilihan berdasarkan poket dan kemahuan anda.

Untuk pengetahuan, saya adalah pemilik KTM Duke 200. Dah pernah eksiden dan banyak lagi ‘near miss’ semasa di jalanraya, jadi boleh cakap dah cukup kenal dengan motor ni.

Harga

Retail price KTM Duke 200 sekarang adalah RM18800 manakala Kawasaki Ninja 250 edisi 2013 adalah RM23000.

Jenis Motor

KTM Duke 200 tergolong dalam kumpulan naked bike. Naked bike ni bermaksud enjin dan hampir keseluruhan badan motosikal takde cover yang penuh. Senang cerita, motor ni nampak bogel pada bahagian badan dan enjin.

Kelebihan pada naked bike ialah ianya lebih ringan berbanding motosikal full fairing. Dengan ini, daya pecutan yang lebih tinggi dapat dikecapi dengan enjin yang kecil. Lagi satu kelebihan adalah pada handling motor ini; disebabkan ianya ringan, maka tak susah untuk mengawalnya pada kelajuan rendah (Contoh: tersepit di celah traffic jam).

Bagi orang yang slim macam saya, lebih sesuai menggunakan motor yang ringan.

Kekurangan pada naked bike adalah dari segi stabiliti pada kelajuan tinggi. Kalau siapa pernah naik kereta Proton Saga/Iswara dan cuba pecut pada kelajuan >120 km/jam, dashboard kereta akan bergegar betul tak? Perkara yang sama berlaku pada naked bike kalau cruising pada kelajuan tinggi, jadi dari segi design, memang naked bike bukan untuk high speed cruising.

Kawasaki Ninja pula adalah jenis full fairing bike atau senang cerita, full cover. Kelebihan pada full fairing bike ini adalah stabiliti ketika motor cruising pada kelajuan tinggi.

Kekurangan? Motor ni lebih berat disebabkan cover tadi. Jadi daya pecutan pada RPM rendah (gear 1 – 3) tidak tinggi.

Fuel Consumption

Dari segi teori, lagi besar enjin, lagi banyak minyak diperlukan. Jadi kita boleh cakap Kawasaki Ninja 250 ni memerlukan kos yang lebih berbanding KTM Duke dari segi kos petrol.

Recommendation

Orang sekarang guna motor besar sebab nak elak traffic jam. Terus terang saya cakap, traffic jam sekarang lebih teruk berbanding dua tahun lepas (kali terakhir pulang ke Malaysia sebelum menamatkan pelajaran di Moscow). Dan kalau anda sedar, sekarang ni makin banyak motor besar di atas jalanraya setiap hari. Oleh itu, saya andaikan pembaca adalah daripada golongan yang bakal menggunakan salah satu motor ini ke tempat kerja setiap hari.

Mudah je sebenarnya. Kalau 70% daripada laluan yang anda ambil meliputi jalan bandar, maka KTM Duke 200 adalah pilihan terbaik. Stuck dalam traffic jam? Takde masalah. Boleh menyelit macam moto kapcai lain. Nak panjat divider pun boleh kalau keadaan dah memaksa. heheh.. Pendek cerita, KTM Duke 200 adalah king of the street.

Kalau 70% laluan anda meliputi highway (ada tol, BUKAN Federal Highway, tidak ada lorong motosikal), Kawasaki Ninja 250 adalah pilihan terbaik sebab anda tidak akan mempunyai sebarang masalah memecut sehingga 180 km/jam di lebuhraya.

Sebagai contoh, perjalanan saya dari USJ ke KLIA dulu mengambil masa selama 25 minit cruising pada top speed, jadi tak mustahil untuk Ninja 250 cover laluan yang sama dalam masa kurang daripada 15 minit.

Brand

Brand Kawasaki mempunyai liputan yang lebih luas di negara kita berbanding KTM. So you can expect better after sales service from them.

After sales service ni maksudnya kalau kemalangan dan anda memerlukan spare part tertentu untuk menggantikan barangan yang rosak. Setakat nak servis tukar minyak dan filter, takde masalah untuk KTM.

Final Words

Saya tak suka jadi big fan pada sesuatu brand. Pemilihan KTM Duke adalah berdasarkan alasan rasional berdasarkan keperluan dan kemudahan (ringan) untuk kegunaan harian dan disebabkan takde pilihan motosikal naked lain lagi di pasaran tempatan.

No offence, tapi kalau pakai FZ150, orang still pandang as mat rempit. Mungkin sebab design FZ ada iras-iras RXZ yang sangat popular di kalangan mat rempit. Title mat rempit adalah sangat negatif pada pandangan masyarakat dan lebih elok dielakkan.

Kalau Kawasaki ada keluarkan naked bike mereka, I’ll surely pick Kawasaki over KTM sebab brand coverage mereka lebih luas di Malaysia. Surely, harga naked bike Kawasaki pun jauh lebih murah berbanding KTM.

Best bike? Perkara ni subjektif. Bergantung kepada cara penggunaan anda, motosikal terbaik adalah yang paling banyak berjasa, paling mudah digunakan dan paling menjimatkan apabila digunakan. You determine it yourself.

I rest my case. Harap dapatlah idea sikit tentang kedua-dua motosikal ini.


Posted

in

by

Comments

40 responses to “Antara KTM Duke 200 & Kawasaki Ninja 250 (2013)”

  1. peng Avatar
    peng

    minat dgn duke 200…tp byk org ckp kelajuan xseberapa ngan harga…LC135 lg syok…how about kawasaki d tracker 250?any comment?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Tak pernah try, so tak boleh komen. But basically d tracker pun top speed tak ke mana.

      Kena faham konsep naked bike dan enjin. LC135 lagi syok? hahaha… kelakar la your statement

  2. maf Avatar
    maf

    Ktm duke 200 nye top speed 140kmph tu sama mcm speed kerete atau speed motor kapcai,sebab yg aku taw meter motor kapcai lebih ringan dr kereta..aku tgh survey nk beli ktm duke ni

  3. azman Avatar
    azman

    thanks for review, sekarang ni kalo ikutkan aktiviti harian duke lebih sesuai tapi hati nih tetap ngan kawasaki 250 .. adushhh.. x tau dah nak wak camna

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau dapat test ride dua2 bike untuk kegunaan harian lagi senang nak buat keputusan. Tryla cari kawan yang boleh bagi pinjam

  4. Faster_run Avatar
    Faster_run

    ape plak ninja 250r xleh mencelah… ramai je aku tgok org pkai ninja 250r mencelah.. member aku pkai kawa 750 pun bole mencelah.. hahaha..

    mane ader fz150i cam rempit.. akal jgn sempit.. nnt tersepit.. hehehe..

    Rempit bg sy ialah org yg bwk moto cam mak bapak die punye jalan.. tp, bukan pada mesin yg ditunggang..

    :)

  5. Ekspresi Ruang Avatar

    dpt angkut HD V-Rod sebiji pon sdp gk. huhu

  6. eddy Avatar

    Memang idaman KTM walapun tahu Kawasaki memang terbaik….. harap satu hari nanti KTM ada dirumah

  7. Hafizul Avatar

    Andai diberi pilihan nak mambil yangn ninja tu..kalau tak ada pilihan, nak ambil dua2…hehe..terasa jugak nak pakai motor berkuasa tinggi ni..tapi bajet tak ada lagi..hehe

  8. boni kacak Avatar

    aku sebenarnya tertarik sangat dengan motor ktm 200 tu, tapi dengan ketinggian aku, rasa macam tak sesuai pulak..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Mana ada. Ko dah cukup tinggi kot. Kalau rasa tinggi sangat, boleh adjust

  9. cmratu Avatar

    saya vote KTM 200.. hehe walaupun tak pernah bayang nak pakai moto besar tapi minat tu ada.. yang paling penting pada saya moto boleh mencelah dgn laju.. :)

  10. arrizz Avatar

    I’ll go with Duke 200..sangat sesuai untuk aku..solid verdict bro..aku sokong sangat..

  11. wanG Avatar

    saya rasa KTM Duke 200 lagi sexy lah…kelakar tak kalau gadis berhijab naik motor ni pi kerja?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau berhijab, ramai je pernah nampak. Tapi bukan bawak KTM Duke la

  12. matjoe Avatar

    aku rasa duke200 ni memang sesuai utk nkgo. riding position utk kawa 250 ni mmg x berepa ngam pun kalau nak harungi lautan kereta. tapi dari segi look mmg full fairing lg nmpk mengancam.

  13. titan Avatar

    bukan aku tak nak angkat. tapi aku tak cukup tinggi cam ko. haha..

    1. hanep Avatar

      aku tinggi 163 tapi smpai ja. angkt la. hehe

    2. Ariff Avatar
      Ariff

      Boleh adjust tinggi tu. Takde masalah

  14. fazrol Avatar

    tunggu kawasaki keluarkan dia punya naked bike laa…
    ha ha… sempoi punca pencerahan…

  15. akubiomed Avatar

    Sama motor full firing atau naked bike ada kekurangan dan kelebihan. Naked bike tidak sesuai untuk perjalanan jauh dan dibawa laju kerana tujahan angin yang kuat. Kalau full fairing memberikan pengaliran udara lebih baik mampu memberi kepantasan.

    Pilihan saya adalah naked bike kerana kena cara penunggangan saya adalah lebih santai dan tidak agresif.

  16. Bro Framestone Avatar

    Ada beberapa kali bro temui KTM diatas jalan raya. Nampak macam menarik dan teringin nak angkat sebiji dimasa hadapan.

    1. akubiomed Avatar

      Bro boleh angkat KTM Duke 200cc macam Ariff Shah. Kalau hendak balik Johor pun senang. :-)

      1. Ariff Avatar
        Ariff

        Long distance no problem, cuma kalau naik motor faham2 sendiri la bontot kebas nanti

        1. akubiomed Avatar

          Pernah naik motor moped dari KL ke Melaka. Memang betul kebas punggung. :-)

  17. samdaddycool Avatar

    Kalau naik naked bike ni, kadang kala terasa macam tom cruise (dalam cerita Mission Impossible)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Tiap-tiap hari feeling macam Tom Cruise. heheh

  18. LaVendar Lily Avatar
    LaVendar Lily

    minum susu byk2 la bru kuat hehehe
    ER6N x brp berat ..skrg sy pkai ER6F & Kawa GTR.. :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      wow. sampai dua

      1. Lavendar LiLy Avatar
        Lavendar LiLy

        Bwa GTR mmg best tp sllu jatuh bodoh..hahaha adeii

  19. NoktahHitam Avatar

    Ade naked, ER6N.

    Btw, Ninja 2013 nampak sweetttt.. cuma dalam 250 cc mcm terlalu kecil, sedangkan 650cc ni pon dah rase mudah utk melayang.

    Anda juga lupa tentang angin, naked bike kuat rintangan angin. Manakala full fairing ni lebih mudah membelah angin. Disebabkan naked ni tiada penahan angin, kelajuan normal adalah 140kmh dan ke bawah. Lebih dari tu, lenguh satu badan.

    Duke 200 top speed macam mana? Tgk india version 140kmh je.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Yup. Same figure. Dalam city ni adalah 2 kali sehari aku boleh sampai top speed masa pergi balik from kerja, tu pun sekejap je. So no point kalau amik bigger bike.

      ER6n berat ok.. Pernah dah jatuh kan, tak larat nak angkat.

  20. afiq aiman Avatar
    afiq aiman

    kalau kawasaki 150 tu pulak mcm mna ariff? scrambler

    1. lan Avatar

      kalau kxr 150 lby kurang cam duke je elaboration dia cuma power n top speed jauh beza la..kalau da biasa naik laju utk highway kurang sesuai la..top x brapa ada..kalau short distance ok je..bole panjat divider suma

  21. Fakhrullah Roslan Avatar

    Risau time hujan jela. Huhu

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Yeah. Kena prepare la baju hujan kalau nak bawa moto

      1. NoktahHitam Avatar

        jangan buat pasal. duduk bawah jambatan, dan telipon orang, bagitau awak lambat. Tunggu hujan berenti. Dah byk kali aku tgk near death. sbb lori tak sedar.

  22. azriMy Avatar

    tu dia, review motosikal… terbaikkk

  23. SR Avatar

    good info…btw ade jugak servey untuk duke 200 kat group fb diorang. ade jugak beberapa problem yg berlaku.tp tu mungkin kes terpencil kot.

    1. hanep Avatar

      Mungkin yg bro tgk di fb group tu saya punya Duke200. Kes terpencil. Baru semalam saya hantar balik motor untuk claim. Tadi pagi dapat call suh amik motor by lusa. So far after sales tidaklah seluas kawasaki, tapi masih di tahap ok la.

      Sblm ni memang nak pilih antara 2013 Ninja vs Duke 200. Atas faktor jimat minyak, boleh mencelah di traffic jam, ringan utk kegunaan harian plus joy to ride, Duke200 jd pilihan. Rasa kalau angkat Ninja stuck kt traffic jam memang tak jalan dah.

      Apa pun lain orang lain citarasa. Terpulang pd diri la