
Ini adalah peringatan kepada semua, terutamanya ibu bapa. Kalau anak dapat result PMR/SPM/STPM silalah jangan laminate sijil tu. Sebabnya nanti untuk urusan translation, pengesahan dan sebagainya (kalau anak nak belajar di luar negara), sijil SPM tersebut perlu dicop oleh Kementerian Pendidikan.
Kalau kena negara leceh macam Russia, mereka nak sijil disahkan oleh Kementerian Pendidikan, Kementerian Luar dan Russian Embassy di Jalan Ampang sana. Jadi bila sijil ada, tapi dah laminate, sijil tu terpaksalah dibuat semula dan sebab memang mustahil untuk plastik tersebut dibuka semula tanpa merosakkan sijil asal.
Jadi tadi berkejarlah saya ke Putrajaya untuk menyiapkan segala urusan ni. Mula-mula buat salinan sijil (sijil original hanya dikeluarkan sekali seumur hidup, kalau hilang padan muka!). Proses ni sekejap je. Alhamdulillah. Dalam masa sejam siap dengan bayaran RM10. Kalau tak silap bangunan Lembaga ni E11.
Kemudian ambil cop di Kementerian Pendidikan, bangunan E8. Urusan sekejap gak. Sempat jumpa seorang rakan pembaca blog yang bekerja di situ. Seorang pemegang Phd dan memang bekerja rapat dengan Menteri Pendidikan dan timbalannya. Nampak macam muda lagi bawah 30 lagi..
Dan last sekali barulah panjat bukit ke Wisma Putra. Ini pun urusan yang sekejap. Perlu diingatkan pukul 4 kaunter dah tutup ye.. Bukan 4.30. Kalau hensem, memang semua urusan ni boleh siap dalam masa sehari.
Waktu lunch tadi singgah ke Alamanda. Belakang MOE je kan.. Senang sangat. Lepas makan, terbaca status Denaihati yang dia sedang lunch di Sahara Tents, juga beberapa langkah je dari Nando’s. Hehe.. pertama kali berjumpa bos walaupun dah lama sebenarnya kenal dan bekerjasama.
Malam semalam bila tau sijil SPM tu kena buat balik rasa nak mengamuk jugak sebab bukan saya yang laminate sijil tu. Tapi ingatkan diri balik supaya sabar, mungkin ada hikmahnya. At the end, rupa-rupanya dapat jugaklah berjumpa dengan individu yang banyak membantu blog ini.
Semalam jumpa AE dan Zarul Umbrella di Summit USJ. Ada hal yang dibincangkan secara terperinci bersama pakar hartanah ni. Artis kita pulak jadi judge untuk pertandingan karaoke. Memang budak-budak je yang conquer pentas.

I say jadi blogger ni memang seronok la. Dulu orang pandang blogger sebagai geek duduk sorang-sorang depan laptop 24/7 dan anti sosial. Tapi sebenarnya bloggerlah yang bila pergi mana-mana ada je kenalan daripada pelbagai background.
Dunia sekarang ni networking penting beb. Mana boleh dah terkongkong dalam satu dunia bawah tempurung kita je. Banyak yang boleh dipelajari daripada ramai kenalan yang datang daripada pelbagai bidang.
Apa-apa pun, sekali lagi sijil SPM anak-anak nanti jangan dilaminate ye. Simpan dalam clear folder sudah. Kesian budak tu nanti terpaksa meredah hujan nak ke Putrajaya. Dahla naik moto je..
Ps. Jumpa Jumaat & Sabtu ni. Esok kena cari formal attire untuk program hari Jumaat
PPs. Giliran saya dalam contest Gadget Impian. Tolong boleh?

Comments
32 responses to “Amaran: Jangan Laminate Sijil SPM”
fuhh , nseb baik tak laminate sijil spm tu . lau tak susah je kan.
Baru tau.. hehehe
fuhh nasib baik tak leminate langsung..thanks for the reminder bro..gambar bos besar mane?hehe
boss besar kena ambush masa tengah makan ngan family. macam tak sesuai lak snap2 gambar
nasib baik tak sempat nak liminate g.. kalau tidak,,hohoh,,thanks bro
Sijil SPM saya dah laminate lama dah. New employers who interview me don’t even want to see my certs anymore. lol
niat nk laminate tuh ade..
tp smpai skang duk bbungkus lm plastik folder file
dh tbace post nih..so x jdi ah
ntah ke mana ntah slip results SPM dulu.
nk kena cari blk lps ni.
bley tunjuk bukti kt anak klu diorang mls blaja. huhu
huhu…Sya degree Sya dah selamat dilaminate 3 tahun yang lalu. huhuhu…
Penat berurusan dengan agensi kerajaan. Macam kawan saya tempoh hari ke sana sini menguruskan dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan visa bekerja di luar negara.
Nurul punye dah tersimpan rapi dalam file.. Uu jumpe Abang ensem tu.. ;)
yeke..?? bru tahu..dlu2 mmg ada simpan angan2 nk laminate.. tp smpai skang xlaminate2 pn.. hehehe
Oh, saya dah habis SPM dan tak dapat pun study kat oversea.
Harap-2 untuk masa depan adalah orang dapat study kat sane.
Ini bole jadi pengajaran kepada saya
:)
jom boss di alamanda rupanya, jadi blogger senang kan, boleh kemana – mana tanpa terikat dengan waktu pejabat.
soalan siapa paling hensem, mestilah abg hensem sebab dah nama dia kan..hahahaha
betul tu…kalau boleh, laminate sijil program je.. ^_^
Apa2 berkaitan dgn sijil dan urusan dengan kerajaan jgn laminate..hatta sijil nikan sekalipun :)
*sijil nikah bukan nikan :)
Mana dh nye?…
hehe. cerita je ada. gambar takleh tunjuk
dh yag tlg amik gambar kot :P
oh tak. yg tu gambar zarul umbrella.
Nasib baik tak pernah laminate semua sijil tu dulu, kalau tak naya je..
kecut gak baca jgn leminate sijil spm…ingat-ingatkan balik..memang tak leminate pun …yg leminate sijil lain…fuhhhh…kena beringat ni…
Loading jap..kemana perginya sijil SPM aku ye..ah!! lupa…
Nasib baik tak buat dulu.
terima kasih untuk peringatan ni, nasib baik tak laminate :)
All the best dik…! Setuju bab “jadi blogger best!”
hikmahnya:
wujudlah entry panduan ni. hihi!
Yang tak tahan tu statement ‘kalau hensem sehari je siap’. Ape2 pun, ko memang hensem ariff. :P haha
hahahaha… tapi terkejar jugaklah sana sini nak menyiapkannya. dengan meredah hujan lagi
serius aku lepas dapat sijil SPM dah laminate siap2.. takut rosak la orang kata..hahahaha..
perjumpaan mahal dan bermakna ni..
sijil spm pon aku tak amek lagi kat sekolah. memang rosak eh kalo cabut plastic laminate tu. tak tau pulak…