Aku Mula Membenci

Sekarang baru aku tau kenapa aku tiba-tiba tak sihat dua hari yang lepas. Rupa-rupanya tinggal sebulan lagi sebelum aku berambus ke Moscow. Yes, aku blah ke Moscow 15 September ni, tak ingat pukul berapa flight sebab kalau boleh aku tak mahu diingatkan tentang perkara ni.

A good friend once asked, what’s your greatest fear in this near future? I told her mine is getting back to Moscow. It’s too hard on me. I never actually liked that place and if I could go back in time and change something, I’d change the part when I was giving the answer accepting this offer at the first place. That would change a lot! This blog, this very one that has become my identity would never have existed. Allah do have plan for us..

Pulang ke Moscow ni seolah-olah macam aku ni mati dan dihidupkan semula di neraka beku. Kehidupan indah yang berbagai kat Malaysia dengan makanan yang cukup dan mudah ditemui di mana-mana terpaksa ditinggalkan dan diganti dengan kehidupan yang serba tak tentu, yang kadang kala terlampau sejuk hingga menyengat tulang di alam yang dilanda kemarau makanan (halal). Pergilah tanya setiap seorang pelajar Malaysia yang beragama Islam yang pernah menuntut atau sedang menuntut di bumi Russia tu, sanggupkah mereka ke sana semula untuk melanjutkan pelajaran jika diberi peluang dan aku dengan yakin boleh memberi jaminan bahawa majoriti akan memberikan jawapan yang negatif.

Bukan aku tak menghargai pembiayaan pelajaran yang diberi, cuma aku dah hilang semangat untuk hidup di Russia. Aku hanya mampu bersabar selama 3 tahun pertama hidup di sana, tetapi bila dah masuk tahun keempat ni rasa macam tawar hati je. Matlamat aku sekarang adalah untuk menamatkan pelajaran di sana secepat mungkin dan pulang ke Malaysia atau kalau ada rezeki, kerja di negara lain terlebih dahulu. Itu jelah satu-satunya matlamat untuk aku kembali pulang ke sana pada bulan hadapan, habiskan tempoh pengajian aku di sana.

Tak perlu dipertikaikan kenapa aku moody macam ni. Orang yang mengalaminya sahaja yang tau.

Semoga bulan terakhir sebelum pemergian aku ini akan menjadi lebih bermakna..

2010/2011 Premium Sponsor

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

71 Comments

  • Hayat

    27 August, 2010 at 9:37 am

    Laksana pesan Bekas Ketua Hakim Negara kepada MB Perak yang disingkir secara haram, “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar,”.

  • hayumi aki

    19 August, 2010 at 4:18 pm

    saba2…mayb u all ni insan2 terpilih yg telah di beri amanah utk belajar di tempat org..mmg la ade perasaan mcm tu..bak kata pepatah la “ujan emas negeri org,ujan batu negeri sendri, lebih baik negeri sndri kan???”

    myb kalau aku la yg kene pg sane x smpai setahun da nak blk kan..tak tahan hidop kat sane kot..kurang2 ariff ko da 3 tahun..lame tu beb…ape2…kita bersyukur aje la dgn ape yang kita miliki hari ini…tak semua org mendapat peluang mcm awk ariff..yang penting semua tu akan menjadi kenangan yang terindah utk u…di masa hadapan…buang yang pahit…amik yang manis je..;p

    selamat meneruskan pengajian…gud luck..chayo!

  • jimmy

    18 August, 2010 at 9:53 pm

    ekeke. aku sgt mnyesal tp redha blajar kt Moscow. hehe bkn sebab masalah blajar tp masalah life kt cni yg sgt xbest macam dkt UK ke, US ke. dgn food yg halal ssh nak cari. kedai Msian lagilah takde. Kalo kt UK tu bsepah kedai Msian. weather yg extreme sejuk extreme panas. masalah komunikasi yg mnyulitkan lagi life. nak tak nak lagi 3 tahun kne survive lagi ni. sigh

  • hidung penyek

    18 August, 2010 at 2:36 am

    aku juga merasa begitu..tawar hati
    aku study kt France n after 2nd year aku dh rasa tawar hati..
    semangat aku nk sambung sampai masters masa awal2 sampai dulu dah tak ada..
    tapi reason aku bukan sebab cuaca atau makanan..
    tapi sebab kawan2..:)
    sabar je la..

  • lina86

    18 August, 2010 at 2:15 am

    kesusahan masa sekarang akan jadi kenangan indah satu masa akan dtg..be happy with whatever u have now..u r lucky enuff to go study there..
    moscow is your branding now.. god do have plan for all of us ..without realising it..
    cheers ariff

  • zuez

    17 August, 2010 at 12:05 pm

    pengorbanna itu akan membuahkan hasil..utk kesenangan suatu hari nanti yer ariffshah
    anggap saje x lama kat sana tup tup..dah balik msia ..bertuahnya jadi rakyat malaysia…anak malaysia…kan kan

  • khalis

    17 August, 2010 at 7:44 am

    betul2……lagi2 bila dalam flight…dah nak mendarat kat st petersburg…dgr..annoucement dalam bahase rusia…adeh….

  • akuzle ayu

    16 August, 2010 at 11:38 pm

    salam, sis x merasai so nk komen byk2 takot x btuilaa plaks… tp, kepahitan di masa sekarang akan mematangkan kita d masa hadapan…sabrlaa yer, dik…. bwk serunding dan ikan bilis byk2……

  • zikeryhassan

    16 August, 2010 at 11:38 pm

    semoga kau terus tabah menjadi hari-hari yang mendatang. Insya Allah dengan kesabaran yang kau kumpul tu akan membuahkan hasil yang baik pada masa hadapan. All the best bro :)

  • azurie_zue

    16 August, 2010 at 11:16 pm

    jgn membenci sesuatu..satu hari kita akan suka juga..
    jgn putus harapan ok..habiskan je study and balik M’sia with success..
    saya pernah tolak tawaran utk sambung belajar overseas kerana takut nk jauh from family.,hehe mcm budak2 kan..yg penting ingat kami disini sentiasa menunggu cerita2 terbaru ariff.

  • denaihati

    16 August, 2010 at 10:40 pm

    Berat mata memandang berat lagi bahu memikul tapi alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan sebelum tamat tu fikir2 lah bisnis apa yg boleh ditinggalkan kat Rusia supaya pabila balik nanti ada juga hasil yg terus berkembang kat sana…

  • zulman

    16 August, 2010 at 8:05 pm

    Ramai kita disini yang tidak senang kalau berada jauh dari tempat kita sendiri, jauh dari keluarga dan jauh dari kebiasaan diri kita sendiri. Sabar sajalah jawabnya… ada hikmah tue…

  • WaWa

    16 August, 2010 at 7:45 pm

    faham. faham je perasaan tu. dulu masa belajar kat uk pun, selalu rasa macam tu setiap kali habis cuti dan kena balik uk dah.
    masa 1st year, takde lah rasa sangat ‘bencinya nak kena balik uk dah’ — tapi bila dah lama, terasa macam ‘ergh! tak nak balik boleh tak?!’.
    mungkin sebab kita dah penat nak travel jauh. sebab tempat tu memang asing bagi kita. makan susah nak cari (asyik2 indian, asyik2 turkiskh. come on! mana roti canai?). lagi dengan cuaca yang terlampau sejuk..
    so.. yes, memang penat.
    TAPI! tahun ni bila dah balik for good, memang seronok lah, sebab tak payah fikir ‘eii esok dah kena balik dah…’. cuma kadang2, RINDU! seriously rindu. tapi takde lah sampai nak pergi uk lagi untuk duduk barang setahun dua. bercuti yes! haha. rindu western food (ye lah, walaupun senang je cari kat sini), rindu tempat kita dulu, rindu dengan its people.. (tapi tak rindu pun dengan cuaca sejuk!)..
    so, nasihat? takde. sebab memang takde choice. kena balik juga kan? kena relax je kot, sebab pejam celik dah habis. tapi, jangan terkejut kalau dah tinggal kat msia ni, ada setengah2 perkara yang kita asyik nak compare dengan cara hidup kat sana.. :)

    (ops, first time komen dah komen panjang.. sorry!)

  • iddin

    16 August, 2010 at 7:12 pm

    tinggal setahu lagi lah ariff..
    I think that u can do it.. Be patient and success mill be yours. We will miss your writing if you’re not doing blogging in Moscow.. Hopelly there is no problem….

    Good luck for another 1 year more..

  • afiq aiman

    16 August, 2010 at 7:10 pm

    komentar2 yg komen entri ni jelas menunjukkan depa syg ariff sbg kwn…bila buat bek kt org mesti ramai org syg…betul tak…so suma mghrpkan yg terbaik buat ko ariff…u can do it…xlma dh kt sana kn..lps hbis suma balik la sini

  • Zinedine Zaiddin

    16 August, 2010 at 5:56 pm

    Aiseyy…jangan ar cenggitu brader. Tinggal sket aje lagi tu..habiskan sisa-sisa tempoh pembelajaran kamu kat sana. Aku tak reti la nak nasihat lebih2, sebab tak pernah rasa belajar jauh beribu2 kilometer dari rumah. Paling jauh pun skolah kat Kedah, waktu rumah kat KL.

    Carik lah punca kenapa ko rasa macam tu..try to figure it out how to approach it. Masalah takde makanan halal, cuaca yang ekstrim, dan macam2 lagi..

    Seriously brader, aku mewakili rakyat Malaysia bangga ada anak Malaysia dapat gi obersi macam ko, belajar sesuatu dari sana untuk dibawak balik, dan mana yg baik tu boleh disesuaikan dengan Malaysia untuk kesejahteraan kita bersama. Teruskan perjuanganmu wahai anak muda..bangkitlah!

  • Lord Zara

    16 August, 2010 at 5:23 pm

    Takpe Ariff.
    Kamu kuatkan semangat.
    Aku tahu kamu boleh.
    Kalau 3 tahun pertama kamu dapat harungi, insyaALLAH, untuk tahun2 seterusnya kamu akan dapat. Ya, mungkin kamu tak nak kembali ke situ lagi, tapi atas dasar mendapatkan ilmu, redha kan hati ya?

    Tak lama Ariff.
    Kalau kamu boleh tahan, teruskan perjuangan.
    Di sini, hanya dapat mendoakan yang terbaik buat kamu.
    :)

  • Anyss

    16 August, 2010 at 4:48 pm

    Salam,
    Kuatkan semangat…hanya senafas sahaja lagi nak habis kan?
    pergi luar negara untuk belajar, kemudian perlu dapatkan ijazah memang tak seronokpun. Yang seronoknya pergi untuk melancong…

    Apa-apapun, moga lebih tabah dan hargai peluang yang ada. Fikirkan positif sahaja. InsyaAllah balik bersama ijazah dan…azizah ;)

  • jard

    16 August, 2010 at 4:44 pm

    ade kawan pernah amik medik kat rusia. org sabah. a basketball player. errr.. tak kenal kot sbb die kat kursk. nama nashariah..

    cabarannya… rusia tak bnyk muslims mcm UK. =p

  • anis

    16 August, 2010 at 4:39 pm

    hum..sgt faham perasaan tu..ktorg pun sama lah jugak.asal nk balik sini je, mulalah moody semacam. Saat2 ni rasa mcm jeles sgt pada rakyat malaysia yg xperlu ke luar dari malaysia..hidup je dalam syurga tu.Xyah kuar2 pun xpe..huhuk..!

  • afiq aiman

    16 August, 2010 at 4:30 pm

    insyaAllah suma akan ok…jgn pth semangat untuk tulis sudah sebab dunia blog ni rasa sunyi tanpa celoteh si ariff shah

  • farhana

    16 August, 2010 at 4:05 pm

    Saya.. Mula benci hidup final year.. Terase bukan jiwa saya bidang ni.. Menyesal tak usah dikata.. Berulang kali tangisi tapi yang berlalu takkan kembali.. Give up degree audiology dan taking up medicine, i wonder wut goes into my mind at that time.. Banyak kali rase ralat melihatkan rakan-rakan satu batch audiology dah pun grad dan dah pon keje.. Tapi saye maseh terkapai-kapai cari arah cari jiwa cari passion dalam bidang ni.. Huhu..

    But.. Allah has better plan for us i guess.. And He knows what is the best..

  • fiq froz

    16 August, 2010 at 4:01 pm

    i hate staying in new zealand..aku juge seperti kau..jika diputarkan waktu,..diberikan peluang kembali..aku takkan jadi sebodoh ini datang kesini….

    zack x suke jepun..kau x suke moscow..aku lak x suke new zealand…malaysia juga tetap dihati…

    jangan sedih2 ye..

    aku rasa jugak seperti yang kau rasa…huuu……

  • sukur

    16 August, 2010 at 3:44 pm

    relax bro..aku fhm..duduk oversea org xpernah pergi mmg akan rasa best..tp kita yg dh biasa kt sana mmg terasa kepayahan nye..paling susah of course bab makanan..haha

    • ariff

      16 August, 2010 at 3:48 pm

      haha.. kalo bleh kasi ganti aku dah cari pengganti. Tapi final year dah pun, settlekan yang ni then tamat kesengsaraan aku

  • Faizal

    16 August, 2010 at 3:37 pm

    relaks, aku pun pernah melalui perasaan yang sama juga.
    masa third year dulu, sebab risau tak lulus naik final year.
    tapi takpe, betul kata ko..normal la perasaan ini.

    semoga tabah menghadapi hari-hari mendatang..hehehe

  • Nur Hayaty

    16 August, 2010 at 3:32 pm

    owh,yup betul tu hanya awak je rasa apa yang ada kat sana,yang penting awak sabar,setiap terjadi pasti ada hikmahNYA..=]