Sambil membaca entri Tak Boleh Download Percuma Lagi, aku terfikir, boleh tak Akta Hakcipta 1987 digunakan untuk memerangi individu/pihak yang suka mencuri entri dari blog lain?
Aku rasa Akta Hakcipta ini sangat sesuai digunakan kerana dalam akta tersebut dah termasuk sekali karya sastera yang merangkumi novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, karya syair dan penulisan lain. Apa-apa yang anda semua tulis sendiri dalam blog sekurang-kurangnya termasuk dalam kategori penulisan lain.
Bagaimana?
Aku rasa cara paling senang adalah menggunakan kaedah surat DMCA seperti dalam entri sebelum ini, cuma kita tukarkan sahaja akta yang digunakan dalam tu kepada Akta Hakcipta 1987 ni. Hantarkan surat tersebut kepada pihak hosting blog yang mencuri entri anda serta syarikat pengiklanan yang beriklan dengan blog tersebut.
Bila notis dah dihantar, sekiranya pihak hosting dan syarikat pengiklanan tak nak bekerjasama, kita boleh mengheret mereka sekali ke mahkamah atas tuduhan bersekongkol dengan pencuri tersebut. Pihak hosting – kerana menyediakan tapak untuk pencuri tersebut beroperasi dan syarikat pengiklanan – kerana memberikan insentif/pendapatan melalui penyiaran iklan di mana entri yang dicuri tadi diletakkan.
Aku rasa benda ni tak mustahil dilakukan dan mungkin lebih berkesan sebab kita gunakan undang-undang negara sendiri. Malangnya aku tak jumpa lagi blog yang copy paste entri aku tanpa kebenaran (kalau ada tolonglah sangat bagitau) untuk dilakukan eksperimen. Ada siapa berani cuba?
Aku bukanlah pelajar jurusan perundangan, jadi kalau ada yang salah dalam entri ni harap dapat diperbetulkan.
Rujukan: Akta Hakcipta
23 Comments
mohd afham mujahid
15 July, 2011 at 3:30 amnak tanya, kalaulah saya mereka grafik ( flyers dan broshure untuk plan rumah 2d dan 3d perspective, ada buat job dengan satu devepolers ni. duit x bayar lagi tapi dah post hasil karya seni saya di website diorang tanpa persetujuan saya. soalannya: bolehkah saya menyaman diorang walaupun saya tidak mempunyai lesen perniagaan @ daftar mana2 jabatan hakcipta????.. sebab ni job part time jer..
ariff
15 July, 2011 at 6:24 amwow. ni macam complicated. Luar bidang saya. Kena tanya peguam/mereka yang lebih tahu.
fyzal
15 June, 2011 at 10:31 amberkenaan dengan hal hakcipta ni brother. jika kita refer pada seksyen 7, literary work adalah salah satu karya yang dilindungi oleh hakcipta. dan cross refer pada sek 3 literary work merangkumi “novels, stories, books, pamphlets, manuscripts, poetical works and other writings”. blog entri tidak dinyatakan TETAPI lihat pada phrase other writings – maka sepatutnya entri blog boleh terangkum dalam interpretation literary work di bawah seksyen 3 akta hakcipta. malangnya di malaysia belum ada kes blogger saman blogger sebab copy paste entry (sepanjang pengetahuan aku), makanya belum ada “case law” yang memberi interpretation yang entri blog termasuk dalam “other writings” yang dilindungi hak cipta.
tp akta hakcipta ni complicated sikit. sebab masa aku ambik subjek ni, lecturer aku point out beberapa flaw dalam akta berkenaan.
ariff
15 June, 2011 at 11:08 amWow. thanks a lot for the input. Amat dihargai. Jadi possibility tu adalah kan..
Kita taknak lah sampai ke tahap nak saman-saman ni, cuma kalau orang tahu boleh sampai ke tahap macam tu pun dah cukup bagus nak membanteras aktiviti ini.
Kamarul Azri™
15 June, 2011 at 9:55 amkena tegas la kalau nak benteras gejala mcm ni…
so, nanti x brani la nak buat.. :)
Juan
14 June, 2011 at 6:28 pmades, kena block, nasib baik mediafire ok lagi, hehe
juna
14 June, 2011 at 10:18 amkes blogger ping entri fail percuma kat gengblogger amacam, tak nak ban ke? menyemak je…blog taik kalo asyik buh link free download manjang.
ariff
14 June, 2011 at 11:03 amtu kena tanya admin la.
tips-kurus
13 June, 2011 at 4:44 amtakde orang nak ‘kopipes’ blog saye; biasa-biasa je.. :-)
hanisaleeya
13 June, 2011 at 4:16 amnak buat eksperimen tu tak tahan dengar tu.. hehe.. ^_^v
chekguBH
13 June, 2011 at 2:52 amkat blog, kdg2 menulis sekadar suke2, menulis bukan utk keuntungan. ikhlas dan suka menulis, jd kalau ade yg nk berkongsi,oke je..biar je…
sulie
12 June, 2011 at 9:11 amhak cipta mmg perlu, tp sulie pun tak pk ia berjaya dalam dunia cyber ni lelagi la blog. Nak kopi dan pasta senang sgt.mcm2 cara boleh buat.
pj
12 June, 2011 at 7:42 pmtak patut.aku backlink ko nie
syahrilhafiz
12 June, 2011 at 4:49 pmentri? ko jangan buat aku gelak bro..HAHA
tak kena la akta ni dengan blog, lagipun setakat copy paste insyaallah kita boleh trace dengan bantuan rakan blogger yang lain.
azrijohan
12 June, 2011 at 10:43 amkan
azrijohan
12 June, 2011 at 10:38 ambagus memang bagus
tapi nnt jadi makin complicated kot
Jai
12 June, 2011 at 10:23 amPasni confirm la pihak hosting bukan dengan sewenang2nya jual hosting pada setiap individu.. Peraturan jadi ketat macam nak beli kereta atau buat loan bank…he3
Anyss
12 June, 2011 at 9:46 amAssalamualaikum,
Macam logik juga idea tu. Memang akta hakcipta digubal untuk jaga hakcipta termasuk penulisan. Takat ni belum diwartakan blog dan web termasuk dalam senarai tu, tapi…kalau dunia dah berkembang sedahsat ni, akta ni memang patut disemak semula. apa yang ditulis di blog dan web juga “karya”.
cuma macam mana cara nak tentukan “keaslian” tu kena ada juga sebabnya kita tak boleh kata “siapa terbit dahulu dianggap asli” sebab kita juga boleh pos entri backdate sama seperti kita scedule untuk masa akan datang.
Apapun, saya suke entri ni ;)
Lord Zara
12 June, 2011 at 7:37 amAku ada recent project yang aku tengah run. So, aku memang sumpah sangat concern dengan apa benda yang aku tulis sekarang ni.
Kalau aku jumpa orang copy-paste dan mengaku itu hak mereka, aku akan saman. Yes, kali ni aku memang dah satu tahap di mana, selagi aku dapat godak undang-undang heret pesalah, I’ll do it for my very own writing.
Ezany-Kun
12 June, 2011 at 7:21 amakta hakcipta ni lebih sesuai untuk karya jer kot..
syahrilhafiz
12 June, 2011 at 4:52 pmsetuju :)
kalau artikel letak hak cipta, wikipedia tu yg aku dok copy paste tiap2 hari, habiss laa assignment. oppss KANTOI..HAHAHA
izwan
12 June, 2011 at 6:17 amhttp://www.mindvault.com.my/v2/default.asp?id=27
mungkin ini berguna utk semua.cara nak daftar hakcipta artikel-artikel dalam blog
ekspresiruang
12 June, 2011 at 5:45 amwow, makin serius bunyi artikel ariff lately ni. tapi mmg btol pon. penat2 menaip, dicopy paste sesuka hati. kalau bg kredit tu xpela gak. at least ada trafik masuk ke kita dan sama2 dapat manfaat