#3 Terpisah Di KLIA2

Buatlah plan hebat macam mana sekalipun, tapi kalau tak diizinkan-Nya, memang tak jadi.

Saya tak sangka benda ni boleh berlaku pada diri sendiri. Selama ni, perkara penting macam ni memang saya boleh detect dan cantas sebelum masalah tu timbul. Memang jarang berlaku.

Situasi ni berlaku masa nak check-in semalam:

“Encik, ada visa tak?”

“Eh. Kenapa pulak nak ada visa? Passport saya kan jenis yang ada chip.”

“Ok. Takpe. Biar saya check balik..”

..

“Encik, memang tak boleh la. Passport encik memang ada chip, tapi yang ni chip lama”

Kelu tak terkata. Macam mana pulak boleh tak lepas passport ni?

passport

Jangan cakap saya tak check. Saya check. Saya jenis orang yang kaji dan buat homework dulu sebelum buat apa-apa. Saya check sebab pasport saya nak expire dalam masa kurang daripada 6 bulan. Ada negara akan deny entry untuk pasport macam ni, tapi Jepun boleh asalkan masa keluar nanti, pasport masih hidup.

Keyword kat situ, issued since February 2010. Tengok passport saya:

passport-2

Tarikh dikeluarkan, 24 Febuari 2010. Jadi bolehlah. Nak kata apa lagi?

Tapi apesal tak boleh lagi? Sekarang, bila korang rujuk laman web kedutaan Jepun ni yang ceritakan pasal visa masuk Jepun untuk rakyat Malaysia, korang akan nampak apa yang saya nampak. Tapi.. bila baca balik betul-betul..

passport-3

dan bila klik..

bio_visa

hadoii…. rasa macam nak hantuk kepala kat dinding. Kenapa tak insert je picture tu kat page depan? Apesal nak kena klik link pulak. haiyaa..

Malang nasib saya kali ni. Bukan rezeki saya. Kalau nak diikutkan waktu passport ni dikeluarkan, sepatutnya passport saya menggunakan versi terbaru chip biometrik ni. Tapi mungkin disebabkan passport ni dibuat di London masa saya belajar di Moscow dulu, kemungkinan besar stok passport lama digunakan, maka dapatlah passport dengan chip biometrik lama.

Jadi saya terpaksa lepaskan tiket yang ada. Disebabkan tiket low fare, macam biasa semuanya hangus. Model bisnes low cost no frills macam inilah, memang takde fleksibiliti. Nasib malang pengguna adalah keuntungan syarikat. Ni baru saya sorang. Bayangkan dalam sehari beribu-ribu orang terbang dengan syarikat ni, mesti ada je yang bernasib malang. Dan disinilah mereka dapat kaut keuntungan.

Tapi pengguna pun untung tiket murah kalau mereka tak berhadapan dengan situasi macam ni. Ada give and take.

Saya tulis tips dan panduan di blog ini untuk orang lain baca, tapi saya sendiri melakukan kesilapan. Lumrah kehidupan. Saya hanyalah manusia biasa.

Jadi malam tadi isteri saya terbang seorang diri ke Kansai. Saya pulang ke rumah. Alhamdulillah, setakat ni semua ok. Takpelah bagi orang rumah adventure sikit. Lagipun dulu dia dah pernah travel Europe seorang diri selama dua bulan. Jepun ni takde masalah sangat. Internet ada, maklumat di hujung jari, semua boleh.

Pagi-pagi tadi sampai di pejabat imigresen Kelana Jaya jam 7.45. Pintu buka pukul 7.30, dalam masa 15 minit tu dekat 50 orang dah ambil nombor dan tunggu giliran. Tapi servis kat sini bagus. Pantas. Sejam je tunggu sebelum sampai giliran saya.

Tak susah. Bagi passport lama dan IC. Gambar passport pun tak payah buat, dah ada kamera di setiap kaunter. Snap gambar on-the-spot. Lepas tu tunggu nombor dipanggil untuk bayar. Lepas bayar tunggu lagi 2 jam untuk passport siap.

Sementara nak tunggu siap tu, saya pergi ke Terminal Kargo. Ambil beg kulit dari Itali yang sangkut kat kastam. Tiap-tiap bulan, paling kurang 2 kali kena pergi kastam untuk ambil beg-beg ni. Ni bisnes orang rumah saya.

beg kulit itali

Cerita sikit pasal bisnes ni.

Beg dari Itali ni memang best sebab barang yang dihantar memang high quality. Cuma itulah, orang kita lebih suka guna benda yang tak berkualiti tapi nampak berjenama daripada barang ori yang kualitinya kena pada harga. Suka hati korang lah..

Balik dari kastam, pasport pun siap. Terpaksa beli tiket lagi satu, hanguss RM650. Jadi total perbelanjaan sekarang dah RM7,500. Passport tak payah kira sebab boleh guna sampai 2020. Takpelah. Duit boleh cari balik.

Mungkin masa korang baca ni saya dah berada di KLIA. Terbang ke Jepun mencari cinta..

At least adalah satu cerita unik kalau orang tanya, “honeymoon kau macam mana?” Orang biasa akan jawab, best, atau kasi thumbs up, bagi peluang kat orang imaginasi macam macam-macam, tak kurang juga yang cerita, ehh.. tempat tu best tau you.. Mesti pergi bla bla bla. Semua common.

At least kisah saya unik. Siap boleh cerita dalam blog panjang lebar macam ni lagi. haha..

Doakan saya selamat terbang dan menemui cinta saya. Gunakanlah beg kulit dari Itali.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

12 Comments