Telah dijemput oleh pihak P1 untuk menyertai event Nuffnang Blogopolis. Nuffnang Blogopolis adalah event di mana pihak Nuffnang menjemput blogger terhebat mereka untuk berkongsi tips dan pengalaman berblogging. Bengkel dipecahkan kepada beberapa modul dan diselangi dengan beberapa sesi Q&A.
Di sini saya kongsikan beberapa tips yang menarik dan saya rasa sangat releven untuk blogger sekarang:
- Locally interesting entry atau entri yang menarik minat penduduk tempatan. Entri seperti ini biasanya mengetengahkan apa-apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita. Contohnya, kalau ada shopping mall yang baru dibuka, kita ceritakan pasal shopping mall tersebut. Apa-apa yang berkaitan dengan rakyat Malaysia dan lifestyle kita akan mudah untuk diterima oleh pembaca yang sememangnya rakyat Malaysia juga.
- Write a headline that works – numbers excite readers. Gunakan nombor dalam headline anda. Contohnya, dulu ada buku bertajuk 40 Dalil Kenapa <nama ahli politik> Tak Layak Jadi PM. Bila ada nombor macam tu, penulisan kita nampak lebih objektif daripada subjektif. Pembaca senang nak proses apa yang mereka baca.
- Consistently deliver good content. Senang cerita, kalau takde idea dan input tu, tak payahlah update blog. Pembaca ada expectation bila baca blog kita. Bila dah dibiasakan dengan entri yang ada input, kena kekalkan momentem macam tu supaya tak kehilangan pembaca. Kalau takde entri macam tu, lupakan untuk update blog buat sementara waktu. Keluar, jumpa orang lain, baca blog lain, tengok tv dan idea untuk menulis akan datang.
- Just blog for yourself and be happy! Ini ditujukan kepada majoriti blogger yang blog atas platform/identiti sendiri (personal/lifestyle blogger). Akan sampai satu tahap di mana ada orang tak akan menyukai anda/blog anda. Biarkanlah orang macam tu. Tak perlu ambil berat tentang apa yang mereka fikirkan tentang anda atau apa yang mereka cakapkan. It’s your blog! Do what you do.
- Typefaces recommended: Futura & helvetica neue. Typefaces atau yang anda kenali sebagai font memudahkan pembaca untuk membaca blog kita. Gunakan font yang nampak cantik dan kemas. Contoh yang disarankan oleh website designer jemputan adalah futura & helvetica neue (blog.ariff menggunakan font helvetica neue). Selain tu, gunakan warna font yang mempunyai contrast dengan warna backgound.
- Segregate between good content and not so good content. Contoh mudah: Anda biasa tulis panjang-panjang. Semua entri sebelum ni memang bagus dan majoriti pembaca anda suka kebanyakan entri yang anda tulis. Lepas tu, tiba-tiba anda minat Instagram dan mula postkan banyak gambar dari Instagram dalam blog anda. Mungkin ada pembaca lama di blog anda tak minat dengan gambar yang diposkan dan mereka akan mula hilang minat untuk membaca blog anda. Penyelesaian mudah, buat satu blog khas untuk letakkan gambar Instagram tadi.
- If you don’t have haters, you have failed to spark interest. Sama dengan point nombor 4, sebagai blogger, anda akan mempunyai haters. Bila dah ada haters, ini membuktikan bahawa apa yang anda tulis/pos memberi impak pada orang lain. Anda dah ada pembaca. Teruskan menulis blog, cuma kalau haters ni wujud disebabkan kesilapan anda, betulkan kesilapan tersebut.
- Never fight with anonymous. Anonymous ni adalah golongan yang tak akan kalah (nothing to lose). Memang buang masa kalau bertekak atau lebih teruk buat entri pasal mereka kerana ini akan memberikan lebih banyak alasan untuk menjatuhkan semangat anda. Anonymous tiada integriti dan mereka boleh mencaci maki anda tanpa batasan. Jadi kalau ada tu, lupakan dan buat tak nampak je.
- Move to WordPress. Saya boleh anggap ini sebagai tips sebab blogger terkenal XiaXue pun menyesal tak guna WordPress sejak dari dulu lagi. Memang ada blog besar guna Blogger.com tapi anda kena tahu majoriti laman web besar di dunia ni guna WordPress. Ini perlu dititikberatkan kalau nak serius dalam blogging.
- Support each other. Cara paling mudah, link kan entri/promote blogger lain, sama macam apa yang dilakukan oleh Ben Ashaari. Kena ada give and take. Personally saya sendiri pun susah nak buat ni, tapi memang ada dalam perancangan. Will try my best dan saya akan concentrate kepada pembaca yang selalu komen kat sini dulu. Nak trace pun senang.
Sue Anna Joe kasi talk pasal fotografi untuk blog

Segmen paling best adalah apabila Maria Elena kasi talk. Very entertaining

Dapat tiket Batman. Malam ni tengok Batman kat Pyramid.
Jadi itulah dia 10 tips yang saya dapat kumpulkan sepanjang event Nuffnang Blogopolis. Semoga dapat dimanfaatkan.
*****
Check out personal wifi modem daripada P1. MiFi atau dikenali sebagai My Personal Wifi adalah modem wifi yang membolehkan anda melayari internet broadband di mana-mana sahaja menggunakan gadget anda yang mempunyai fungsi wifi.

Pelan baru ToGo dengan Modem Mifi Mf230
Kalau anda sentiasa memerlukan internet dengan kelajuan broadband dan mempunyai lebih daripada satu gadget yang memerlukan sokongan internet, pelan ToGo dengan modem Mifi ini mungkin adalah pilihan yang tepat untuk anda.
Pelan ToGo daripada P1 adalah yang termurah berbanding pelan daripada syarikat lain yang menawarkan fungsi Mifi. Sila layari www.p1.com.my/togo untuk maklumat lebih lanjut berkaitan pelan ini.


Comments
40 responses to “10 Tips Blogging di Nuffnang Blogopolis”
hebat. siap blogger2 dh bley bg talk dh skg ni. tp dgn kerjaya ttp ni agak payah sbnrnya nk curi masa berblogging balik mcm dulu
sy ingat nuffnang blogopolis tu apa..serach jumpa kt sini
Saya biasa guna blogspot dan saya pernah try guna wordpress tp sy x pandai sgt nak guna wordpress..rasa mcm susah…boleh tolong bg cara2 utk memudahkan sy utk guna wordpress?
sebelum ain kene saman dgn blogger lain, ain nk maklum share di link di bawah ye guruku!
Blogger malaysia memang hebat2 ya..patut berguru disini !!
mohon share entri nie kat belog ain :)
sila2. takde masalah
satu ciri pun takdak. padanla tak feymes T____T
tips yg sgt berguna utk sy..tq.. ^__^
wahh. nice tips there~ thanks 4 sharing =) byk yg haz kna improve ni. huu >.<
wah… info dan tips yang sangat berguna dan bermanfaat.
Terima kaseh ariff kerana tak kedekut ilmu dgn kami..
Well, if you don’t mind, cube citer sikit sal WordPress ni. Apa yang hebat sangat/kebaikan kalau gne WP. Bayarannya mcm mana pulak?
Tenkiuu :)
Not bad. Nice tips. Thanks.
entri pasal shopping complex tu memang betul sebab setiap hari ada orang klik entri ku pasal shopping kompleks baru kat shah alam tu.. nak tahu jom baca..
tips yang berguna untuk newbie.. aku ada jugaklah ikut tips tu sikit2.. tak caya..jom terjah blog aku.. hehe
perkongsian tips ini amat bermakna bagi saya yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogging. Gembira rasanya kerana mempunyai wordpress self hosted tetapi dalam sesuatu pertandingan yang berkaitan seo sepertinya domain percuma lebih baik daripada yang berbayar..
domain berbayar ni ada kekuatan bila dah lebih beberapa tahun wujud. kalau baru lagi memang tak power
tips yg betul2 berguna…thanks for this
terima kasih atas info tu..hehe…sudi kongsi apa yang dapat..memang menarik…
Terima kasih berkongsi maklumat yang diperolehi di Blogopolis. Walaupun tidak dapat 100% apa yang disampaikan didalam majlis tersebut. Sekurang-kurang dapat membuka minda.
Mengenai pindah platform blogging ke WordPress saya rasa macam boleh dibincangkan kerana sejak akhir-akhir ini saya ada menyertai contest SEO telah membuka mata saya kepada kekuatan platform blog percuma pun boleh tahan powernya. Saya kongsi satu kes blog host percuma mengunakan nama domain hanya meletakkan sekeping gambar dan beberapa baris ayat mampu mendapat tempat 1st page.
Platform WordPress seolah-olah perlu berkerja keras untuk bersaing hosting percuma yang hanya membeli nama domain. Perkara ini mungkin boleh dibincangkan atau dikupas.
First page ni subjektif sebenarnya dan contest SEO bukanlah platform terbaik untuk mengukur sejauh mana kekuatan dan kesesuaian blog engine untuk SEO.
Orang guna WordPress sebab boleh customize macam-macam terutamanya untuk SEO dan fungsi ni langsung tiada pada Blogger.com.
Soalan yang lebih penting di sini, kenapa guna WordPress/Blogger dan kenapa website besar di luar sana guna WordPress?
TQ sangat sangat for the awesome tips!! Susah nak amalkan sume, tp bley la baiki sket2 mane yg bley…huhuhu..
TQ! ;)
sememang nya event blogopolis ni sesuatu yang bermanfaat, mesti ada banyak lagi ilmu yang para peserta dapat kan? rugi rasanya tak follow tapi nak buat macam mana, ada perkara lebih penting perlu dilakukan.
tips yang memang berguna..thanks for sharing bro
Informasi yang amat berguna kepada blogger-blogger. thanks.
tips yang sangat berguna..:)
Terima Kasih Ariff,tip yang sangat berguna dan senang nak paham :)
Thanks brother for sharing her.. Gd to know..
But satu jer, aku lebih selesa guna blogspot dari WP..
Why?? Masing2 ada kehendak tersendiri…
Untuk kegunaan menulis blog biasa tanpa fungsi tambahan yang lain, Blogger.com adalah pilihan terbaik. Ada orang semakin lama menulis, skill dalam blogging semakin bertambah dan mereka nak buat macam-macam dalam blog. Masa tu, mereka mula menyesal sebab tak tukar ke WordPress awal-awal dulu.
Good Tips, sangat praktikal untuk semua ;)
Perkongisian ILMU berguna sangat-sangat nie….. betul tu bro… kita blogger mesti bantu satu sama lain…
Tips yang berguna. Boleh diamalkan selalu.
Terima kasih atas tip terbaik yang dikongsi ini. Saya suka dengan point yang “kalau takde idea, buat kerja lain, keluar, jumpa orang dan sebagainya” insyaAllah ada idea nanti. Bagi mengekalkan bentuk penulisan.
10 tips yang berguna untuk blogger yang dalam proses mengenali apa yang dimaksudkan dengan blogging.
tips yang menarik dan berguna beb. Part paling payah aku nak buat adalah keep momentum untuk update blog..haha
Nombor untuk tajuk memang selalu menarik hati kerana sebelum baca sudah terbayang ringkas dan sistematik isinya. Seperti entri ini.
Kalau perasan, tips tu digunakan untuk dalam entri ni jugak
10 tips yang menarik untuk dimanfaatkan. Nombor untuk tajuk memang selalu menarik hati kerana sebelum baca sudah terbayang ringkas dan sistematik isinya.
wah..banyaknya..haha..kena slow2 ni
10 tips ni cukup bermakna untuk kami yang tak pergi ni.. rasanya ada betulnya juga ye.. kalau idea takda baik tak payah update langsung blog tu.. keluar gi jalan2 dulu.. makan2 ke.. dah tu bila dah dapat idea baru tulis semula.. kalau tulis blog time idea takda.. mulalah merepek meraban macam aku selalu buat.. hehehe
waahh.. banyak jgak tips ni, thanks kongsi, kalau dpt join skali lagi syok.. hehe