Unit Trust 101 – Penerangan Ringkas Pelaburan Unit Amanah

Reading Time: 3 minutes

Secara asasnya, unit trust adalah instrumen yang mengumpulkan duit orang ramai untuk dilaburkan. Pendapatan daripada pelaburan akan dikongsi bersama semua ahli yang telah melabur tadi.

Duit akan dilaburkan mengikut mandat yang telah ditetapkan. Contoh, mandat adalah untuk laburkan di pasaran Malaysia. Maka tiada satu sen pun boleh dilaburkan ke pasaran lain.

Dengan penetapan pelbagai mandat inilah wujudnya pelbagai dana yang melabur mengikut lokasi geografi, sektor ataupun industri. Bila ada banyak dana, banyaklah pilihan untuk pelabur.

Dalam aktiviti ekonomi, setiap industri / geografi ada kitarannya tersendiri. Pelabur yang berpengetahuan boleh mengambil kesempatan untuk melabur di industri / geografi yang sedang mengalami down cycle untuk memaksimakan keuntungan apabila kitaran industri / geografi tadi berubah menjadi up cycle.

Saya highlightkan berpengetahuan sebab peluang ini hanya boleh dilihat oleh mereka yang faham tentang pasaran dan ekonomi. Itu sebabnya penting untuk pelabur memilih consultant yang berpengetahuan dalam selok-belok pelaburan. Seeloknya, consultant itu sendiri yang melabur dalam pasaran-pasaran tersebut.

Pelaburan dalam unit trust sama sahaja seperti melabur dalam saham. Bezanya, anda beli beramai-ramai, pembelian dilakukan oleh pengurus dana.

Kalau melabur dalam saham, semua buat sendiri.

Bagaimana buat untung dalam unit trust?

1. Beli harga murah, jual harga mahal

Apabila melabur dalam unit trust, anda sebenarnya membeli unit pelaburan dana tersebut. Sama konsep macam beli saham syarikat, anda beli sebahagian daripada syarikat dalam bentuk saham.

Harga unit berbeza mengikut dana. Ada yang RM0.20, ada yang lebih daripada RM1. Harga dana biasanya melambangkan saiz dana tersebut. Harga dana besar, saiz dana pun besar.

Jadi untuk buat untung, boleh beli ketika harga unit dana murah dan jual selepas harga naik.

Untuk jualan, boleh switch ke dalam dana lain dan teruskan melabur dalam dana tersebut atau keluarkan duit untuk kegunaan lain.

2. Dividen

Sama seperti saham, keuntungan yang berlebihan kadangkala diagihkan dalam bentuk dividen.

Bergantung kepada mandat dana, ada yang mengagihkan dividen mengikut jadual tertentu dan ada yang jenis kebetulan (incidential), bergantung kepada prestasi dana.

Dividen boleh diterima dalam bentuk tunai masuk ke akaun bank atau dilaburkan semula ke dalam dana yang sama.

Beza unit amanah dengan KWSP & ASB?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah simpanan. Maksudnya majoriti duitnya disimpan dalam instrumen tunai atau berisiko rendah. Hanya sebahagian kecil dilaburkan di dalam pasaran ekuiti untuk menjana pendapatan tambahan.

Disebabkan risiko yang diambil adalah rendah selaras dengan objektif mereka untuk mengekalkan simpanan pencarum, maka pulangannya pun rendah. Penyimpan tidak berdepan dengan risiko duit berkurangan sekiranya dimasukkan dalam KWSP.

Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah unit trust yang ditaja oleh kerajaan.

Disebabkan ianya ditaja oleh kerajaan, ia mampu untuk mengekalkan harga unit dana RM1/unit sampai bila-bila tertakluk kepada polisi kerajaan walaupun sekiranya berlaku aset dana kurang daripada RM1. Dengan ini, risiko adalah sangat rendah sebab pelabur tak akan rugi kalau simpan dalam ASB.

Untuk unit trust, sekiranya nilai aset dana jatuh, harga unit dana akan jatuh, nilai pelaburan pun jatuh.

Bagi kedua-dua ASB & KWSP, pulangan dijana melalui keuntungan yang telah direalisasikan. Contoh, ASB/KWSP beli saham A harga RM1. Saham A naik harga dan dijual pada harga RM1.20. Keuntungan RM0.20/unit saham tadi akan diagih.

Unit trust: Beli saham A dan tidak jual pada harga RM1.20. Harga dana unit trust tersebut naik dan pelabur boleh jual dana tersebut untuk merealisasikan keuntungan tadi. Atau boleh tunggu lagi, bergantung kepada nasihat consultant.

Unit trust: Keseluruhan pulangan & aset yang dijana / dimiliki dikira dalam harga unit dana.

ASB/KWSP: Pengurus dana berhak untuk tidak mengagihkan kesemua pendapatan kepada pencarum dan agihan keuntungan (dividen) adalah bergantung kepada polisi kerajaan / keadaan semasa.

Dalam pelaburan unit trust, pelabur akan sentiasa berurusan consultant dan consultant pula akan sentiasa dilatih oleh syarikat pengurus dana dan agensi.

KWSPASBUnit Trust
RisikoRendahRendahSederhana – Tinggi,
Boleh diuruskan
PulanganRendahRendahPurata 8 – 12% setahun,
potensi untuk dapat lebih
KosTiadaTiada3 – 5% sales charge sekali
seumur hidup
ConsultantTiadaTiadaConsultant akan bantu dan
beri panduan dari masa ke
semasa

Semoga maklumat ini dapat membantu anda dalam membuat keputusan pelaburan yang betul.

Baca lagi:

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation

Leave a Reply