Notice: Trying to access array offset on value of type bool in /home/mydailyt/public_html/ariffshah.com/wp-content/themes/aden/functions.php on line 1424

Notice: Trying to access array offset on value of type bool in /home/mydailyt/public_html/ariffshah.com/wp-content/themes/aden/functions.php on line 1425

Notice: Trying to access array offset on value of type bool in /home/mydailyt/public_html/ariffshah.com/wp-content/themes/aden/functions.php on line 1426

Tiada Seks Dalam Perkahwinan?

Perkahwinan tanpa seks? Adoi.. boring la macam tu..

Terbaca tajuk berita kat laman web NST tentang masalah perkahwinan yang sudah tiada hubungan sex antara suami isteri di Malaysia yang semakin bertambah. Sebenarnya benda ni tak patut berlaku, tapi ianya berlaku dalam diam di sebalik tirai rumahtangga di Malaysia. Antara faktor yang menyumbang kepada masalah tersebut:

Some of the contributing factors could be work-related stress, financial problems, marital woes, sickness, emotional injuries as a result of fights and harsh words used, a suspicion that a spouse is having an affair, changes in body shape, boredom and childbirth among others.

Biasanya faktor ekonomi rumah tangga yang paling banyak menyumbang kepada masalah ini. Suami isteri bekerja keras mengejar karier masing-masing sehingga lupa untuk meluangkan masa untuk bersama, berkasih sayang apatah lagi melakukan hubungan intim. Faktor lain pula adalah seperti masalah dalaman dan emosi atau isu kepercayaan yang goyah terhadap pasangan masing-masing. Apa yang menarik ialah faktor bentuk tubuh badan yang berubah, kebosanan dan telah mempunyai anak.

Macam yang aku selalu cakap dulu, tubuh badan ni penting. Aku rasa tak melampau untuk aku cakap kalau dah berpasangan ni, kena tahu bentuk tubuh badan kita yang macam mana yang pasangan kita boleh terima dan tak boleh. Betul, kalau dah cinta dan sayang tu, kita boleh terima seadanya tapi kadangkala dalam hidup ni, kita tak boleh berada dalam zon yang selesa terlalu lama. Kadang-kadang kena tengok balik diri kita dan tanya, adakah kita dah beri yang terbaik untuk pasangan kita? Apa lagi yang boleh kita buat supaya pasangan kita gembira?

Pasal kelahiran anak ni pulak, kadang-kadang ada pasangan tu memang subur. Cepat je dapat anak. Alhamdulillah.. Itu rezeki tuhan, tak boleh ditolak, tapi kita boleh merancang. Ada pasangan yang memerlukan masa untuk bersama sebelum menimang cahaya mata atas sebab ingin memperkukuhkan ekonomi rumah tangga, mengambil masa untuk lebih mengenali hati budi pasangan sendiri (yelah kadang-kadang sebelum kahwin macam ni, lepas kahwin macam tu pulak) dan lebih baik untuk memperkukuhkan hubungan cinta antara mereka berdua.

Perkahwinan boleh dirancang, nak dapat anak pun boleh dirancang. Dalam hidup zaman sekarang ni, penting untuk merancang, terutamanya kalau kahwin pada usia muda (pertengahan 20-an). Bayangkan kalau baru kahwin, lepas tu tiba-tiba dapat anak tahun depan, kembar pulak tu. Si suami isteri ni pulak baru berkahwin, baru habis belajar, baru start kerja. Tak ke susah tu? Dengan nak mengejarkan kerja, jaga anak dan kalau pendapatan tak cukup kena kerja lebih sikit. fuh.. macam-macam. Lama-lama nanti perkahwinan tu hilang seri kurang bahagia sebab masing-masing bertungkus-lumus dengan kerjaya sampai lupa yang mereka ada tanggungjawab kepada sesama sendiri.

The sexual response cycle in a marriage, said Dr Mat Saat, could be divided into three categories — hyper, where couples had sex four or five times a day; hypo, where they did it only once or twice a week; and less and avoidance, where spouses “avoid” each other.

Ehem.. bila bercakap pasal bilangan ni, persepsi kaum perempuan yang belum kahwin mesti cakap orang lelaki mesti nak banyak kali walaupun pada hakikatnya kadang-kadang perempuan pun sama gak. Berapa kali pasangan menjalin hubungan intim tu tak melambangkan berapa tinggi kasih sayang antara mereka berdua. Kadang-kadang ada pihak yang beria-ia dan pihak lagi satu hanya mengiakan sahaja, sekadar menjalankan tanggungjawab.

Berapa kali adalah subjektif dan seeloknya setiap kali ianya dilakukan hendaklah bermakna, macam orang cakap – setiap malam adalah malam pertama.. ehem.. Macam mana nak jadikan seks bermakna macam malam pertama? Mesti dua-dua in mood, dua-dua nak, dua-dua suka.. suka sama suka. Memang terasa ‘kebahagiaan’ tu kalau dua-dua komited dan bersedia bila sampai masa nak melakukan hubungan seks. Tak percaya? Tanya orang yang dah kahwin.

Some couples in sexless marriages do not want to seek help. They are also reluctant to walk away from their marriage.

Bila pasangan tahu mereka berada dalam perkahwinan yang tidak mempunyai hubungan sex, ada yang tak nak terima hakikat bahawa perkahwinan mereka bermasalah. Ada yang dah langsung hilang perasaan kasih sayang antara mereka berdua tetapi masih mengekalkan hubungan bersama semata-mata kerana sayangkan anak, tetapi ada juga kerana nak jaga nama baik keluarga. Bila berlaku macam ni, pasangan akan cenderung untuk curang terhadap pasangan sendiri. Balik rumah macam biasa, depan anak ok je tapi untuk hubungan seks, mereka makan luar. Ish.. simpang malaikat 44 benda ni tak berlaku kat rumahtangga kita.

If couples are happy in sexless marriages, then it is okay. But when one spouse is not happy, that is when problems start to arise.

Aku kurang bersetuju dengan pernyataan ni. Mana boleh ok kalau takde seks. Maksud aku ialah, kalau takde seks tu mesti ada masalah la, samada kesihatan, emosi atau apa-apa sahaja. Untuk aku agak susah sebenarnya nak terima kalau manusia terus lupakan seks antara suami isteri tetapi masih bahagia. Mustahil. Mesti ada sesuatu yang tersebunyi.

Apa yang aku boleh simpulkan ialah:

  • Perkahwinan tanpa seks atau sexless marriage adalah masalah yang perlu dibendung supaya rumahtangga terjamin kebahagiaannya dan boleh kekal lama.
  • Sekali sekala, pasangan suami isteri perlu mengambil masa untuk reflect balik sejauh mana hubungan diorang dah pergi, macam mana itu dan ini, ada tak puas hati ke, ada sakit hati atau apa-apa masalah. Ambil masa untuk selesaikan masalah tu dan kalau boleh jangan simpan lama-lama untuk diselesaikan.
  • Perancangan dalam perkahwinan adalah penting dan seeloknya biarlah pasangan dah cukup bersedia barulah merancang untuk menimang cahaya mata.
  • Perkahwinan bukanlah semata-mata untuk pasangan menjalinkan hubungan seks tetapi hubungan seks adalah petunjuk bahawa perkahwinan tersebut adalah normal.
  • Hubungan seks adalah ‘kerjasama’ antara suami isteri dan bukannya permainan perseorangan. Oleh itu hargailah setiap detik bersama dan berikan yang terbaik.

Sekadar pendapat anak muda yang belum kahwin..

Artikel penuh: More marriages running out of sex

2010/2011 Premium Sponsor

Vote For Me

33 Comments

  • cascd

    20 October, 2010 at 2:31 pm

    Terbalik pulak.ni la mnusia sekarang.dah ada jalan yang sah, xnak sex, bila belum sah, sanggup menyalahi agama..ish3…

  • FaisalReza

    20 October, 2010 at 1:19 pm

    Kahwin taknak Seks tapi buang anak berleluasa… yg tak kawin nak seks… yg nak kawin taknak seks.. pelik2 huhu… yg penting aku nk kawin dan nak.. errr… seks heheh

  • Ummi Alifya

    20 October, 2010 at 8:14 pm

    salam ariff..
    dah kahwin teda sex…lain macam aje…zaman sekarang yang selalu kedengaran..tak kawin lagi dah hv sex..ermmm dunia dah terbalik agaknye…kembalilah pada azali…

  • kak nita

    20 October, 2010 at 4:27 pm

    salam..

    sebagai manusia, seawal perkenalan lagi hingga ke gerbang perkahwinan dan seterusnya..kita akan merancang bagai. Pelbagai rancangan diatur tp hakikatnya apa yang berlaku tidak seperti yang dirancang.

    institusi perkahwinan bukan sesuatu yang mudah untuk diterajui, hanya mereka2 yang telah berada di dalamnya saja yang tahu sepak terajangnya. Sekadar melihat dari luar tidak sama dengan berada di dalamnya.

    apapun, semua yang berlaku terhadap satu2 perkahwinan itu adalah kehendakNya, siapa lah kita untuk menidakkan Nya. Bukan kita yang menentukan takdir hidup kita.

    p/s : lama menjadi silent reader blog ini, sekadar memberi pendapat..

    • Anwar Osman

      20 October, 2010 at 6:02 pm

      I have to agree, tapi ada banyak inisiatif yg boleh diambil sang suami dan si isteri.

      Also, I used to promote an e-book about kamasutra about a year ago. talked with the e-book seller and he said he received lots of great responses from the weds. alam rumahtangga kembali HOT katanya.

      tapi x manis plak aku nak spam blog Mr. Ariff ngan link tersebut. Blogger kena ada etika kata org…

    • ariff

      20 October, 2010 at 11:41 pm

      yeah. banyak yang perlu dipelajari sebab pengetahuan yang ada memang tak setanding dengan orang yang dah alami kehidupan berumah tangga.

      terima kasih atas input akak. amat dihargai.

  • ejam

    20 October, 2010 at 12:53 pm

    betul tu, hidup berkeluarga tanpa seks dgn pasangan adalah sesuatu yang pelik..
    aku tak bleh nak tulis pjg, lagipun baru setahun di alam perkahwinan, banyak benda nak kena belajar lagi, zuriat pun blom ada lagi…

    • ariff

      20 October, 2010 at 11:45 pm

      ada perempuan memang tak boleh tahan lelaki boyot. ada yang boleh. nak senang, kena tahu apa pasangan kita suka. Jangan ikut cakap orang lain.

  • hanisaleeya

    20 October, 2010 at 11:30 am

    baru kawen, setahun lepas tu dah dapat anak.. kembar lak tu.. hmm.. macam kenal je situasi ni.. haha.. and 4th year dah dorang sekarang ada 3 orang anak dan ada ura2 mengatakan si isteri sedang mengandung anak keempat. lol. and they’re bout 24 years old.

    well, ariff.. that’s the problem nowadays. late marriage, sexless marriage and so and so..

    ok. sambung baca komen2 lak.. huhu..

    p/s: 2 years.

  • zulkbo

    20 October, 2010 at 9:52 am

    salam..
    kalau begitu baik berpuasa sunat
    je lagi baik dan berpahala..perkhahwinan
    untuk menghindar zina..kenapa nak
    buat sesuatu melanggar kemahuan
    agama..makin pelik orang sekarang nih..???

  • afiqaiman

    20 October, 2010 at 12:39 am

    bila dah kawen ni tak sempurna masjid yg dibina kalau asyik bg nafkah zahir saje…dia kena seiring yakni zahir dan batin…baru sempurna dan happy family

  • nursarah puteri biru

    19 October, 2010 at 11:20 pm

    perkahwinan tanpa seks, tapi duk cari plak seks yang tak halal. kejadah apa macam tu. sendiri dah kawen sendiri mau ingatla kan. Allah kurniakan 70kali ganda pahala bagi ibadat orang yang dah berkahwin berbanding yang belum, sebab apa. sebab kawen tu sendiri mententeramkan jiwa insan. tidak lagi diancam berlakunya maksiat atau segala yang sumbang. tapi kalau yang dah kawin pi cari jalan ‘makan luar’ nauzubillah. kufur nikmat.

  • TheSharkox

    19 October, 2010 at 10:28 pm

    Aku setuju dengan faktor tubuh badan tu..selalu lah dengar kes pasal pasangan ni tak puas dengan fizikal badan pasangan dia lepas kawen. Bila tegur suruh kurangkan sikit, marah, kata tak terima dia seadanya..macam mana tu??

    • ariff

      20 October, 2010 at 11:57 pm

      yeah. Kadang benda ni agak sensitif tapi benda2 macam ni walaupun nampak remeh dan tak patut, memang kena clearkan gak seeloknya sebelum kahwin.

      Komunikasi tu penting. Kalau ada apa yang tak kena, elok cakap, bincang baik2 daripada dibiarkan lama-lama. Nanti parah.