Susahnya Cari Perfect House

Reading Time: 4 minutes

Cerita sikit my journey beli rumah tahun ni.

#HOC

Tahun ni katanya last HOC. Bagi yang tak tau, melalui HOC dapatlah penjimatan up to RM30k (?) kalau tak silap pada stamping. Kiranya kerajaan tak collect tax la pada agreement beli rumah & loan.

Eleh. Kalau takde HOC pun benda2 ni kadang-kadang absorbed by developer. Actually nothing new pun. Dengan HOC, developer tak perlu absorb, more profit to them.

Apa-apa pun, HOC bukan sebab utama beli rumah.

#JendelaResidences

Ofis lama dekat dengan padang golf KLGCC. Jadi bila lalu nampaklah ada projek baru nak launch. Buat appointment terus dan lawat showroom.

Tengok projek rasa macam best je. Masih lagi dalam fasa early bird, unit murah-murah semua ada lagi. Terus letak check RM15k. Tapi sebab APDL tak keluar lagi, check sebagai show interest je dan kena tunggu soft launch.

Disebabkan covid, banyak projek perumahan in-progress dapat extension daripada kerajaan. Dan projek ni pula adalah rumah strata bertingkat, jadi dalam perjanjian memang empat tahun pembinaan. Tambah dengan covid extension, silap-silap tunggu lima tahun baru dapat rumah.

Memang tak bolehlah macam tu. Rumah nak duduk sendiri kena tunggu lima tahun. Penat. Dahla nak beli unit low floor je, berjanggut jugak bayar interest masa pembinaan nanti.

Terus cancel.

#HeveaElminaEast

Dalam masa yang sama nampak iklan rumah berkembar (semi-d) new launch Hevea Elmina East.

Macam best. Ala colonial gitu kan. Klasik habis. Pergi showroom tengok model semua tiba-tiba macam jatuh hati. Kebetulan tahun kewangan syarikat 2020 meningkat walaupun Covid. Confidence level masa tu tinggi. Tiba-tiba tersetuju dan letak booking on the spot. Macam kena pukau pun ada.

Mula-mula book unit kecil, letak deposit RM10k. Lepas tu tak jadi sebab layout pelik. Dah siap nanti kena renovate nak bagi puas hati. Tukar ke unit kedua terbesar, another RM10k sebab tak boleh contra. Itu pun tak happy sangat dengan layout sebab nampak simple sangat for the price. Tapi sebab dah jatuh cinta dengan projek, layan jelah.

Disebabkan dah dekat dateline HOC 31 May, maka teruslah sign SNP walaupun loan belum approved. Pemaju kata no problem full refund kalau tak jadi.

Masa tu financial barulah nak start buat in-order untuk loan rumah. Bulan ketiga, submit kat bank dan approved dengan 85+5 margin. Gila. Tak expect pun boleh lepas. Memang rasa nak gelak.

Dalam masa dua bulan sementara tunggu loan submitted tu, hampir setiap minggu pergi melawat site. Kalau bukan setiap minggu, selang sehari tengok tempat. Yelah, harga beli kat situ memang no-joke. Betul ke nak settle down kat tempat tu pada harga yang dibeli tu?

Bila dah tengok berpuluh kali, lama-lama rasa excited tu makin hilang. Bila tengok rumah kat tempat lain, kami rasa macam tempat lain boleh bagi better layout/environment berbanding harga yang dibayar. Last-last, cancel dan dapat balik booking. Nasib baik bukan jenis developer yang bermasalah nak kotakan janji.

#IlhamResidences & #ElminaValley5

Lepas cancel tu, masih lagi nak cari rumah. Tiba-tiba ada offer rumah end-lot pada fasa Elmina Valley 5 yang hampir siap. Overall projek yang ni paling best antara yang lain-lain di lembah tu sebab betul-betul tepi hutan simpan. Pagi-pagi nampak kabus kat hutan. Pergi tengok sendiri kalau nak tau apa yang saya cakapkan ni.

Cumanya unit yang available adalah unit end lot tanah besar. Jadi harganya mahal tak tentu pasal. Nak buat apa tanah besar-besar? Bukannya nak buat swimming pool pun. Buat jelah build-up besar, fully extended.

Lagipun, rumah tu nak deliver dah tahun ni. Memang takdelah sebab sekolah anak dah fixed kat TTDI 1. At least biarlah merasa sekolah kat tempat elit dulu kan.

Carilah lagi something else yang under construction kat kawasan tu. Ternampak pula projek strata Ilham Residences kat kawasan sama. Book tapi terpaksa cancel sebab layout dia tak cerdik macam saya cakap dalam post sebelum ni.

#MuliaResidence

Fed up punya pasal, cubalah cari tempat lain. Terjumpa Mulia Residence kat Cyberjaya seperti yang saya mention sebelum ni. Book pulak yang tu.

Boleh kata ni dream home la. Depan rumah laluan dan sebab projek ni strata, landscaping depan rumah memang akan tip top. Rumah 3 tingkat, ruang tamu tingkat 2 ada balkoni menghadap park.

Masa ni, financial semua dah in-order. Cuma bank pulak tak bagi kerjasama. Bank sebelum ni yang dah pernah bagi approval bukan panel untuk projek tu.

Disebabkan jawatan sebagai pengarah syarikat, bank lain memang kerek habis. Submit 7 bank, 7 bank reject. Mangkuk betul.

Dalam akaun bukan takde duit, company tak pernah rugi dan kita pun bukanlah kali pertama beli rumah, taulah nak buat loan application tu strong. Tapi sebab covid, kebanyakan bank jadi paranoid lain macam.

Loan tak lepas, terpaksa cancel.

#ElminaGreen5

Last-last back to square one. Elmina balik, cuma kali ni ada new launch lain di kawasan Elmina Green.

Tak minat sangat Elmina Green ni sebab access dia ke belakang. That’s the only negative point tempat ni. Nak tunggu access jalan lain melalui Elmina City around 2024 baru siap.

Tapi rumah ni best. Spesifikasi fully extended. Jadi kuranglah jiran nak renovate non-stop. Dapat rumah end lot, tak hadap rumah sesiapa. Row rumah paling sikit. Saya jenis yang suka ketenangan dan privasi. Rumah mahal woi. Tak nak la hadap ramai-ramai manusia yang bermacam perangai.

Layout pun cantik. Compare dengan semua launch sebelum ni, ini adalah layout paling best. Ada double volume void antara ruang tamu dengan family area atas yang membolehkan interaksi antara dua ruang ni.

Takde balkoni tapi dia bagi bay window ganti balkoni. Selama ni pun jarang orang guna balkoni kat master bedroom rumah teres. Eloklah cover up terus jadi ruang dalam rumah. Kalau rumah menghadap view hutan simpan takpelah ada balkoni.

Dapat loan dari bank yang sebelum ni. Dah selamat sign.

#Penamat

Nak beli rumah duduk sendiri ni adalah proses, bukan boleh decide hari ni, beli esok. Jadi kalau rasa ragu-ragu lepas booking tu, janganlah teruskan pembelian takut nanti menyesal tak sudah. Nak jual rumah bukan senang ye, lebih-lebih lagi kalau tempat yang masih lagi banyak new launch, kecuali kalau jual harga rugi.

Bila dah booking tu, cara pemikiran kita berubah. Kita lebih kritikal terhadap projek dan persekitaran projek tersebut. Mulalah nak cari 1001 kelemahan membeli di situ. Decision making process jadi lebih accurate. Tak percaya try sendiri.

Mungkin ada orang cakap jangan menyusahkan developer booking-cancel banyak kali, tapi selagi tak makan kos, gunalah kemudahan yang ada. Alah developer untung puluh juta setahun. Hadap jelah perangai customer. Kalau sales person sama macam layan tak layan, cari yang lain. Ramai lagi yang hungry for sales.

Rumah sekarang semua mahal-mahal. Not an easy decision to make when buying.

Siapa lagi beli rumah sempena HOC ni?

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation

Leave a Reply