Poligami Dalam Rumah Tangga

Aku terjumpa satu video yang pada aku memang kelakar gila pasal poligami ni. Ok, bagitau awal-awal dulu, kalau sesiapa yang ‘got issues’ dengan poligami ni, better not proceed la. Bacaan bagus pasal isu poligami ni boleh tengok sini [Poligami – Isteri Kedua, Hakikat Berkongsi Kasih]. Rasanya semua dah lengkap kat situ.

Dalam family aku, my late atuk Ghani poligamy. His son or my uncle pun sama. Some say it runs in the blood (mengalir dalam darah).. Betul ke? Tapi aku ni. takdelah kot nak berpoligami. Malas la tanggungjawab banyak-banyak. Pening woo.. Yang ada ni pun belum settle lagi.

Cuma aku nak tau yang lelaki zaman sekarang ni, korang nak ke berpoligami? Let’s say kalau segala kemampuan dah cukup, adakah korang akan berpoligami?

Dan kepada perempuan, sanggup tak? Aku pernah kenal ada perempuan yang tak kisah pun kalau husband dia nanti berpoligami, jangan tak percaya! Cuma aku nak tau, berapa ramai yang macam ni? Ada lagi ke?

43 Comments