Notice: Undefined index: aiosp_license_key in /home/mydailyt/public_html/ariffshah.com/wp-content/plugins/all-in-one-seo-pack/aioseop_class.php on line 5808
Perempuan, Berapa Banyak Baju Raya Korang Tahun Ni? | Ariff Shah

Perempuan, Berapa Banyak Baju Raya Korang Tahun Ni?

baju raya perempuan

Orang lelaki beli baju melayu sepasang, seluar dan baju baru yang lain sepasang dah cukup. Serius.

Fakta 1: Kaum perempuan akan ada baju yang berbeza untuk setiap open house yang mereka pergi. Baju tahun lepas tak masuk dalam list.

Fakta 2: Kalau baju dah berpasang-pasang, kasut pun kena ada lebih daripada satu pasang.

Betul tak? Haa.. Betul kan? Jangan tipu. Mengaku cepat. hehe.. Saya tak cakap salah, cuma sekadar peringatan supaya tak membazir. Mana yang boleh recycle daripada raya-raya yang sebelum ni, bolehlah direcycle kan.

Tak perlu ikut sangat apa orang nak kata. Hidup dalam kemampuan sendiri. Janganlah sampai berhutang semata-mata nak buat one-time show kat semua orang baju-baju baru yang dibeli. Tak ke mana. Lepas raya orang dah lupa.

Bila kita hidup semata-mata nak buktikan kemampuan materialistik kita pada orang lain, sampai bila-bilalah hidup ni takkan bahagia dan sempurna. Tengok orang lebih sikit mesti tak boleh terima. Ada je yang tak cukup.

Apa-apa pun, selamat beraya. Jangan lepas raya nanti beraya dengan hutang sudah.

P.s. Untung sebenarnya buka kedai jual baju ni lebih-lebih lagi musim perayaan macam sekarang. Yang jual online lagi untung sebab pelanggan datang dari dalam dan luar negara.

16 Comments