Covid-19 akan menjadi pemangkin kepada krisis ekonomi dunia tahun ini. Bergantung kepada tempoh krisis ini berpanjangan dan selagi tiada penawar/vaksin yang dihasilkan, keadaan ekonomi seluruh dunia akan merosot akibat daripada langkah kerajaan untuk mengekang pergerakan rakyat untuk mengurangkan penularan wabak.
Namun begitu, peluang pelaburan akan muncul dalam setiap krisis ekonomi. Ini telah dibuktikan berkali-kali sepanjang sejarah krisis ekonomi yang pernah melanda dunia. Saya senaraikan beberapa idea yang anda boleh laksanakan tahun ini.
Pelaburan KWSP Ke Dalam Unit Trust
Rujuk FBMKLCI. Saya akan beli dana ekuiti Malaysia sekiranya FBMKLCI jatuh bawah 1300 mata. Setakat tahun ini, paling rendah dah jatuh adalah 1219 mata.
Bagi setiap kejatuhan paras 50 mata, beli dana ekuiti Malaysia pada kadar 5% daripada jumlah asal yang boleh dimasukkan ke dalam pelaburan unit trust. 1300 beli 5%, 1250 5%, 1200 5% dan seterusnya. Dengan itu, anda mempunyai dana yang mencukupi untuk average down bila ada kejatuhan besar.
Untuk 1200 dan ke bawah, saya akan beli lot yang lebih besar. Mungkin 5-10% untuk setiap transaksi. Paling teruk FBMKLCI mungkin akan jatuh adalah pada paras 900 (50% daripada paras tertinggi 1800 yang pernah dicapai).
Pilihan dana daripada syarikat mana tu terpulang. Boleh beli dana berdasarkan Lipper Fund atau Morningstar rating. Saya pilih syarikat yang popular sebab dana mereka besar dan sentiasa bertambah.
Target saya adalah berdasarkan pulangan minimum 10% setahun. Jadi kalau dalam masa 3 tahun dah dapat 30%, boleh dah pindahkan balik dana masuk ke bon atau masukkan kembali ke dalam akaun 1. Mungkin juga dalam 3 tahun tu anda dah mampu untuk buat keputusan sendiri dan tahu nak buat apa seterusnya.
Ini paling basic dan sesiapa sahaja boleh buat sebab transaksi pelaburan boleh dilakukan melalui KWSP online.
Moratrium Automatik 6 Bulan Pembayaran Pembiayaan Rumah, Perniagaan Dan Kereta
Bagi yang tak tahu, bermula 1 April 2020 anda tak perlu bayar ansuran bulanan pembiayaan rumah, perniagaan dan kereta selama enam bulan. Apa nak buat dengan lebihan duit tak bayar loan ni?
Kalau ada hutang kad kredit, langsaikan hutang dulu. Kena ingat, sekiranya krisis Covid-19 ni berpanjangan, silap-silap boleh potong gaji atau hilang pekerjaan bagi mereka yang bekerja di sektor swasta.
Kalau takde hutang, anda boleh masukkan ke dalam unit trust atau kalau sanggup ambil risiko lebih lagi untuk potensi pulangan yang lebih tinggi, laburkan di dalam pasaran saham. Untuk pasaran saham, boleh tanya remisier masing-masing saham apa yang berpotensi untuk simpanan jangkamasa panjang.
Saya ada join group berbayar yang buat analisis fundamental untuk syarikat-syarikat yang berpotensi. Kalau berminat nak join, boleh komen di bawah.
Kalau tanya saya, saya akan cari peluang pembelian saham yang mempunyai pulangan dividen. Kira dividen yield dan ambil peluang untuk beli apabila harga saham tersebut jatuh sehingga memberikan potensi pulangan dividen >7%.
Beli Hartanah
Dengan kadar faedah yang rendah sekarang dan keadaan krisis yang melanda, akan ada peluang untuk membeli hartanah bagus pada harga yang tak masuk akal. Kalau anda nak beli hartanah, tahun ini adalah waktu yang terbaik.
Harap anda dapat manfaat daripada krisis tahun ini. Kepada yang terkesan, semoga keadaan akan bertambah baik dalam bulan-bulan mendatang.
–
Penafian. Sekadar pendapat peribadi sebab ada yang bertanya. Risiko adalah tertakluk pada diri anda sendiri. Saya tak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian.
Comments
24 responses to “Peluang Pelaburan Ketika Krisis Covid-19”
Salam Ariff,
Boleh sharre group… Nak Join
Terima kasih…
Done. Email sent to all below. Thanks
Share group saham, tq
Interested to join the paid group
hi ariff. saya berminat berkenaan undervalued stock.
hi Arif, can I join your group?
Saya setuju bab yang beli hartanah tu.. tapi saya taklah mampu beli. Orang-orang kaya patutnya boleh ambil peluang ni sebab diorang tak terkesan kalau kurang job
Tips Beli Bikini Untuk Percutian Pantai
Hi, can i have your insight on current klci situation and also paid discussion group, how do i join?
Thank you for your patience. just sent an email.
Current market: We are in a global recession. Next quarter, KLCI will dip to a new low again after most company reporting poor result due to covid-19. That will be the best time to hunt for undervalued stocks
Great article, Ariff!
hi brother , may i get your adv on the shares . highly appreciate . Many thanks .
Hi Sir, Kindly check your email
I’m keen to know about the group chat talking about share
Hi Sir, Kindly check your email
Boleh share details
Hi Sir, Kindly check your email
berminat utk tahu
Check email
Salam tuan, boleh saya tau, macam mana untuk join group saham yg tuan mention dekat atas ye?
Check email
Berminat untuk tahu
Hi Sir, Kindly check your email
boleh share tuan?
muhdfairul0007@gmail.com…..pasal saham group