Pelan #HarapanTrio – Tiga Perlindungan Saling Melengkapi Untuk Seisi Keluarga

Saya excited nak cerita sikit pasal pelan #HarapanTrio daripada Great Eastern Takaful Berhad (GETB) ni. Baca entri ni dulu supaya mudah nak bertanya bila dah jumpa perunding takaful nanti dan buat keputusan tepat. Kalau baca kat blog, sekurang-kurangnya adalah tempoh bertenang untuk fikir dulu, betul tak?

Sejak kebelakangan ni, GETB banyak mengeluarkan produk baru yang menepati keperluan orang ramai sekarang. Saya nampak fokus mereka lebih kepada produk yang memberi perlindungan pada kos yang sangat berpatutan.  Terbaru ialah pelan #HarapanTrio yang saya nak kongsikan ni.

#HarapanTrio terdiri daripada tiga pelan iaitu i-Gr8 Harapan, i-Great Harapan CI10 dan i-Great MediHarapan. 

i-Gr8 Harapan adalah pelan perlindungan yang memberikan pampasan sehingga RM1 juta akibat daripada kehilangan nyawa dan kecacatan kekal pada kadar RM2 sehari bergantung pada umur, jantina dan status merokok. 

Pelan ini pernah ditawarkan sebelum ini dan kini dilancarkan semula atas sebab permintaan ramai. Bagi yang terlepas peluang sebelum ni, inilah masanya. 

Boleh percaya ke tak kan? Tapi itulah yang mereka tawarkan sekarang. Sangat sesuai untuk ketua keluarga, lebih-lebih lagi yang dah ada anak macam saya ni. 

Kalau jadi apa-apa, pampasan daripada perlindungan diri seperti inilah yang boleh digunakan oleh isteri saya untuk menyekolahkan dua anak perempuan saya nanti. 

Bagi mereka yang sedang berkira-kira bajet, ini tips saya untuk ambil pelan perlindungan diri ni. Ambil sekadar berapa yang anda mampu dulu, bukan berdasarkan apa yang anda nak lindungi. 

Alasannya mudah, kita tak tahu apa akan berlaku esok dan kalau sesuatu berlaku, sekurang-kurangnya dah ada perlindungan. Ini lagi baik daripada tunggu sampai dah ada duit cukup baru nak mula ambil pelan perlindungan diri.. Sebaiknya, jumlah perlindungan yang diambil haruslah bersamaan dengan 10x gaji tahunan. 

i-Great Harapan CI10 pula adalah pelan perlindungan yang memberikan pampasan sekiranya anda menghidap satu atau lebih penyakit kritikal yang utama di Malaysia. 10 Penyakit kritikal yang dilindungi ini semuanya berkaitan dengan gaya hidup dan cara pemakanan kita antaranya strok, serangan jantung, kegagalan buah pinggang, kanser dan sebagainya. 

Pelan ini melengkapkan pelan perubatan yang anda miliki kerana biasanya dalam hal penyakit kritikal, banyak kos bukan perubatan lain yang tidak ditanggung oleh pelan perubatan. Pampasan daripada pelan i-Great HarapanCI10 boleh digunakan untuk membiayai kos-kos tersebut selain bertindak sebagai pengganti pendapatan sekiranya tidak dapat bekerja dalam masa yang lama untuk sembuh. Seeloknya, ambil jumlah perlindungan untuk penyakit kritikal sebanyak 3 kali gaji tahunan supaya anda boleh fokus untuk kembali pulih dengan tenang. 

i-Great Harapan CI10 ni boleh dimiliki dengan RM2.50 sehari. Untuk umur 30-an macam saya, dalam RM55 sebulan untuk perlindungan sebanyak RM250,000. Sangat berpatutan!

i-Great MediHarapan pula adalah pelan perubatan mampu milik yang memberikan perlindungan kos perubatan sehingga umur 100 tahun pada kadar RM106 sebulan. Had tahunan adalah RM200,000, tiada had keseluruhan seumur hidup dengan bayaran deduktibel sebanyak RM300 untuk setiap kemasukan ke hospital. 

Jarang jumpa pelan perubatan yang berpatutan harganya kalau nak ambil sehingga 100 tahun dan unlimited. Biasanya, mesti kena bayar lebih. Dengan deduktibel yang rendah, saya yakin pelan perubatan ni bakal jadi yang paling popular tahun ini.

Anda juga akan dapat 5% diskaun kalau ambil pelan ini dengan ahli keluarga. Macam itulah yang sepatutnya kan.

Dengan Pelan #HarapanTrio, lengkap dah perlindungan yang anda perlukan dari segi pampasan nyawa/kecacatan kekal, penyakit kritikal dan perubatan. Sangat sesuai bagi mereka yang belum mempunyai apa-apa pelan perlindungan atau ingin menambah perlindungan yang ada. Saya yakin ramai di luar tu belum ada pelan penyakit kritikal seperti i-Great HarapanCI10. 

Bagi yang rasa dah ada cukup perlindungan, tak salah untuk review pelan takaful anda dengan perunding-perunding takaful daripada GreatEastern Takaful. 

Paling penting, saya suka yang pelan ni semua memang mesra bajet. Pelan baru biasanya memberikan lebih nilai berbanding pelan lama. 

Pelan istimewa ni semua adalah terhad sehingga 31 Disember 2019 sahaja. Jadi sekarang dah baca dan faham, jangan buang masa. Klik link ini dan isi terus borang untuk dapatkan appointment dengan perunding takaful Great Eastern Takaful. Jangan lupa masukkan kod GETAriff.

Bagi yang daftar sebelum 1 November, anda akan menerima perkhidmatan PERCUMA DoctoronCall selama 1 tahun, tertakluk kepada syarat.