Jual Kereta Honda City Kat Carsome

Ini pengalaman saya menjual kereta Honda City 2014 ke Carsome. Harap dapat membantu mereka yang nak jual kereta.

  1. Buat temujanji inspection kereta melalui laman web Carsome. Sehari dua lepas tu dapat call untuk pengesahan temujanji.
  2. Pergi ke tempat inspection dibuat. Saya buat di HQ Carsome Kelana Jaya.
  3. On the spot dapat valuation. Nilai yang saya dapat RM37,500. Saya minta RM38,000 tapi akhirnya dapat RM37,700.
  4. Saya tak proceed dulu sebab loan kereta baru pun belum approve masa tu. Disebabkan apply loan minggu sambutan hari Krismas dan tahun baru, memang permohonan loan ni lambat diproses.

Sementara tu saya buat appointment di Mytukar untuk perkara sama. Proses sama, cuma Mytukar tak offer harga beli sebaliknya di masukkan ke dalam portal bidding di mana pemilik used car yang berdaftar boleh bid kereta tersebut.

Malangnya tak dapat bid yang lebih tinggi. Dapat satu bid pada harga RM36,000. Memang takdelah saya proceed.

Loan masih belum approved. Contact balik Carsome dan buat temujanji untuk penyerahan kereta sebab saya tak nak simpan dah kereta ni. Lagipun bulan Januari nak kena renew roadtax insurance. Mengarutlah kalau renew lepas tu jual.

Buat temujanji di Hire Purchase Center Dataran Maybank Bangsar. Dapat cheque untuk full settlement amount manakala lebihan harga jualan tu dia bank in terus ke dalam akaun pada hari berikutnya. Kemudian terus serah kereta tersebut kepada Carsome. Berakhirnya era Honda City warna metal grey dengan saya.

Urusan dengan Carsome memang cepat, telus dan mudah. Takde dah pening kepala nak jual sendiri. Highly recommended.

Leave a Reply