Cerita semalam. Selepas saya up gambar atas ni kat Facebook, ramai yang inbox tanya apa cerita dengan El pulak ni? Tak kurang ada yang dengki macam mamat ni. Apa-apa pun, saya tetap cool. Jadi inilah kisahnya..
Ariff Shah: Pertama sekali, El faham tak apa fungsi takaful dan medical card ni?
El: Tak sangat la. Boleh abang Ariff terangkan?
Ariff Shah: Ok. Biar abang tanya dulu, sekarang El sihat kan? Takde penyakit apa-apa?
El: Alhamdulillah. Sekarang ni sihat lagi. Belum pernah masuk hospital atau menghidap penyakit.
Ariff Shah: Bagus kalau macam tu. Katakan, one fine day, El jatuh sakit. Agak-agak macam mana rasanya kalau El tak dijaga ketika sakit?
El: Mestilah sedih abang. Kalau boleh nak Mama duduk sebelah jaga El.
Ariff Shah: Itulah. Abang pun kalau sakit pun nak paksa wife ambil cuti teman abang. Kalau sakit El nak masuk hospital mana?
El: Kalau boleh Prince Court atau Gleneagles KL. Selesa sikit.
Ariff Shah: Hospital mahal tu.. tapi kalau ada orang bayarkan bil hospital mesti best kan?
El: Mestilah. Siapa sanggup bayar bil hospital mahal-mahal.
Ariff Shah: Betul. Ok now kembali kepada medical card. Pertama, fungsi utama medical card ni adalah mengembalikan kepada keadaan asal.
Maksudnya kat sini, kalau masa El sign borang ni sihat walafiat, maka kalau apa-apa berlaku in the future samada sakit, accident, kanser atau apa-apa lah yang mengganggu kesihatan El, medical card akan keluarkan kos supaya El boleh dapatkan rawatan di hospital sampailah El sembuh.
El: Oo… macam tu. Tapi kalau masuk Prince Court medical card cover tak? Mesti mahal bil kalau masuk sana.
Ariff Shah: Plan HealthEnrich Premier untuk El ni akan cover kos bilik sehingga RM1,000/malam di Prince Court dan 5 lagi hospital preferred yang lain di Malaysia.
Disebabkan plan El datang dengan elaun harian sebanyak RM350 untuk setiap hari El mendapatkan rawatan di hospital, El boleh ambil bilik Suite yang berharga RM1288/malam terus kat Prince Court sebab elaun plus kos yang medical card cover cukup untuk bayar Suite tu.
El: Wow. Dapat Suite. Macam hotel pulak dah. Mesti boleh request katil extra untuk mama teman El nanti kan?
Ariff Shah: Bukan setakat katil, suite tu ada bilik berasingan untuk ahli keluarga yang nak tinggal bersama. Lagi selesa daripada katil extra. Dalam bilik ada TV dengan channel Astro dan toilet pun dia bagi berasingan. Memang betul-betul macam hotel 5 star.
El: Tapi kalau macam tu tak mahal ke? Betul ke medical card boleh cover kos tu semua?
Ariff Shah: Mahal.. memang mahal. Tapi jangan takut, every year medical card El ni boleh tanggung up to RM200,000 bil hospital. Jadi kalau setakat RM30,000 – RM50,000 untuk sekali admission kat Prince Court tu, medical card boleh bayar full dan masih tinggal banyak lagi balance untuk tahun tu.
Kalau tahun ni dah habis limit RM200,000, tahun depan dia top up balik another RM200,000 every year sampai RM4,000,000 habis. Dan mereka tak boleh cancelkan medical card El sebab El claim banyak. That’s the rule. Takde sebab untuk mereka elak nak bayar bil tu semua.
El: I see. Oklah kalau macam tu. Kita proceed. Mana nak sign?
*****
Kesimpulan: Plan HealthEnrich Premier sesuai untuk artis dan VVIP.
Dapat jugak menyelit dalam jadual dia yang tersangatlah padat ni. Shooting sana sini, kelas lagi. Elfira Loy ni memang all out and dedicated pada kerjayanya. Semoga berjaya dan semoga sihat-sihat selalu.
Kalau tak sihat pun don’t worry sebab medical card will settle the bill.
Nota: Dialog rekaan/olahan semula. Tapi intipati dia lebih kurang jelah
19 Comments
Hasnul Mutawif
4 September, 2014 at 2:54 pmBaguslah muda muda dah ambil takaful. Memang ada kesedaran ni
Backup untuk kemudian hari.
eray
28 August, 2014 at 2:58 pmwah close dengan El lah, comel sangat si El tu. nanti kirim salam.
siti hazreen
27 August, 2014 at 11:38 pmRasa macam nak tukar takaful je
Ariff
27 August, 2014 at 11:39 pmKalau konvensional, eloklah ditukar..
Paeh
26 August, 2014 at 3:23 pmDialog yang tak dipaparkan.
Ariff Shah: El boleh bagi tahu tak macam mana nak dapat berlakon dengan El.
El: Krik krik krik…
akubiomed
26 August, 2014 at 9:24 amMacam dialog drama. Harap tuan punya badan tak kisah bocor perbualan ini . :-)
yangbaik
26 August, 2014 at 8:20 amsiap ada dialog… maklumlah bersembang dengan pelakon kan.
boleh buat drama pulak lepas nie… ngee
Farid Laham
26 August, 2014 at 12:26 amwah siap bedailog lg tu hehe terbaiklah bro ariff
Hilal
25 August, 2014 at 10:08 pmHidup abang arif!! :P
Ariff
25 August, 2014 at 10:16 pmHilal. Hang tak nak ambil ka? Ke dah ada.
Mode nak tambahkan client retis
Hilal
25 August, 2014 at 10:17 pmAku bukan retis la…hahahaha… tpi dah amek under Prudential jgak.. :D thanks bro!
Ariff
25 August, 2014 at 10:18 pmOk bagus2. Nanti rekemen aku kat artis lain
Hilal
25 August, 2014 at 10:19 pmInsyaallah buleeehhhhh.. :D
Abang ensem berkepak
25 August, 2014 at 11:54 pmGua pun retis gak
Mazni Azmi
29 August, 2014 at 2:34 pmTerbaik ni. Medical card Plan HealthEnrich Premier ni memang terbaik ya.
Sampai boleh duduk bilik suite.
Pernah melawat kawan sepejabat dulu. Satu bilik besar tu dia punya saja.
Ok lah kan.. Kompeni bayar. Masa tu takde capping capping medical limit ni.
Sekarang ni dah ada had tahunan. Kerja syarikat besar pun dah kena ambil medical card dan life takaful sendiri.
Sementara masih sihat kan
hikaru matsushima
25 August, 2014 at 9:47 pmdah agak dahh..
siap berabang lagi. hehe..
Ariff
25 August, 2014 at 9:58 pmhahaha..
betullah.. Si Elfira ni pangkat adik je.. Jauh beza umur walaupun nampak sebaya
Abang ensem berkepak
25 August, 2014 at 11:55 pmWalaupun banyak umur dari gua tapi kami nampak sekufu jek
Mohd Zakwan
25 August, 2014 at 9:45 pmjeles pulak aku. hahaha