Cara Betul Melabur Dalam Unit Trust Supaya Tak Rugi

Reading Time: 3 minutes

Dalam apa-apa pelaburan, kunci kejayaan utama adalah mengawal risiko. Bila risiko dah dikawal, keuntungan pasti datang.

Saya pernah tulis pasal risiko pelaburan unit trust melalui Members’ Investment Scheme KWSP.

Jadi bagaimana nak kawal risiko bila melabur dalam unit trust? Tak kisahlah company/jenama apa, benda ni terpakai pada semua unit trust yang ada di pasaran.

1. RCA/DCA – Ringgit/dollar Cost Averaging

RCA (sebab ringgit kan) supaya turunkan harga average per unit. Bagi yang tak tahu, RCA adalah beli pada amaun ringgit yang sama setiap bulan/minggu sehinggalah capai amaun yang kita dah tetapkan.

Kena ada plan berapa lama atau berapa banyak nak buat averaging. Tengoklah berapa total kita nak laburkan dalam unit trust pada masa tu.

Bagi yang takde total end amount sebab mungkin baru nak bermula, boleh start dengan berapa nak save monthly. Yang penting, konsisten dan follow the plan.

Investment ni macam marathon, lebih-lebih lagi unit trust. Tak perlu check hari-hari, tapi ada masanya boleh ambil peluang untuk turunkan harga purata per unit dengan mendadak.

Betul, saya pernah buat 80% setahun dalam unit trust tanpa RCA. Tapi tu cerita lain. Yang tu sebab saya dah time market sejak empat lima tahun yang lalu. Lama tunggu.

Itu advantage bila dah bergelumang dengan pasaran saham sejak masa universiti. Fahamlah market sikit-sikit.

Bila buat averaging dalam sesuatu tempoh, dah tak perlu risau pergerakan market hari-hari. Tenang-tenang je sebab kita tahu kalau market jatuh, kita akan beli lebih banyak unit pelaburan dan turunkan harga unit.

Bila market naik, bilangan unit yang dibeli kurang. Biasanya naik lagi slow dari turun dalam jangkamasa pendek. Jadi di penghujung tempoh RCA tu, harga per unit memang cantik dah.

2. Diversify. Pelbagaikan Dana Yang Dilaburkan

Satu lagi cara nak kurangkan risiko adalah diversification / mempelbagaikan pelaburan.

Bergantung kepada pengandali unit trust, diversification boleh dilakukan berdasarkan lokasi/geografi dana, jenis dana (equity, mixed asset, money market), komoditi (gold) dan hartanah (REIT). Pengendali dana yang besar menawarkan lebih banyak pilihan dana.

Kat Singapore dah ada dana simpan matawang kripto. Mungkin dalam 5-10 tahun lagi, akan wujud pula kategori dana kripto di Malaysia.

Diversification ni bertujuan untuk mengelakkan concentration risk/risiko konsentrasi.

Contoh, kalau keseluruhan portfolio simpan dalam satu dana dan dana tersebut jatuh, maka jatuhlah keseluruhan portfolio. Tapi kalau separuh lagi simpan dalam dana yang fokus pada benda lain dan dana tersebut tengah naik, maka kejatuhan keseluruhan tidaklah seteruk berbanding simpan satu tempat.

Bergantung pada umur dan kadar toleransi terhadap risiko pelabur, bolehlah bina portfolio yang ada campuran pelbagai jenis dana (equity, mixed/balanced, fixed income dsb.).

3. Melabur Pada Masa Yang Betul

Yang terakhir, untuk kawal risiko, masih perlu ada elemen timing the market. Timing ni memainkan peranan dalam membantu anda dapat untung banyak ataupun luar biasa banyak, macam kes 80% saya sebelum ni.

Tapi bukan faktor utama untuk buat untung. Follow dua atas tadi pun dah boleh buat untung.

Nak tak nak perlu ada sedikit timing element dan kalau nak kenalah study dan fahamkan sikit supaya boleh tahu keadaan keseluruhan pasaran.

Kenapa?

Simple. Mungkin kita ada dengar kawan cakap dia buat banyak untung kat dana/market tu. Kita pun masuk.

Yang kita tak tahu, dana/market tu dah uptrend lama, 10-20 bulan naik non-stop. Jadi, correction is due.

Correction berlaku sebab orang yang dah invest 10-20 bulan lepas nak take profit. Dia jual pegangan, realize profit. Kita yang baru masuk beli kat tempat dia jual.

Bila jualan melebihi belian, maka jatuhlah pasaran. Benda ni normal terutamanya kalau pasaran dah uptrend lama.

Maka, kita sangkut.

Betul boleh RCA, tapi kalau boleh kita mula RCA pada hujung musim correction, bukan masa correction bermula. Tak tau lagi berapa lama correction akan berlaku. Lepas correction mungkin akan sideway pula.

Elemen timing perlu ada dan nak timing kena tahu sikit pasal market. Normal la kan nak invest dalam apa-apa pun, mesti buat homework dulu.


Bila tiga perkara di atas terjaga, maka risiko melabur dalam unit trust akan kurang, kebarangkalian untuk untung, tinggi.

No guarantees dalam pelaburan. Yang boleh kita kawal adalah risiko. RCA dan diversification ni adalah tried and tested method di mana-mana di dunia sejak dari dulu lagi dan memang terbukti mengurangkan risiko.

Part last tu tak susah pun. Kena spend masa dan effort sikit untuk belajar dan faham market. Kalau tak, dapatkan nasihat daripada yang berpengalaman.

P.s Nak sembang lagi pasal unit trust pun boleh, whatsapp tepi je. Nak saya manage pun boleh.

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation

Leave a Reply