Notice: Undefined index: aiosp_license_key in /home/mydailyt/public_html/ariffshah.com/wp-content/plugins/all-in-one-seo-pack/aioseop_class.php on line 5808
Beli Barangan Elektronik Online Dengan Selamat & Murah | Ariff Shah

Beli Barangan Elektronik Online Dengan Selamat & Murah

Sepanjang PKP saya telah membeli beberapa barangan elektronik dari dalam dan luar negara untuk kegunaan syarikat. Dalam entri ni, saya kongsikan rasional pembelian tersebut selain daripada faktor penjimatan. Sangat berpuas hati dengan semua pembelian saya.

Macbook Pro Retina 13″ 16GB RAM – eBay

Katakan anda mencari Macbook tapi tak nak beli baru sebab tiada keperluan untuk spesifikasi terkini dan lebih pentingkan penjimatan, bolehlah beli Macbook terpakai.

Saya dah buat perbandingan antara pasaran tempatan dan luar negara untuk Macbook terpakai dan rata-rata Macbook terpakai dari luar negara lebih murah berbanding Macbook terpakai spesifikasi sama yang dijual di pasaran tempatan. Ini adalah kerana supply yang lebih banyak di pasaran luar (biasanya dari USA) berbanding di pasaran tempatan. Rata-rata pengguna di negara maju gunakan laptop tak lama sebelum bertukar ke laptop baru berbanding kita di negara membangun yang akan gunakan laptop sampai rosak.

Satu lagi kelebihan membeli Macbook terpakai dari luar negara adalah mudah untuk anda cari spesifikasi yang tinggi berbanding kalau cari di pasaran tempatan. Untuk Macbook, disebabkan RAM komputer biasanya tidak boleh ditambah, adalah penting untuk membeli unit dengan amaun RAM yang tinggi.

Saya jimat sekurang-kurangnya RM500 daripada pembelian ini berbanding kalau beli dari pasaran tempatan.

Selamat ke kalau beli melalui eBay? Memang selamat sebab pembayaran adalah melalui Paypal. Kepada yang tak tau, kalau ada apa-apa masalah selepas pembelian melalui eBay, anda boleh membuat aduan secara rasmi kepada Paypal & eBay dan mereka akan bantu untuk mencari penyelesaian.

Biasanya kalau barangan dibeli daripada penjual yang mempunyai reputasi yang baik, mereka akan cuba sedaya upaya untuk memastikan pertikaian itu diselesaikan supaya bayaran untuk peralatan yang dijual itu tidak dibekukan dan mereka boleh terus melakukan transaksi melalui eBay.

Kalau nak cari Macbook terpakai, elakkan daripada membeli Macbook dengan butterfly keyboard kerana papan kekunci jenis ini bermasalah.

Sony A6400 Camera

Saya jumpa camera ni di laman Mudah. Unit masih baru, dibeli awal 2020 dengan waranti yang belum didaftarkan (maklumat ini disahkan dengan resit asal pembelian). Penjual yang merupakan seorang pelajar IPTS hanya menggunakan kamera ini untuk review.

Pembelian dilakukan secara COD. Saya jimat sekurang-kurangnya RM400 berbanding kalau beli baru di kedai.

Kanta Kamera Sigma 30mm

Penjual iklankan barangan ni di Facebook. Sama seperti kamera tadi, unit masih baru dan dibeli awal 2020 dengan resit asal pembelian masih lagi ada.

Untuk barangan yang diiklankan sebagai masih baru atau under warranty, pastikan anda sahkan dengan meminta resit asal. Resit asal barangan penting untuk memastikan yang barangan adalah seperti yang diiklankan dan dijual oleh pemilik yang sah.

Saya minta penjual lakukan penjualan melalui Carousell supaya saya boleh gunakan Carousell Protection untuk pembelian tersebut. Carousell Protection ni sama fungsi seperti yang ada di eBay di mana Carousell akan menjadi orang tengah untuk menyelesaikan pertikaian (sekiranya ada) sebelum duit pembelian tadi diserahkan kepada penjual. Kurang risiko kena tipu.

Kanta kamera yang dibeli sampai dengan selamat dan ianya seperti yang diiklankan. Saya jimat RM280 melalui pembelian ini.

Selain daripada telefon, saya akan cari peralatan elektronik yang terpakai lebih-lebih lagi untuk kegunaan syarikat. Kalau setakat Macbook tu, tak perlu beli versi terbaru sebab kegunaannya tetap sama.

Namun begitu, untuk barangan di mana fungsinya terhad seperti kamera, seeloknya cari versi terbaru sebab teknologi untuk barangan ni cepat berubah. Disebabkan imej yang cantik membantu menaikkan jualan dan mengurangkan kekerapan untuk upah jurugambar profesional, maka tiada masalah untuk saya melabur untuk membeli kamera versi terbaru.

Dari segi nilai aset, elakkan membeli kamera compact sebab nilai kamera sangat cepat jatuh dalam pasaran kamera terpakai. Paling minimum, cari jenis mirrorless bukan full-frame. Beli jenama yang sedang trending sekarang supaya tak susah kalau nak jual balik nanti.

Semoga entri ni dapat membantu anda shopping barangan elektronik online dengan selamat dan bijak. Happy hunting.

Leave a Reply