Apakah Kriteria Unit Trust Terbaik?

Reading Time: 2 minutes

Kalau nak letak duit dengan unit trust, mestilah pilih syarikat yang terbaik kan. Jadi apa kriteria untuk syarikat unit trust yang bagus?

1. Ada Rekod Keuntungan Yang Konsisten

Rekod keuntungan yang konsisten ni boleh dilihat pada laporan tahunan dana. Tengoklah prestasi 3 tahun atau 5 tahun. Kalau >10% tu, maka boleh anggap dana tersebut perform.

Sebagai rujukan, Berkshire Hathaway selepas diambil alih oleh Warren Buffet buat 19% setahun.

2. Menang Award Penting Ke?

Bergantung pada award yang dimenangi. Ada award diberi berdasarkan prestasi yang konsisten, ada yang diberi berdasarkan berapa kenaikan paling tinggi dalam setahun dan dibandingkan dengan dana-dana lain.

Walau bagaimanapun, tiada award tak bermakna fund tersebut tak bagus. Jadi janganlah jadikan award sebagai kayu ukur prestasi sesuatu dana.

3. Banyak Dana – Meliputi Seluruh Dunia

Setiap benua/kawasan ekonomi di dunia ni ada tema dan kitaran ekonomi tersendiri. Kawasan ekonomi yang utama adalah USA-Global, China-Hong Kong-Taiwan, ASEAN, Malaysia & India. Adalah bagus untuk mempunyai pilihan dana dalam kawasan ekonomi utama ni.

Kenapa? Supaya ada pilihan untuk gerakkan dana antara kawasan-kawasan ini. Bila satu dana dah naik terlalu tinggi, kita lock-in keuntungan dengan menjual dana tadi dan labur semula ke dalam dana negara lain yang berpotensi tinggi untuk naik.

Itulah cara yang sebetulnya untuk memaksimakan keuntungan.

Kalau kita lihat dari aspek ini, sebenarnya dana apa yang dilaburkan tu tak penting sangat berbanding masa dana tersebut dibeli (sedang downtrend, sideway atau uptrend).

4. Banyak Cawangan

Institusi perbankan dan kewangan kat Malaysia ni masih di takuk lama. Tengoklah nak pergi bank sekarang macam mana, tak habis-habis lagi kena buat appointment. Nak pergi mall lagi senang.

Nak buat pengeluaran pelaburan KWSP masih perlu borang manual siap cap jari. *tepuk dahi* Senang cerita, Malaysia ni memang slow dalam mendigitalkan perkhidmatan kewangan.

Bila dah macam tu, industri unit trust dan insuran ni pun ikutlah sekali perangai sama. Jadi untuk memudahkan urusan, carilah syarikat pengendali unit trust yang mempunyai banyak cawangan supaya kalau ada apa-apa urusan penting yang tak boleh diuruskan online, tak perlu travel jauh.

5. Nasihat Pelaburan Dari Mana?

Tanggungjawab terhadap pelaburan yang dibuat tu adalah tanggungjawab sendiri atau dalam bahasa Inggeris, own risk. Sekarang nak buat pelaburan sendiri pun boleh dah tanpa perlu melalui agen/consultant.

Cuma, bila ada agen/consultant tu, adalah sedikit nilai tambah yang boleh diterima daripada individu tersebut. Ada yang suka pilih cantik-cantik, ada yang tak kisah paras rupa, ada yang cari kenalan rapat/keluarga. Pilihan masing-masing.

Pemilihan agen/konsultan adalah langkah terakhir dan paling penting sebelum melabur dalam unit trust terutamanya kalau perkara berkaitan pelaburan, pasaran & ekonomi ni bukanlah sesuatu yang anda minat/faham. Kalau begitu, carilah agen/konsultan yang boleh beri panduan dan nasihat dalam hal tersebut.


Jadi begitulah. Saya ada pengalaman sikit (12 tahun) dalam pelaburan ekuiti dan masih lagi aktif sehingga sekarang. Pagi petang siang malam memang baca tentang pasaran & ekonomi tanpa rasa bosan.

Saya menyediakan perkhidmatan berkaitan pelaburan unit trust terutamanya bagi mereka yang tak minat tentang pasaran & ekonomi tapi nak melabur dan buat untung. Boleh whatsapp terus kalau nak sembang lagi.

Boleh follow Facebook & LinkedIn kalau nak baca market update saya.

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation. Currently pursuing Certified Financial Planner (CFP) qualification.