Yamaha LC135 Extreme Spirit

Kepada yang tak tau, inilah tunggangan saya hari-hari untuk ke mana-mana. Review ini adalah sempena 2000 km perjalanan yang telah saya harungi bersama motosikal ini.

Kenapa motosikal? Senang je. Sebab murah berbanding kereta. Tapi mat mat motor akan tahu bahawa motor jenis LC ni dah kira mewah sebab harga pun RM7k lebih dan kalau letak tak kena tempat dan gaya, memang boleh kena kebas. Memang motor ‘panas’.

Kalau beli kereta kecil pun, boleh je sebenarnya. Tapi terus terang saya cakap, saya bukanlah seorang yang penyabar nak mengharungi traffic jam sana-sini di KL ni. Memang respect betullah pada mereka yang sanggup mengharungi traffic jam, bayar toll, duit minyak yang banyak dan kos maintenance kereta yang biasanya lebih tinggi daripada motosikal.

Merempit di Lembah Klang ni memerlukan confidence level dan keberanian yang tinggi. Kalau tak confident, memang langgar orang punya side mirror dalam traffic jam. Kepada yang baru belajar bawa motor, trylah mengharungi traffic jam di Persiaran Kewajipan depan Summit USJ, ataupun di Persiaran Surian menghala ke The Curve. Confirm cepat belajar.

LC135 edisi 2012 ni hype je lebih oleh sebab kejayaan LC versi yang sebelum ni. Harga dia mahal sebab ada banyak feature baru seperti brake disk belakang dan tayar belakang yang lebih lebar. Brake disk tu penting bro. Kalau jenis yang bawak motor laju macam pelesit, eloklah ada brake disk depan belakang. Memang menyelamatkan nyawa.

Lagi satu, LC135 2012 mempunyai versi yang didatangkan dengan clutch. Of course, yang saya beli ni ada clutch. Ada feel superbike di situ. hehe.. Tapi betul la, bila dah biasa bawa motor clutch ni, nak bawa apa-apa superbike pun boleh dah sebab basic dah ada.

Dari segi pecutan, motor ni memang champion dalam kelasnya. Lepas traffic light, confirm leading paling depan. Tapi dari segi top speed, memang agak annoying sebab motor ni dah ‘hardwired’ supaya tak menjangkau 110 km/j walaupun sebenarnya kita tahu, enjinnya boleh pergi lagi. Cukup kecewa dengan kekangan ini. Memang tak lama lagi tukar motor jugaklah nampaknya..

 

Comments

  1. mdfaisal75 says

    salam….
    sy juga pengguna LC ES 5-speed, setakat ni tak mengecewakan. bagi saya topspeed tak penting….yg penting petrol save, takyah tuang 2T (dulu pakai 125ZR), bunyi senyap,baju tak bau asap…

    buat apa nak bawak laju²… kalau nak laju pakai superbike jer..baru boleh tapau motor² lain…tapau kete pun boleh…hehehe.,,,

    sekian..

    • Ariff says

      Setuju dengan bro. Cuma kalau long distance kenalah bersabar sikit bawak motor patuh had laju. Kalau kegunaan dalam bandar, memang sangat berpuas hati.

  2. says

    bab moto nie aku tak boleh cakap banyak..tak amek lesen g..baru berkira2 nak amek..haha..anyway, aku agak cuak kalau nak main selit2 kat trafik jam nie..entahla..mungkin aku penunggang berhemah kot..lol
    Entri terbaru arrizz >> Kemas kini entri lama blogMy Profile

    • Ariff says

      itulah. rasa macam rugi je. enjin bagus boleh pergi lagi, tapi dah cut off

  3. nazi says

    “kos maintenance kereta yang biasanya lebih tinggi daripada kereta.” ???

  4. says

    Motor Yamaha 135 LC ini ada cut off sebab bila bro Ariff pulas macam sepatutnya boleh pergi lagi. Ini antara pelanggan baru complaint versi baru ini berbanding 135 LC lama.

    Ada faktor keselamatan juga.
    Entri terbaru akubiomed >> Juara didalam kehidupan sayaMy Profile

  5. says

    ok next, bole terus beli superbike. mahal macam kereta tp sedap bawak dan x sekat traffic jem. cuma kalo hujan tue, kena cari tempat berteduh le..

    • Ariff says

      hehe. memahami. tapi aku takdelah nak menunggang secara berbahaya. Kena tahu keupayaan diri sendiri dan motor

    • Ariff says

      LC versi pertama dengar cerita ada permintaan tinggi. Nak jual and amik motor baru pun boleh