Betul tak apa aku cakap ni? Aku tau majoriti perempuan kat luar sana tak minat bola atau apa-apa sukan yang orang lelaki ni minat. Kalau ada pun minat cuma segelintir. Lelaki ni boleh jadi hantu gak kalau fanatik sangat terhadap sesuatu sukan tu, tak faham kenapa.. mungkin sebab mereka tak mampu nak beraksi dalam acara sebenar, dapat jadi hantu fanatik gila bab~ pun boleh la.. Aku? Agak magik gak aku ni tak fanatik mana pun terhadap mana-mana sukan atau pasukan, kalau aku minat pun aku amik tau ringan-ringan je. Takdelah sampai jadi benda tak sah kalau aku tak tau team tu menang atau kalah.
Aku kadang-kadang nampak peminat sukan ni macam menjadikan pasukan kegemaran mereka ni seakan-akan agama yang disembah pulak. Adelah tu siap nak gaduh-gaduh bagai. Kenapa bodoh sangat? Adakah hidup korang ni berpaksikan pada kejayaan pasukan kegemaran korang je? Itu je? Takde benda penting yang lain dalam hidup?
Lagi kesian kalau boyfrined korang bukan fanatik pada satu sukan sahaja, malah pelbagai sukan yang lain. Ahh.. yang ni parah. Cuba kira, musim bola peringkat antarabangsa ada dua: English FA Cup, UEFA Champions League, lepas tu mamat tu pulak fanatik team Lakers (basketball): tambah lagi satu, dan pada yang sama mamat anak Kelantan ni memang penyokong kuat pasukan bola sepak Kelantan. Parahh.. parah.. Hidup dia aku rasa boleh survive depan tv tiap-tiap hari tak payah keluar rumah. Tambah kalau minat tenis pulak. Adeh.. Tak tau nak cakap apa dah.
brought to you by
Nasihat aku tak payahla nak fanatik sangat pada World Cup atau apa-apa acara sukan atau pasukan yang main. Relax je. Macam tu lebih cool. Minat tak salah cuma kalau sampai girlfriend sendiri terabai, ape hal brader? Karang minah tu layan kawan-kawan dia yang lelaki lain ko jugak yang jelous padahal dah lama dah ko tak bawak dia pergi keluar dataing. Kena ingat dalam apa sahaja yang kita buat, akan ada batas ‘terlalu banyak’ dalam benda yang kita buat tu.. There’s always too much in everything.
Bercakap pasal World Cup, teringat kejadian Zidane headbut yang berlaku semasa World Cup dulu. Aku tengok live kat TV kot masa tu. Memang satu sejarah epik la. Terkenang sampai sekarang. Berikutan kejadian itu banyak syarikat menggunakan tema yang sama dalam iklan menjelang World Cup 2010 ni.
Apa-apa pun, minat tak minat bangun pagi ni aku sedar yang aku nak tengok Brazil menang World Cup 2010 ni. Entahlah. Hati dah kata macam tu kan. Ikut je la.. Memang dari dulu sokong Brazil atau mungkin sebab ada awek Brazil yang hot dalam friend list Facebook aku? hm..
Korang sokong team mana eh?
hoho sy suke bola tp bkn fanatik sgt..just suke german,argentina and portugal..huhuh
nasib baik my boyfriend tak minat bola..huhu..xdala dia melepak2 kat kedai mamak tu..huhu.wat habis duit and buang masa aje..hehe..
lepak kedai mamak x habis duit byk mana pun. ais kosong 3 gelas. settle satu game 90min.. balik. baru rm0.90. (ayat backup geng fanatik)
p/s: aku bukan peminat bola. amik tau gitu2 ja.. xtau pun xkisah.. kalau tau lg bagus.. sekurang2 boleh nyelit spotong 2 ayat masa member2 sembang kemaih team tu team nie. Hahaha…
Saya pun minat bola….=) no big deal!
ok lah gila bola drpd pakwe gila DOTA..bola kejap ja musim nya. DOTA mana ada musim sekejap2. kalau dah start main, diyakini akan lama..
Setuju. DOTA tu dia stop kalau datang hidayah je.. tak kisah la hidayah dari atas atau Hidayah yang sebenar. Tapi biasanya hidayah dari atas lagi kuat..
- Saya yang berjaya berhenti daripada DOTA
aku sokong england, hehehe
fanatik? aku pernah melalui pengalaman kat kedai mamak tahun 2003…masa tu game man u lawan arsenal..
tetiba jer ada satu group dari arsenal bergaduh ngan group man u, cabar mencabar dan last-last siap bawak geng dgn lock steering bergaduh dkt kedai mamak….
aku hanya memerhatikan gelagat mereka
Itulah yaang aku maksudkan, team bola tu sampai jadi macam agama diorang pulak. Apa la manusia2 ni..
tak perlu fanatik..minat untuk hiburan di masa lapang elok la.. :D
aku pon minat bola…4 taun sekali ni, kene tgk team faveret..
ak support argentina, netherland and japan
tp kata hati, rasa argetina kot menang..
aku minat bola….
im a fanatic one…but sadly i cut my astro sport channel due to the increasing of astro payment bill….Sigh…~~
trpaksa tengok siaran tertunda tv1…hoho
La.. kalau tahan sebulan dua lagi for World Cup kan ok. Lepas tu baru la potong
Ariff… saya adalah seorang lelaki yang tak minat bola.. hahahahha.. bukan tak minat bermain bola.. tetapi saya tak minat tengok bola sepak
Tak minat sangat gak, tapi biasanya Final match mesti tengok.
aku tak minat laki yang tak minat bola. hahahahaha.
ha ha ha~
silap2~
aku lagi suka kalau ditakdirkan suatu hari nanti aku ada teman istimewa dan dia suka bola sepak~
sebab apa?
sebab aku suka sangat bola sepak!
EPL adalah yang wajib dalam catatan aku kalau musimnya~
ha ha ha~
dan untuk World Cup, aku tengah gigih tanda kertas~
agar siap sebelum aku nak mula bersengkang mata tengok bola~
hahaha… tanda, jangan tak tanda cikgu :D
nasib aku mmg tak minat bola walau support MU aje lebih. haha.. untung awek aku kan? hahaa.. sukan yg aku suka bowling, snooker, bola tampar dan fotoshoot…
dah penah kene ade bf begini
oh smemangnye terabai =(
hoho~
owhhh.. boypren saya adalah tidak gilekan bola.. syoknyaaaa. hehehehehe
sy suka jer lau bf sy minat bola… baru true man! ahahahaha =)
Minat dan gila ada beza disitu..
saya dengan bangga nya sokong Holland aha sebab Malaysia tak msuk world cup ;)
nice one bro..
nasib baik aku tak minat bola..
so..pilih la aku jadik teman mu *utk pompan jer..*
wahahahahah~!!
hahaha.. sebenarnya itulah point post ni dibuat.
sama jugak, tak minat langsung nak amik tahu
kalau suka bola pun, saya sokong pengadil cukup lah
ha ha ha
With Love,
HazzySuperb
mmg pon kalau lelaki dah start nak gaduh pasal bola,kalah budak kecik,padahal umo dah 23,ada yang 30 pon..xsedar2 diri tu bergadoh mengalahkan apa je..yang kelakarnya kalau ada kawan lelaki kita yang tiba2 nak carik gadoh sbb fav team kita kalah..sangat kelakar..
bf sy tak minat bola..nanti, dia takleh geng ngn ayah n adik ipar :P
aku ingat lagi dulu, time aku gile tgk WC ni (tak silap tahun 2002)-siap amek emergency leave nak tengok brazil lawan team mana entah (oh-aku bukan penyokong brazil pun). Pergi tengok pun seberang opis je-kat Germans Pub. Gile-nasib tak kantoi! hua3x.
oh, ex aku dulu gila bola jugak (cuma tak le extreme). aku support je-no problem. skang kitorg dah ‘close’ balik dan aku still support walau aku dah retire dengan bola-bola’an ni. Ecece~
hoho aku kurang minat la bola.. aku minat tenis.. tapi kat rumah tak de channel sukan so terabai la :D
so aku lagi suka main wacom aku :p
dan aku rasa tak de sapa yang terabai lagi la sebab aku main wacom
Aku memang minat tengok sukan dari kecik dan kira ambil serius jugak la. Football, Tennis & F1. Kau pun tahu kan dekat twitter aku macam mana. Hahaha. Macam kau cakap la, boleh tak keluar rumah dibuatnya. Sama la macam 2 minggu ada Roland Garros haritu. Tapi aku tahu jugak batas2, kalau mak panggil tolong kena pergi dan bila member ajak keluar aku keluar.
World Cup kali ni aku tak pasti boleh tengok ke tak sebab aku sekarang jenis tidur awal. Seawal 10 malam dan bangun seawal 4.30 pagi. Kalau dekat sana dulu match punya time tak lari jauh masa, tak ada hal la nak tengok. Ini nak berjaga pagi, duh. Aku rasa susah. UEFA Champions League Final pun aku miss.
Bila sebut pasal World Cup ni teringat kisah lama ouh. World Cup ’98. Aku memang sokong Brazil sebab Ronaldo terutama. Masa tu aku darjah tiga, semangat je tunggu depan tv sebelum start match. Bila kalah, pergh. Menangis kot. Kecewa gila masa tu. Dan bila Brazil menang balik tahun 2002 memang gembira tak terkata.
Antara tahun 2003-2008 tu aku kurang sikit tengok bola live tapi still ambil tahu jugak. Masa ni boleh kata tahun aku kurang fanatik sangat dengan sukan. Sekarang je semangat balik. Sebab tu la kali ni aku tak sokong Brazil, tapi sokong Netherlands sebab diorang tak pernah menang lagi. Kalau ko perasan, aku suka sebut “Nederland” sebab itu dalam bahasa diorang. Heh, semangat je kan.
So kalau nak cakap pasal awek ni tak ada masalah la sebab single. Dan sekarang komitmen tak banyak boleh la enjoy puas2. Kalau dah ada banyak tanggungjawab nanti lain cerita la. Tapi apa-apa pun family aku semua faham dan diorang cuba tak ganggu aku kalau aku nak tengok bola, tennis atau F1.
xde bf.. so xsusah hati sangat..
memang dari kecik xminat bola..
dah sah² kaki bangku.. Hahah!
Love,
PojiePooh Abdullah
germany! dari dulu sampai sekarang..tak kiralah ada messi ke, rooney segala tu..aku tetap dengan germany!
tapi aku takdalah fanatik pun. sampai nak tinggal bini. cuma excited je terlebih. hakikatnya tak bangun pun tengah2 pagi tu..kehkeh
aku sokong england walaupun macam susah nak menang..hehe
woo geng..kita sekepala haha England rules!
aku plak beriya2 suruh ayah aku pasang astro sbb nk tgk bola..
padahal rtm ade je tayang nanti..
huhu… aku pun rasa nak brazil menang, sbb last time yg aku tgk brazil yg menang..
bila tah ‘last time’ tu..
Hm.. dah lama gak la. Masa aku sekolah menengah dulu Brazil menang. Masa tu budak2 gila bola ni siap pijak2 gambar 3R bagai time tu. Lepas tu nak emo-emo lagi. Padahal orang tengok just for fun.
nasib baik takde makwe.. takde la nak risau sangat hehe
Erm nak sokong negara mana ek?? sokong pengadil ar haha
Sokong pengadil Malaysia yang bertugas di World Cup 2010 pun ok gak.
a’ah ada sorang kan..pergh bangga gak ada ‘wakil’ Malaysia gi World Cup haha
betul sangat la tu . tak payah la fanatik sangat . tengok sikit-sikit sudah la . hehe :)
janji tahu pun dah kira okay .
oh , nak Brazil menang yea ?
sokong negara yang kak fida sokong . hihi :D
eh.. sama lagi ngan Fida ke? ish ish ish…