Kan Best Kalau Boyfriend Korang Tak Gila World Cup

Betul tak apa aku cakap ni? Aku tau majoriti perempuan kat luar sana tak minat bola atau apa-apa sukan yang orang lelaki ni minat. Kalau ada pun minat cuma segelintir. Lelaki ni boleh jadi hantu gak kalau fanatik sangat terhadap sesuatu sukan tu, tak faham kenapa.. mungkin sebab mereka tak mampu nak beraksi dalam acara sebenar, dapat jadi hantu fanatik gila bab~ pun boleh la.. Aku? Agak magik gak aku ni tak fanatik mana pun terhadap mana-mana sukan atau pasukan, kalau aku minat pun aku amik tau ringan-ringan je. Takdelah sampai jadi benda tak sah kalau aku tak tau team tu menang atau kalah.

Aku kadang-kadang nampak peminat sukan ni macam menjadikan pasukan kegemaran mereka ni seakan-akan agama yang disembah pulak. Adelah tu siap nak gaduh-gaduh bagai. Kenapa bodoh sangat? Adakah hidup korang ni berpaksikan pada kejayaan pasukan kegemaran korang je? Itu je? Takde benda penting yang lain dalam hidup?

Lagi kesian kalau boyfrined korang bukan fanatik pada satu sukan sahaja, malah pelbagai sukan yang lain. Ahh.. yang ni parah. Cuba kira, musim bola peringkat antarabangsa ada dua: English FA Cup, UEFA Champions League, lepas tu mamat tu pulak fanatik team Lakers (basketball): tambah lagi satu, dan pada yang sama mamat anak Kelantan ni memang penyokong kuat pasukan bola sepak Kelantan. Parahh.. parah.. Hidup dia aku rasa boleh survive depan tv tiap-tiap hari tak payah keluar rumah. Tambah kalau minat tenis pulak. Adeh.. Tak tau nak cakap apa dah.

brought to you by

Nasihat aku tak payahla nak fanatik sangat pada World Cup atau apa-apa acara sukan atau pasukan yang main. Relax je. Macam tu lebih cool. Minat tak salah cuma kalau sampai girlfriend sendiri terabai, ape hal brader? Karang minah tu layan kawan-kawan dia yang lelaki lain ko jugak yang jelous padahal dah lama dah ko tak bawak dia pergi keluar dataing. Kena ingat dalam apa sahaja yang kita buat, akan ada batas ‘terlalu banyak’ dalam benda yang kita buat tu.. There’s always too much in everything.

Bercakap pasal World Cup, teringat kejadian Zidane headbut yang berlaku semasa World Cup dulu. Aku tengok live kat TV kot masa tu. Memang satu sejarah epik la. Terkenang sampai sekarang. Berikutan kejadian itu banyak syarikat menggunakan tema yang sama dalam iklan menjelang World Cup 2010 ni.

Apa-apa pun, minat tak minat bangun pagi ni aku sedar yang aku nak tengok Brazil menang World Cup 2010 ni. Entahlah. Hati dah kata macam tu kan. Ikut je la.. Memang dari dulu sokong Brazil atau mungkin sebab ada awek Brazil yang hot dalam friend list Facebook aku? hm..

Korang sokong team mana eh?


45 thoughts on “Kan Best Kalau Boyfriend Korang Tak Gila World Cup

  1. brazil!! brazil!!
    haha

    fanatik bola ni kira better lagi la daripada fanatik kepada rokok.
    ;))