WordPress Optimization: Pembersihan Blog Denaihati

Lebih kurang 4 jam dihabiskan pagi tadi untuk melakukan kerja optimization di blog Denaihati.com. Hari tu blognya menghadapi masalah sebab menggunakan terlalu banyak server resource. Setakat yang aku faham, shared hosting ni dia limit server resource kita kepada beberapa RAM memory. Kita boleh minta kasi max amount, bergantung kepada company hosting. Memory inilah yang menentukan samada server kita akan jam ke tak kalau banyak visitors online pada suatu masa. Kalau tak cukup resource, macam-macam masalah boleh timbul, termasuklah error page 500.

Ada beberapa cara nak kurangkan penggunaan server resource, tapi cara yang paling berkesan adalah dengan mengurangkan penggunaan plugin dalam WordPress. Sebenarnya Tweet buttton tu semua tak perlu plugin, boleh masukkan manual tapi kalau nak kerja mudah dan tak reti nak buat sendiri, terpaksalah jugak guna. Lagi satu cara adalah dengan databse optimization. Sebagai pengguna biasa, aku sarankan korang semua guna plugin WP-DBManager untuk database optimization. Optimize dan repair database seminggu sekali (semua function tu automatik, jadi tekan butang optimize dan repair sahaja). [sekadar pemahaman aku yang cetek, mungkin ada yang lebih pakar boleh kasi penjelasan yang lebih mendalam dan tepat]

Blog yang mempunyai komen yang banyak akan mempunyai database yang besar. Denaihati.com mempunyai lebih kurang 64,000 approved comment. Semuanya sebab pertandingan komen terbanyak yang dianjurkan di blognya tiap-tiap bulan. Yes, setiap bulan Denaihati akan memilih commentator terbanyak untuk mendapat hadiah wang tunai. Tak percaya, baca entri Malaysia Top Link & Commentator 2011 bulan Januari dan Febuari. Saiz database untuk comment dan comment meta je dah 80mb (4 kali ganda size database keseluruhan blog.ariff). Jadi kena selalu optimize.

Agak gelabah jugak tadi bila aku kacau singlephp blog Denaihati. Keluar error kejap. Aku memang tak suka edit file php kat localserver. Suka buat online terus walaupun dah ramai orang nasihat supaya buat kerja tu semua offline. Entah la.. degil gak kadang-kadang. Nasib baik dapat fix balik. Apa-apa pun aku rasa sekarang ni lebih laju masuk Denaihati.com. Dulu memang terasa ada slow sikit. Apa pendapat korang? Ada improvement tak?

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

23 Comments