Skip to Content

WordPress Atau Blogspot?

wordpress-blogspot
Pos ini ditujukan kepada semua geng-geng bloggers yang selalu lalu-lalang kat sini. Kebanyakan yang aku jumpa semuanya guna Blogspot. Salah? Tak, takde salahnya cuma kalau sesiapa tu yang rasa nak improve buat blog lagi cantik dan bagus, aku cadangkan guna WordPress.

Aku dulu pun guna Blogspot gak. Tapi dah sekian lama guna tak melekat pulak dengan jiwa ni. Blogspot ni pada pendapat aku sangat restricted fungsi and kemudahan untuk diedit. Kalau tak silap Blogspot masih lagi menggunakan html kan? Atau xml? Apa-apa pun benda-benda tu semua masih rumit pada aku. Tu sebab aku tukar ke WordPress. PHP ni senang la sikit kot nak faham kalau tengok tiap-tiap hari.  Tapi kalau guna WordPress ni, kadang-kadang guna theme yang dah tersedia ada dengan banyak kat internet ni pun dah bagus. Tak payah edit banyak2.

Ada orang cakap kalau tukar daripada Blogspot ke WordPress Pagerank Google dan Alexa jatuh. Betul lah tu sebab nama pun buat baru. Tapi, alternatif lain, blog kat Blogspot tu tinggalkan macam tu aje, cuma letak redirect command ke blog baru. Then masalah selesai. Orang yang sampai ke blog lama akan terus di hantar ke blog baru. Takde beza sangat pun, tapi aku rasa pengikut setia blog lama korang mesti lagi happy.

Bayangkanlah kalau ada .com sendiri, kan lebih berpestij tu daripada ade perkataan 'Blogspot'. That's what we call branding. Kita buat branding supaya orang senang ingat dan supaya search engine suka. Contohnya, cuba kalau korang search 'ariff shah' kat Google at least blog.ariff ni dah ade kat front page. Xsampai 2 bulan pun blog ni. Kepada yang buat duit hasil berblogging ni, branding adalah pelaburan. Macam businessman lah, beli kereta besar-besar supaya dapat kasi first impression yang bagus kat orang.

Of course, kalau nak .com + WordPress ni mestilah ada domain + hosting sendiri kan? Aku rekomen amik hosting Shinjiru. Setakat ni aku guna oklah, walaupun aku berada jauh di Moscow ni. Server semua kat Malaysia. Untuk sesiapa yang nak amik, harap dapat amik melalui link affilliate aku. At least kalau korang dah tolong aku, aku confirm la kasi 100% support kat korang. Untuk itu kita boleh bincang dengan lebih lanjut. Mungkin kita boleh buat pertandingan apa2 sama-sama ke.. or apa-apa jelah.

Modal? Kalau paling basic kat Shinjiru termasuk domain lebih kurang dalam RM100 setahun la. Aku amik standard hosting, besar sket, nak host blog-blog lain pun xpayah fikir panjang. Tapi kalau korang dapat cheque Nuffnang lima enam ratus dalam empat lima bulan sekali, aku rasa takde hal pasal modal ni.

So kalau sape berminat, bagitau lah. Aku boleh tolong. Kalau aku nak scam pun xde guna, aku letak nama aku pun untuk branding. Aku berani branding nama aku sendiri walaupun blog ni xdelah buat duit mana pun. It just gives me the sense of confidence a bit more.

Sekian,
Ariff Shah

Nuffnagers: please nang this if you like. Thanks!

Related Posts with Thumbnails

Tips Berblogging @blog.ariff:

  1. Tutorial Menggunakan Subdomain Sendiri Untuk Blog Blogspot Anda
  2. Blogger Malaysia Bersediakah Anda Dengan WordPress 3.0?
  3. The Importance of SEO Optimized WordPress Themes
  4. 7 Blog Cantik Blogger Perempuan Malaysia – Blogspot
  5. Tutorial Pasang CommentLuv Di Blogspot

12 Responses to “WordPress Atau Blogspot?” Leave a reply ›

Leave a Reply

CommentLuv Enabled