Re: Dilema Warga Asing dan Penyelamat

Terjumpa entri ni dalam blog ini. Sangat menarik untuk dikongsikan dan dibincangkan bersama. Ianya berkaitan pengangkutan awam kita dan keselamatan rakyat Malaysia di dalam negara sendiri.

***

Tren pun bergerak macam biasa. Masa tu memang sempit. Tiba-tiba saya terdengar deorang berbual. Saya dengar sorang tu cakap pasal ‘paksaan’, n sorang lagi macam tengah refer seseorang dalam tren tu. Saya tengok, deorang macam satu kumpulan tengah kepung budak perempuan dekat tiang tu.

Eh, peliknya. Lepas tu deorang macam fokus pada budak perempuan tu. Budak tu pandang arah saya, n orang Indonesia tu semua buat bulatan belakang dia. Oh shoot. Tak sedap hati. Budak perempuan tu tunduk, macam tengah takut. Orang Indonesia tu pulak macam tengah memerhatikan dia, semua macam nak ngap budak tu.

Lepas tu baru saya perasan apa yang berlaku. Disebabkan deorang kepung belakang budak perempuan tu, effectively takde siapa yang nampak deorang buat apa belakang budak tu. Oh damn. Kesiannya! Budak tu macam nak menangis da, tunduk2. Deorang pulak macam suka, sambil buat muka gangster.

Saya tengok budak perempuan tu. Pakai baju biru, tudung hitam. Badan dia montok. Memang jadi habuan lah. Si mamat sorang tu macam nak cium dia, deorang gilir2 raba punggung budak tu. Budak tu tunduk, diam. Takut.

Mula-mula saya rasa marah. Tapi tak tau nak buat apa. Depan saya ada sorang mamat Melayu, tinggi, tapi dia buat2 tak nampak. Ramai lagi yang perasan, tapi semua buat bodoh. Yang perempuan, laki. Melayu, India, Cina. Semua pura-pura tak nampak ada gangguan seksual. Saya rasa geram gila. Pastu saya tanya budak tu ‘OK tak?’ saya berniat nak tolong dia. nak suruh dia tukar tempat ke. Tapi dia diam. Dia pandang tempat lain taknak jawab soalan saya. Seolah-olah saya tanya dia ‘Best tak?’

Paling best, tengah2 antara stesen Segambut dengan Putra, tren tu mati dalam 10 minit. Biasalah KTM, kalau tengah jalan tak mati memang tak sah. Lagi mahsyuk la budak tu kena raba. Yang ketua geng tu tangan dah naik pegang tiang tu, kepung budak tu. Budak tu tak boleh bergerak. Belakang dia dah kena tenyeh2 dengan warga asing.

Masa ni semua orang pandang, lepas tu pandang arah lain. Saya pandang je warga asing tu, lepas tu deorang pandang balik. Muka macam nak tikam orang. Saya fikir, kalau deorang tarik perempuan ni turun pun satu tren akan buat bodoh. Tak pun deorang rogol budak ni dalam tren pun, penumpang lain akan buat2 tak nampak dan akan pandang tempat lain.

Masa tu dahlah saya tak sarapan lagi, so rasa tension tu menyebabkan rasa nak muntah. Berani sungguh deorang ni. Tak lama lepas tu, yang mamat ketiga pulak duduk belakang budak perempuan tu. Damn! Puas hati dia raba budak tu. Hambek kau! Yang pelik, takde sapa nak marah deorang. Semua buat buta. Semua buat pekak. Yang perempuan tu pun diam membisu, nak nangis.

Dekat setengah jam lepas tu, dekat stesen mana entah, baru deorang turun. Budak perempuan tu pulak turun 2-3 stesen lepas tu. Dah habis maruah diri. Oh. Kalaulah benda ni berlaku hari-hari. Masa tu saya buat penilaian sendiri tentang masalah sosial ni.

1. Macam kita tau, KTM komuter lah sistem pengangkutan awam paling tak efisien. Bila tak efisien, jadi padat,penumpang tak selesa. Kena raba, bau busuk, lambat sampai destinasi. Oh ho. Bilalah nak improve? Keadaan tren yang padat memberi peluang untuk gejala sosial, tapi semua orang buat tak tau, buat2 buta.

2. Perempuan pun dah ada koc wanita nak masuk jugak tempat laki. Tak taulah kenapa. Yang ni masih tak dapat difahami sebab saya tak tau apa keadaan koc wanita. Busuk ke, bosan ke. Tak pernah naik. Tak tau kenapa ada segelintir wanita taknak duduk dekat tempat yang dikhususkan untuk mereka. Kalau kena sexual harassment salahkan lelaki, tapi sendiri tak mau beware.

3. Rakyat Malaysia memang best. Untuk mengalahkan satu tren, Cuma perlu 3 orang warga Indonesia, semua dah diam. Yang perempuan, kalau cakap pasal hak berapi-api. Bila kaum sendiri kena raba buat2 tak nampak. Masa ni saya rasa marah dekat semua orang dalam tren tu. Mamat tinggi yang depan saya tulah paling dekat dengan budak pompuan tu, tapi dia buat dek je. Perempuan India dua orang, lelaki-lelaki lain. Kalau berlaku setiap hari dalam tren memang tak heran, deorang pun dah berani buat sebab rakyat Malaysia semua buat bodoh bila ada orang kena cabul.

4. Masalah lambakan warga asing. Sampai bila lagi? Tepuk dada. Deorang pun manusia, ada nafsu. Tapi tahap mentaliti lain. Sebusuk2 lelaki Malaysia pun, deorang takde buat hal macam ni. Mencabul wanita dalam tren secara berjemaah. Kita pun sedia tau warga asing antara penyumbang besar masalah sosial, kadang2 lebih dahsyat dari warga Malaysia.

sekarang saya fikir. Kalau saya yang tolong dia tadi camne? Adakah penumpang lain, especially lelaki akan backup saya? Atau deorang buat dek dan 3 orang warga asing tu pukul saya tanpa sebarang masalah? Ataupun budak perempuan tu sebenarnya suka diraba, sebab tu dia taknak duduk dalam koc wanita? Tak taulah. Kita yang nak menyelamat pun dalam dilema. Kesimpulanya, kita buat2 bodoh jugak. Biar jadi macam kes budak kecik kena langgar lari dekat China.

***

Dan ini pula respon saya:

1. Apa yang perlu dibuat sekiranya anda (perempuan) terperangkan dalam situasi seperti atas ni? Lari daripada situ dan kalau dihalang menjerit. Cuba dapatkan perhatian semua orang dalam tren tu. Kalau anda berdiam diri dalam ketakutan dan membiarkan sahaja diperlakukan sebegitu, orang nak tolong pun fikir dua tiga kali. Jangan takut. Menjerit je, mesti ramai orang nak tolong.

2. Sebenarnya koc wanita tak menyelesaikan masalah ini sebab saya sendiri pernah terdengar yang koc wanita pun digunakan oleh golongan seperti warga asing ini.

3. Apa yang sedang berlaku di negara kita ialah, kita terlampau takut dengan golongan pendatang ni. Contoh mudah, orang Indonesia datang nak bekerja sebagai pembantu rumah, kita seboleh-boleh nak bertutur dalam bahasa dia untuk berkomunikasi padahal mereka yang datang ke negara kita untuk bekerja, sepatutnya merekalah yang faham dan boleh bertutur bahasa Malaysia. Kalau dari segi bahasa pun kita dah mengalah, apatah lagi bila terjadi kes-kes macam ni. 3 orang je, satu tren dah kecut perut tak nak ambil tahu.

4. On a side note, saya pernah menyaksikan kejadian sama di dalam metro di sini. Tapi dalam hal ni, kedua-dua pihak (1 perempuan 3 lelaki) memang rela. Budak-budak sekolah.. Dah macam Moscow pulak kan…

5. Ambil berat. Rasanya kalau di negara orang putih yang bertamadun sikit, bila nampak sesuatu yang tak kena berlaku expecially dalam public, orang sekeliling akan bertanya samada semuanya ok atau tidak. Orang kita memang ambil berat, tapi lebih kepada perkara seperti artis pakai bikini french kissing kat Tioman ataupun artis yang pakai tudung sekali tiba-tiba ada gambar tak pakai tudung. Kecoh. Agak-agak kalau one fine day gambar tak pakai tudung artis macam Heliza Helmi tu leak kat internet rasanya memang kecoh satu dunia hiburan (blog, Melodi, Twitter dan sebagainya). Tapi bila orang kena cabul depan mata, sorang pun haram tak nak ambil kisah.

6. Masalah pekerja asing takkan selesai. Mana-mana pun dalam dunia ni memang ambil pekerja asing sebab murah. Selagi ekonomi tak maju, selagi itulah kita memerlukan pekerja asing untuk menjimatkan kos dan melipat gandakan keuntungan syarikat-syarikat besar. Anak muda Malaysia mana nak kerja kontrak kat bandar? Memang takde la.. Ada yang lagi sanggup menganggur.

7. Pengangkutan awam yang paling dibenci adalah komuter. Lembab dan kadang-kadang terlalu sesak.

8. Masih tak faham kenapa perempuan tu bodoh sangat tak lari je daripada situ.. Ada sesiapa boleh terangkan?

Baca entri penuh: Dilema Warga Asing & Penyelamat

 

Comments

  1. says

    Pertama sekali sokong respon no.1 dan no.5… ;)
    Keduanya….perempuan tue tak mengelak mungkin masing2 ada sejarah hitam…bila berterus terang org tak percaya..sebaliknya kita yang dikatanya menggatal…
    Mungkin juga…time tu otak tak dpt berfikir dek terlalu kejang dan takut kot….
    Mungkin juga malu tak bertempat…dan tak pandai bg isyarat utk loloskan diri…
    Mungkin juga perempuan tue kena ugut dlm senyap ke..

    Huhu pjg pulak. ..Apa pun..wahai kaum ku..keluar mana mana bawaklah pen payung ke…huhu…mcm saya…hoho.. DONE..
    Entri terbaru Miss Meen >> ll Beli Buku llMy Profile

  2. jajaohgon says

    ishhh geram plak aku baca budak ppuan ni kena ratah ngan mamat indon… kalau aku ada time ni mesti aku jerit “woii korang buat apa tue hah!!…”

    perempuan2 semua mmg patut belajar seni mempertahankan diri kan?…

  3. says

    Agak sedih bila tak hiraukan kan rakyat sendiri kena cabul. Nasib baik di kelantan takde komuter ni, aku sendiri tak pernah merasa naik komuter. Kalau kereta api tu ade la. Tapi memang dah cukup seat utk setiap orang, tak perlu berasak melainkan hari perayaan.
    Entri terbaru Hisyam >> Google Update Page RankMy Profile

  4. says

    sedih ak baca cerite nie…budak pmpuan tu cam redha je kene camtu….bak kata layan je ape yg mamat tu wat kat die… aku setuju pasal jerit tue… kalau ak ada dalam tu jugak pada masa tu mungkin aku fikir tu antara balak n makwe kot sbb pmpuan tu tak jerit redha je…cube die jerit maybe orang tau gak die di cabul bukannya suka-suka buat…. tu secara kasarlah aku rasa :)
    Entri terbaru Kazen >> Wordless Wednesday 17 | Istana Kesultanan MelakaMy Profile

  5. says

    Aku pernah jumpa bangla tgh high mulut bebuih sket2 dlm LRT(bukan komuter..LOL) duduk dan asyik nak rapat ngan pompuan. mmg pelik pompuan2 kat malaysia nie.. kalau boleh duduk tu mmg xnak berganjak dah walaupun pendatang asing kat sebelah tu dah laloq stim nak rapat2 gesel bontot. Pompuan tu ganjak pun setakat kesot punggung x sampai 1 inci. Best sgt kut duduk sambil diusik org.. terasa kecantikan dorg sangat dihargai agaknya.

    Aku pun try call rapid careline tu, not on service la pulak. Ghupa office hour ja boleh call. Sampai ja Stesen BTS aku pi repot kat polis bantuan yg on duty kat stesen tu. Bagitau gerabak ngan nombor tren. Baju apa seluar apa… pastu dorg cakap.. “terima kasih dik, nanti kitorang tengok dia kat stesen seterusnya”. The rest of the story aku taktau lah apa jadi… aku expect case settle lah. Polis usung dia pi laloq tempat len dah kut. :P
    Entri terbaru Anwar Osman >> Maxis Postpaid changed to Hotlink PrepaidMy Profile

  6. says

    sedih kecewa geram nak pukul orang kesian dan macam2 lagi yg datang kat fikiran aku bila baca cerita ni..

    bila warga kita pun dah tak ambil endah akan hal orang lain..macam ni la jadinya..

    sepatutnya si pencerita tadi tu ajak la lelaki yg tinggi tu sama2 tolong bdak pompuan tu..ni tak semua duk membisu..kesian..
    Entri terbaru paihujey >> Semoga Berjaya MalaysiaMy Profile

  7. firdaus92 says

    ape nak di takutkan dgn mat indon tue…blom buat tindakan ap2 dh buat kesimpulan sendiri…klow aq ada time tu mmg siapla si peraba tue..org MAS ke Indon…siapla sup kaki jwb nya…pada aq ni adlh masalah ATTITUDE rakyat Mas sendiri…langsung xde sensitiviti thdp prkr yg blaku d sekeliling…time blaja sivil dlu bwt ap agk nyer….-_-`

  8. says

    Kalau aku maybe dh sound mamat indon tu walaupun tahu risikonya. Penah sekali aku sound geng arab dalam cinema kt pavi sebab buat bising mcm tgk bola kt mamak

  9. says

    Rakyat Malaysia sekarang nih tak macam dulu. Risau akan bala yang timpa jika beri pertolongan kepada orang lain terutama yang sedang dianiaya. Cuba keadaan ni dibuat masa 15 tahun lepas, mau tak lunyai kena lanyak dengan orang sekeliling ataupun cuba la kacau anak dara orang dekat kampung, memang tak keluar dari kampung la jawabnya.

    Pernah dulu masa belajar ternampak perkara macam ni depan mata. Waktu tu dengan kawan-kawan. Plan nak berjalan-jalan ke Plaza Kota Raya naik Komuter. Bila nampak warga asing membuat onar semacam ni dalam komuter, memang tak cukup tanah kami kerjakan. Siap bawak pergi balai. Bila sampai dekat balai, baru tau yang warga asing ni takde IC. Memang silap dia buat kerja terkutuk tu waktu kami semua ada dalam komuter tu. Tapi memang betul, semua hanya mampu tengok dan pandang je. Takde sesapa yang berani ambil tindakan.
    Entri terbaru Sobri Mansor >> Kemalangan…. minta dijauhkanMy Profile

  10. says

    B3njy pernah juga nengok perkara macam ni tetapi bukan di komuter tetapi d perhentian bas. Ada seorang mamat afrika sedang ayat wanita melayu sampai muka dia dah dekat ngan pipi pompuan tu. Pompuan tu pula macam tak layan tetapi tak nak pergi tempat lain still duduk situ juga walaupun dia nampak gelisah … B3njy yang kat belakang nengok geram betul nak mampos nengok mamat afrika tu. Dalam hati B3njy kata kalau pompuan tu kena raba dan menjerit sah kaki B3njy lompat atas kepala mamat afrika tu. masa tu B3njy dan standby dah kuda-kuda lagi pun mamat afrika tu seorang je … malangnya insiden aksi ala KL Ganster tu tidak menjadi kerana bas dah sampai dan pompuan tu terus naik bas tu. Mamat afrika tu pun berlalu dari situ dan tinggallah B3njy sorang2 … potong stim betullah … Dalam kes di komuter tu b3njy rasa budak pompuan tu bodohlah ! apahal tak pergi je dari situ … aduiii ! … kan dah naya tu ….
    Entri terbaru b3njy >> MEMBERSMy Profile

  11. says

    Sebelum komen panjang-panjang pasal perkara di atas tu, tertanya benda yang sama macam kamu. Kenapa dia tak lari? Or at least menjerit? Perempuan secara normalnya akan menjerit atau mengelakkan diri daripada didekati oleh orang tak dikenali (tak kira lelaki atau perempuan). Terlanggar bahu atau tergesel punggung di dalam LRT/bas pun dah tarik muka dan elak, tapi kenapa dia berdiam diri?

    Kena ugut?
    Dipaksa?
    Entahlah. Dia sendiri yang tahu jawapannya.

    Cuma mahu kongsi apa yang jadi suatu ketika dulu. Dalam bas, kebanyakannya lelaki sebab masa tu outing budak lelaki di matrikulasi. Sebab tak dapat duduk, diri, pegang tiang dalam bas. Ahad macam biasa, bas akan penuh dengan segala pendatang asing dan budak lelaki matrikulasi. Bila pegang tiang tu, ada pendatang asing yg pegang juga tiang tu. makin lama, makin dia nak rapatkan tangan. Kita yang takut ni dah pandang keliling, tapi semua buat muka tak tahu. Alihkan tangan, orang tu tengok lain macam. Alhamdulillah, ada seorang lelaki Cina yang lembut, sama kuliah, bangun dan suruh saya duduk di tempat dia. Dia kata dia tak tahan tengok perempuan dikacau.

    Mengerikan. Bila sampai destinasi, yang Bangla berebut keluar dari bas guna tingkap. T__T Yang lain lagi sadis haih. Sekarang bila ada kereta sendiri, cukup bersyukur tak lalui benda tu semua lagi. Paranoid.
    Entri terbaru Lord Zara >> #WW13 : Bantal Terbaik Lelaki Dan Perempuan?My Profile

  12. says

    tak paham dengan respon budak pmpuan tu.adehhhhh.

    since ada koc wanita,mmg tak penah jejak masuk koc lain. even terpaksa bhimpit + tpaksa tahan bau2 yang macam2 hado tu,sangguppp je masuk situ daripada masuk koc biasa yg mmg jelas2 penuh dengan warga asing. -.-
    Entri terbaru namaakulynn >> #ww : tweet tweet.My Profile

  13. says

    sepatutnya AR la jadik HERO! … haha~ kesian budak tu kene lauk… nak salahkan siapa? wanita tu…warga asing… dan penumpang! semua bersalah! bagi aku la…. :) (…mampos aku kene hentam!)
    Entri terbaru alyrds >> Entri dari Ubuntu!My Profile

  14. says

    Saya gak terfikir kenapa budak tu tak lari terus masa mula2 kena raba?At least, lari secara spontan.Sesak sangat sampai tak boleh lari.Kalau nak sound, kena pakat2 dengan orang lain berdekatan supaya backup.
    Entri terbaru jeff >> 5 jenis handphone dual simMy Profile

  15. says

    Ntahlah.. Dah semakin ramai berani mereka buat angkara.. Rakyat kita pula tak bersatu.. Sepatutnya ada cctv kat dlm tu.. Lepas tu masuk dlm youtube..
    Nama negara kita naik le cam kes yang kat negara China tu……..
    wallahualam… harap2 kita diberikan kekuatan kalau berdepan situasi ni..

    tentang lambakan warga asing ni pun satu hal.. mereka tak takut dengan undang2 negara kita.. lebih2 lagi yang PATI dan tak boleh nak kesan,.,. memang payah la.
    Entri terbaru zool >> Wordless Wednesday #Pertemuan semula sahabatMy Profile

  16. says

    point pertama tu.
    Mungkin tak efisyen, tapi KTM lah yang menjadi kenderaan kalau nak balik rumah dari asrama, kalau nak jalan-jalan gi KL.

    tapi still, pompuan tu yang noob sangat kenapa ? koc wanita ada -.- Selesa gila.
    Entri terbaru Zala Wajik >> Wordless Wednesday #19My Profile

  17. nik says

    berikut saya listkan apa mat bangla/indon bawak dalam train??
    (a) steel piping yg panjangnya lebih 2m
    (b) fitting2 utk plumbing dalam beg guni
    (c) alat pemotong piping
    (d) peralatan-peralatan lain yg digunakan di site

    kesian rakyat sendiri terpaksa naik komuter camni & kongsi space dgn benda2 yang x sepatutnya ada dalam sebuah komuter. apa akan jadi kalau benda tu digunakan oleh orang2 yang x bertanggung jawab dalam tarin utk peras ugut ker, gaduh ker???

    Sampai pula kat kawasan setinggan, adalak mat saleh dalam train amik picture pasal kawasan setinggan tu complete dengan yang tengah mandi kat luar umah…adus..

    malu sangat masa tu rasa cam nak terjun komuter

  18. nizamkawaii says

    komuter lembap? saya sangat setuju tu. tp kan dalam bab kena raba, takpenah lagi saya tengok. selalu sy amek komuter dari KL sentral – Shah Ala. duk berasak stendet la. maybe s.alam takbanyak warga asing kot. mostly naik pun student je. tp terkejut la bila dapat tau mcmni. terus dalam hati ckp: OMG! nampak sangat betapa tak alertnya orang kita. tapi nak salahkan 100% pun takleh gak. gler kau kalau kena kejar blk ngn mereka2 tu. haish. ngeri beb. dah la semalam dalam TV ada kes student Malaysia kena tetak kat Malang.