Waktu Paling Sesuai Untuk Semak Semula Jumlah Perlindungan Asas Takaful – Sekarang!

Dah lama sebenarnya saya nak bercakap tentang takaful dalam blog ni. Rasanya sekarang masa yang sesuai nak tulis lebih-lebih lagi bila dah ada keperluan untuk saya semak semula perlindungan yang saya ada.

Mungkin anda semua akan tertanya-tanya, kenapa perlu semak semula? Bukankah masa ambil takaful dulu dah buat perancangan yang sewajarnya? Betul, tapi kadang-kadang kita tak ambil kira situasi yang kita tak rancang untuk berlaku.

Contohnya, kalau dulu rancang pelan takaful untuk seorang anak dan isteri sahaja, anak kedua mungkin lambat lagi. Jadi kita ambil perlindungan ikut perancangan dan bajet yang ada masa tu.

Tiba-tiba dapat anak kedua (bukan isteri kedua…), perancangan asal dah berubah, tanggungan bertambah, keperluan takaful juga bertambah. Pendapatan dulu pun dah tak sama dengan sekarang. Jadi sesuai sangatlah review balik perlindungan yang ada.

Dan suka untuk saya ingatkan bahawa sebaik-baiknya kadar asas perlindungan yang ada bagi ketua keluarga adalah 10 kali pendapatan tahunannya. Jadi kalau pendapatan tahunan RM100,000, kadar perlindungan asas yang perlu disediakan adalah sebanyak RM1 juta.

10 kali ganda tu tak banyak ke? Banyak.. cuma cuba anda bayangkan macam ni, bila ketua keluarga masih hidup, pendapatannya menjadi asas kepada gaya hidup / lifestyle keluarga tersebut. Mungkin dapat hantar anak ke kelas atau aktiviti luar sekolah, setahun sekali dapat pergi melancong ke luar negara, makan pakai semua cukup.

Apa akan berlaku bila ketua keluarga tu tiba-tiba ditimpa musibah atau meninggal dunia masa anak-anak masih lagi bersekolah? Yang paling teruk terkesan mestilah anak-anak sebab selama ni dah terbiasa dengan cara hidup lama yang ditampung pendapatan ayahnya.

Di sinilah kadar perlindungan asas yang mencukupi memainkan peranan yang besar. Walaupun mungkin tak cukup untuk tampung sehingga anak-anak tadi dapat menamatkan pelajaran dan bekerja, sekurang-kurangnya hidup anak-anak taklah terjejas teruk selepas kehilangan bapanya.

Kasih sayang tak ternilai harganya dengan wang ringgit, tapi sekurang-kurangnya dengan pampasan yang besar, dapatlah mengurangkan beban anak dan isteri untuk meneruskan hidup.

Kalau pampasan tinggi, bayaran bulanan pun mesti tinggi kan? Tak semestinya. Baru-baru ini saya diperkenalkan kepada pelan i-Gr8 Harapan daripada Great Eastern Takaful. Kelebihan utama pelan ni ialah dengan hanya RM2 sehari, boleh dapat perlindungan sehingga RM1 juta.

Sangat berpatutan dan sesuai untuk sesiapa sahaja tak kisahlah dah ada pelan takaful sedia ada ataupun baru nak ambil. Antara kelebihan pelan ini:

• Kadar jumlah perlindungan tinggi dengan bayaran caruman bulanan yang mampu milik
• Kadar jumlah perlindungan asas antara RM100,000 – RM500,000
• Jumlah perlindungan asas akan dibayar sekiranya mengalami kecacatan kekal (hilang upaya penuh dan kekal) sebelum umur 70 tahun
• Kadar perlindungan asas akan dibayar sepenuhnya sekiranya meninggal dalam tempoh perlindungan
• Manfaat kematian akibat kemalangan di mana tambahan 200% kadar perlindungan asas sekiranya kemalangan berlaku di dalam negara dan 300% sekiranya di luar negara

Pihak Great Eastern Takaful juga menyediakan khidmat badal Haji bagi memastikan kewajipan Haji pemegang sijil ditunaikan sekiranya meninggal dunia dalam tempoh perlindungan.

Nota: Manfaat tertakluk kepada terma & syarat

Pelan ni datang tepat pada masanya sebab saya memang mencari pelan yang mempunyai kadar perlindungan yang tinggi dengan kadar caruman yang berpatutan. Bagi yang berminat, saya cadangkan anda terus berjumpa wakil Great Eastern Takaful kerana pelan ini hanya dibuka sehingga 31 Oktober sahaja. Produk yang bagus biasanya terhad dan eksklusif, jadi jangan buang masa.

Bagi anak-anak muda terutamanya yang baru berkeluarga, pastikan anda mempunyai kadar perlindungan asas yang secukupnya. Ini adalah keutamaan berbanding manfaat lain pelan takaful yang ada di pasaran. Musibah datang bila-bila masa sahaja, tak kiralah umur, tempat dan waktunya.

Saya sendiri baru kehilangan seorang rakan yang lebih muda daripada saya beberapa bulan lepas akibat daripada kemalangan motosikal. Beliau meninggalkan isteri dan seorang anak. Mujur dia ada sedikit perlindungan dalam lingkungan ratusan ribu.

Our Time is Now, jangan berlengah. Lepas ni terus cari Takaful Advisor, evaluate keperluan dengan pelan yang ada dan kalau perlu, top up. Sebab kalau tak buat sekarang, sampai bila-bila pun kita akan lupa. Itu mesej daripada CEO Great Eastern Takaful, Encik Shahrul Azlan Shahriman semasa saya menemubualnya berkaitan pelan i-Gr8 Harapan.

Leave a Reply