Kehidupan Di Celah Bandar Moscow (Siri 20) – Waktu Imsak & Berbuka Puasa Moscow – Puasa 18 Jam

Orang Kanada puasa 16 jam, tapi orang Moscow lagi mantap. 18 jam terus. Ko ado?

Kepada sesiapa yang kononnya nak diet, nak kurus cepat, itu ini, meh datang puasa kat Moscow. Sini bazar Ramadhan pun takde. Aku gerenti korang boleh hilang paling kurang 5 kilo kalau sebulan puasa cukup. Tak payah dah beli produk-produk menipu kat luar tu.

Nota yang disediakan sekali dengan jadual tu: Fajr means both Fajr Athan (azan Subuh) and Imsak (starting fast) and Maghrib means both Maghrib Athan and Iftar (breaking fast). Jadi total waktu puasa minimum 18 jam.

Paling teruk budak junior la sebab kena pergi kelas sepanjang hari. Aku duduk bilik je, tapi esok-esok kalau takde program pergi merempit dengan gokart kot.

Kepada yang ponteng puasa kat Malaysia tu, anda sangatlah fail. Ada orang lain puasa lagi lama daripada anda.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

46 Comments