VW Tiguan – SUV Terbaik

Saya memang dalam perancangan untuk upgrade daripada kereta sedia ada sekarang kepada sesuatu yang lebih besar. Walaupun kami hanya bertiga buat masa ni, untuk jangka masa panjang upgrade ni adalah sesuatu yang diperlukan. Jadi elok rasanya saya plan awal dan kaji pilihan yang ada di pasaran.

Good thing Volkswagen Malaysia menjemput saya untuk mencuba sendiri SUV Tiguan versi terbaru mereka. Check out apa yang saya boleh katakan tentang SUV ini.

Rekabentuk / Design

Tema rekabentuk Volkswagen sentiasa clean dan tidak terlalu garang, memang nampak macam kereta keluarga. Pada pendapat saya, design VW Tiguan ni tidak maskulin dan tidak pula feminin, just nice in the middle menjadikannya sesuai untuk dipandu oleh sesiapa sahaja, lelaki atau perempuan, tua atau muda.

Design elemen yang clean dan fresh pada Tiguan ni yang menampakkan pemandunya sentiasa kelihatan muda dan segak. Walaupun design mereka boleh dikategorikan sebagai safe design, sebenarnya susah nak bosan dengan rekabentuk Tiguan ni.

Choose the right color yang bersesuaian dengan personaliti anda. Warna putih is always safe, tapi kalau saya diberi pilihan, saya akan ambil warna hitam. Memang menawan. Kalau anda pernah nampak Volkswagen Tiguan baru berwarna hitam di atas jalan, anda akan faham kenapa saya suka warna hitam.

Ruang / Space

Bila ‘panjat’ naik (agak tinggi) kereta ni, memang rasa luas dan selesa. Tak menghairankan kerana Tiguan ini direka semula daripada versi sebelumnya sehingga ke milimiter terakhir untuk mengoptimakan ruang dalaman kabin dan ruang bagasi. SUV adalah pembelian untuk kegunaan jangkamasa panjang seisi keluarga, jadi ruang dalaman amat penting dalam membuat keputusan pembelian SUV.

Ruang bagasi Tiguan adalah yang paling besar berbanding pesaingnya menjadikan kenderaan ini sesuai untuk kembara dan balik kampung.

Tempat duduk belakang boleh dibaringkan flat untuk mendapatkan ruang bagasi yang lebih besar. Nak pergi shopping kat IKEA? Tak payah dah panggil lori untuk angkat barang sebab semuanya boleh muat dalam Volkswagen Tiguan.

Terdapat banyak ruang penyimpanan barang di tempat duduk hadapan dan belakang, sesuai untuk mereka yang suka organize barang dalam kereta.

Enjin

This is the part I love the most. VW Tiguan diperkuasakan dengan enjin pengecas turbo bersesaran 1.4L dengan kotak gear jenis basah direct shift (DSG) 6-kelajuan. Ini bermaksud, SUV besar macam ni pun boleh pecut dengan mudah bila keadaan memerlukan dan pada masa yang sama jimat petrol. How nice is that kan.

Bagi yang memang drive dalam bandar hari-hari, enjin cergas macam ni sangat sesuai.

Memang bosan kalau kenderaan yang dipandu rasa under-powered daripada yang sepatutnya. Saya jamin anda takkan menghadapi masalah ini dengan VW Tiguan. Pada saya, biarlah kenderaan seronok dan puas untuk dipandu hari-hari sebab kereta ni bukan nak pakai sekejap, bertahun-tahun jugak kan.

Ciri Keselamatan

When it comes to safety senang cerita memang takde yang tak cukup. Enam beg udara, Electronis Stability Control (ESC), ABS dan Brake Assist, Multi-collision Brake, Intelligent Crash Response System (ICRS) dan Electronic Parking Brake (EPB) dan hill-hold control antara ciri keselamatan yang ada pada VW Tiguan.

Most important nak pasang baby chair Naurah senang sebab cagak Isofix dia tak tersorok dalam seat. Senang nak keluarkan dan pasang balik seat bila nak basuh.

Saya tak risau sangat pasal ciri keselamatan VW Tiguan ni. Semuanya lengkap.

Aircon Belakang

Saya rasa semua kereta kat Malaysia ni perlu ada aircond belakang. Dengan keadaan cuaca Malaysia yang sememangnya panas, benda ni memang tak boleh takde dalam kereta. Aircond belakang bukan sesuatu yang remeh pada saya dalam memilih kereta ni.

Aircond belakang yang terbaik adalah yang mempunyai dedicated climate control sendiri, iaitu boleh set sendiri berapa suhu kita nak.

Ruang belakang kenderaan biasanya lambat sejuk berbanding ruang depan, jadi dengan adanya dedicated climate control untuk ruang belakang, tak jadi masalah dah. Boleh set sendiri ikut keperluan dan keselesaan.

High Tech

Setiap ceruk dalam VW Tiguan ni dilengkapi dengan teknologi tinggi. Bila memandu, takde lagi dah speedometer tradisional. Semuanya digital sekarang dengan paparan AID (Active Info Display) dan boleh customise ikut keperluan dan kesukaan. Boleh paparkan map atas TFT supaya mata dapat fokus ke hadapan semasa memandu.

Everywhere ada LED daripada adaptive headlamp, lampu belakang, ambient lighting pada garis pintu, lampu belakang dan environment lighting pada side mirror.

Satu ciri yang best pasal adaptive headlamp ini ialah kalau nak masuk simpang, lampu akan adjust pada simpang yang kita nak masuk supaya lebih terang. Sama juga kalau lalu jalan yang bengkang-bengkok. Headlamp akan pancarkan cahaya ikut curve jalan. More visibility = lebih selamat.

Lampu ni semua boleh disetkan pada mod automatik, jadi tak perlu susah-susah cari tombol untuk pasang lampu, atau pun wiper masa hujan. Feature yang kecil-kecil macam ni menjadikan experience memandu VW Tiguan ni macam memandu kereta mewah. Small things matter.

Overall

Kesimpulannya, this is a great SUV. Kalau anda sedang mencari SUV, wajib try Volkswagen Tiguan sebab ia adalah antara yang terbaik or if not, the best SUV dalam pasaran. Kalau nak beli sekarang ada diskaun RM5,000 untuk Comfortline.

Yang saya pandu ni Highline, love it for the added kit dan harga yang ditawarkan memang justified untuk menjadikan pemanduan dan penumpang anda lebih selesa sepanjang perjalanan. Memang berbaloi!

Kalau boleh saya nak simpan terus VW Tiguan ni. Jatuh cinta kali pertama. Wife pun suka. Tak taulah bila boleh jadi kenyataan.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

6 Comments

  • Àkusstylr

    30 August, 2017 at 1:24 am

    Kalau boleh tuan ariff next entry details kan tentang harga dia, kos servis berapa ++, penggunaan minyak /km berapa. Sebab biasala rakyat kita kalau ambik kira byran bulan shja +minyak kadang2 lepas tiap2 bulan.. cuma bila bab servis stp 5k or 10k tu yg rabak poket. Tak termasuk lg dgn ins+roadtax stip tahun… hehe terima kasih..😊😊

    • Ariff

      30 August, 2017 at 3:29 pm

      Tentang teknikal macam penggunaan minyak tu saya tak sentuh sebab cara review saya lebih kepada sebagai pengguna biasa. Basic idea is, enjin lagi kecil, lebih jimat. Berdasarkan data yang diberi oleh VW, fuel efficiency 6.7l/100km.

      Servis around 12 bulan / 15,000 km. Harga servis around RM600 – RM900 dan RM3000 – RM4000 untuk major service (4 tahun sekali).

      Insurans bergantung pada company, profile pemandu dan sum insured. Roughly dalam RM2-3k setahun. Road tax murah je sebab enjin kecil. RM70 setahun.

      My advice, test drive dulu