Volkswagen Polo 1.6 Baru @KLIMS 2013

ariff-shah-polo-2

Dapat jemputan daripada Volkswagen sempena KLIMS 2013. Memang merancang nak beli VW pun as my first car. So, memang tepat pada masanya lah invitation ni sampai.

Sangat berminat dengan Volkswagen Polo 1.6. Spesifikasi dia sama je macam Polo Sedan, cuma body je hatchback which is good sebab lagi ringan (kurang 100kg daripada versi sedan). Lagipun, first car dan masih muda remaja, kenalah pakai kereta yang ada gaya sikit. Sedan untuk orang tua je. hoho..

ariff-shah-polo

Dijangkakan harganya nanti ¬†kurang daripada RM90,000. Agak kompetatif sebab dipasang di Malaysia (CKD). Dari segi kualiti, saya yakin dengan jenama VW sebagai sebuah pengeluar kereta terkemuka dunia. Lagipun Polo adalah sebuah produk yang dah bertapak lama, it’s a proven product.

Official price Polo 1.6 ni akan diumumkan semasa pelancaran rasminya Januari 2014 nanti. So tengoklah macam mana. Walau bagaimanapun, pre-order dah dibuka masa KLIMS.

Selain itu, VW pamerkan sebuah cut-out model Golf GTI Mk.7. Tujuannya adalah untuk menunjukkan apa yang mereka telah improve dari versi Mk.6. Basically apa yang mereka buat ialah menggunakan material yang lebih ringan dan kuat serta kaedah rekabentuk yang pintar untuk memberikan ruang dalaman kereta yang paling luas berbanding pesaingnya.

golf-cut-out

Golf GTI is my first choice. For a start, Polo pun cukup dah. Tengoklah tahun depan macam mana.. Apa kata korang? Sesuai tak VW Polo ni dengan Ariff Shah? especially yang warna merah :p

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

17 Comments