Kad Visa Maybank Tidak Diterima Untuk Pembelian Online di Luar Negara

[Update] 2 panggilan diterima hari ini (kurang daripada 24 jam sejak entri ini diterbitkan) daripada pihak Maybank untuk cuba menyiasat masalah ini. Daripada hasil siasatan mendapati, tiada maklumat transaksi dihantar ke Visa ketika saya cuba menggunakan kad tersebut. Ini bermaksud, berkemungkinan besar masalah berpunca daripada laman web di mana kad tersebut digunakan.

Kepada yang pernah menghadapi masalah dinasihatkan supanya melaporkan kepada pihak Maybank melalui Twitter (@myMaybank) supaya ianya dapat disiasat. Satu lagi adalah dengan menghubungi talian khidmat website tersebut (sekiranya ada) dan cuba melakukan pembayaran melalui telefon.

Terima kasih kepada pihak Maybank kerana cepat bertindak untuk menyiasat tentang perkara ini. Sesungguhnya, kualiti perkhidmatan seperti inilah yang diperlukan oleh pengguna.

***

Masalah ini saya sedar ketika saya gagal membeli tiket kapal terbang ke Saint Petersburg tempoh hari. Apa yang ironi adalah, pembelian pernah dilakukan di syarikat penerbangan yang sama (Aeroflot) ketika saya membeli tiket ke Jerman dulu. Pembelian pada masa itu dilakukan online tanpa sebarang masalah walaupun tiket yang dibeli adalah 2 hari sebelum tarikh penerbangan.

Baru-baru ini, ada juga rakan yang memberitahu bahawa kad tersebut juga tidak diterima untuk membeli tiket secara online daripada sebuah laman web syarikat penerbangan Jerman. Masalah yang sama dihadapi, seolah-olah nombor kad Visa daripada Maybank tidak sah untuk digunakan pada sebarang transaksi online di sini.

Kalau dah Visa tu, sepatutnya ia diterima di mana-mana merchant yang menerima transaksi daripada rangkaian tersebut, samada offline ataupun online. Itulah sebabnya orang guna kad, untuk memudahkan urusan pembayaran.

Oleh itu, saya mencadangkan kepada sesiapa yang ingin ke luar negara, silalah pastikan anda mempunyai pilihan kad daripada bank lain sebagai back up. Seeloknya, gunakan bank yang mempunyai cawangan di seluruh dunia.

Harap pihak Maybank dapat menyelesaikan isu ini untuk menjaga kualiti perkhidmatan dan produk anda.

Bantu saya dapatkan hadiah tamat belajar. Sila klik

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

19 Comments