Nak ajak mereka yang sebaya dengan saya untuk menonton video ini. Saya setuju 100% dengan apa yang cuba disampaikan dalam video ini.
Krisis Harga Rumah
Perkara ini memang tak boleh disangkal lagi. Krisis harga rumah yang terlampau mahal sedang berlaku sekarang ini. Sekarang ni rumah dan hartanah bukan lagi keperluan, tetapi adalah komoditi di mana dia dibeli atas tujuan untuk menjana keuntungan berbanding untuk dibuat tempat tinggal.
Bila perkara macam ni berlaku, kita selalu bertanya, salah siapa?
Adakah ia merupakan kesalahan kepada pemaju perumahan yang meletakkan harga yang terlampau tinggi? Untuk pengetahuan semua, kebanyakan projek perumahan yang baru ada akan dilancarkan sekarang menggunakan konsep forward pricing di harga rumah disitu dikira berdasarkan potensi kawasan tersebut pada masa hadapan.
Contohnya, kalau ada pengangkutan awam seperti LRT atau MRT yang bakal dibina, harga yang diletakkan adalah tinggi dan biasanya tak terjangkau oleh orang kebanyakan seperti anda ataupun saya.
Wajar ke macam tu? Pada mata pemaju, wajarlah sebab kalau mereka tak letakkan harga semaksimum yang boleh, dah rugi kat situ. Anda kena tahu kebanyakan pemaju perumahan adalah public listed company di mana sebahagian saham mereka diniagakan di bursa saham. Kalau prestasi syarikat tak meningkat (keuntungan berkurangan) pelabur yang lagi dan harga saham mereka akan jatuh.
Jadi logiklah sangat pemaju perumahan cuba sedaya upaya untuk memperoleh keuntungan daripada projek mereka.
Bank? Pada pandangan bank, rakyat sekarang lebih berkemampuan berbanding dulu. Mereka kata gaji orang sekarang ni lagi besar berbanding dulu. Memanglah. Yang cakap tu berpandukan kepada senarai peminjam yang telah berjaya memperoleh loan daripada mereka. Bank takde masalah nak beri pinjaman dengan margin yang tinggi kepada mereka yang layak.
Hutang anda adalah keuntungan bank. Bank suka nak bagi jumlah pinjaman yang tinggi kepada mereka yang layak sebab mereka akan buat lebih banyak keuntungan. Dalam kepala mereka takde benda lain selain keuntungan maksima dan jumlah keuntungan yang mengatasi jumlah keuntungan pada suku tahun atau tahun sebelumnya.
Diri sendiri? Ada sesetengah orang berpendapat, jangan salahkan sesiapa tapi salahkan diri sendiri sebab tak mampu beli rumah sekarang. Kena pandai cari income tambahan, bla bla bla.. Yelah tu.. Senang cakap.
Mereka yang cakap macam biasanya tergolong dalam kumpulan yang ‘bertuah’ kerana perniagaan mereka berjaya, atau mereka mula awal dalam pelaburan hartanah (sebelum property market boom di awal tahun 2000 dulu). Mereka tak faham dilema anak muda sekarang.
Untuk orang kebanyakan macam saya, tak banyak yang boleh dilakukan. Contoh macam saya la. Dah beli sebuah rumah untuk investment. Rumah kedua untuk tinggal sendiri. Masuk rumah ketiga dah kena keluarkan 30% down payment untuk rumah tersebut. Mana nak cari duit 30% tu? Kalau rumah RM100,000, paling kurang RM30,000 tunai perlu dikeluarkan untuk rumah ketiga. Itupun kalau dapat rumah pada harga tersebut. Pendek kata, orang macam saya senang sampai tahap maksimum.
Cuba pula kalau anak muda yang merantau dari negeri lain datang ke ibu kota untuk mencari kerja. Keluarga sederhana. Dapat gaji cukup makan je dalam sebulan. Bila agaknya anak muda ni nak beli rumah? Nak beli kat bandar tempat dia bekerja, memang luar daripada batas kemampuan. Silap-silap nak keluarkan deposit 10% pun tak cukup. Nak beli rumah di kampung macam tak releven sebab kerja dan menetap di bantar.
Saya masih lagi berpendapat kerajaan perlu mempunyai mekanisme untuk menyediakan perumahan mampu milik kepada rakyat. Takkan nak biar rakyat yang tak mampu hidup jauh dari ibu kota dan terpaksa berulang alik selama beberapa jam setiap hari ke tempat kerja?
Apa yang saya nampak, sekarang ni kerajaan tak kisah sangat. Asalkan pinjaman diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan mampu bayar, mereka yakin krisis hutang seperti yang telah melanda Sepanyol, Portugal dan Greece tidak akan berlaku di sini. Mereka nak kejar status negara maju 2020, ada give and take yang perlu berlaku untuk mencapai tahap itu.
Fast forward beberapa tahun lagi, apa yang akan berlaku sekiranya dah terlalu banyak perumahan pada harga yang terlalu tinggi?
Bagaimana pula nasib anak-anak muda selepas saya? Ada lagi ke peluang nak beli rumah di usia yang muda?
47 Comments
Izwan
16 February, 2013 at 3:25 amdah tengok video ni lama dah..
as they said, anak muda sekarang ni belajar tinggi pun tapi lagi miskin dari orang dulu..
pening gak pale pikir lepas grad nanti ni..
Ariff
17 February, 2013 at 8:31 pmTu realiti kat malaysia sekarang. Nilai duit makin kecik, gaji tak naik-naik. Preatasi kerajaan dalam manaikkan ekonomi kita selama 55 tahun merdeka ni tak cukup bagus
muazfaris
14 February, 2013 at 4:22 amsetuju sangat … akhir nya sama je..
Zulhilmi Zainudin
12 February, 2013 at 5:46 pmPernah juga terfikir sendirian perihal harga rumah ini. Bila terlalu jauh difikir, makin runsing hati.
daddydee
11 February, 2013 at 3:48 pmItu lah masalah yang orang muda hadapi sekarang ni. Untuk dapatkan sebiji rumah memang berpeluh keringat…..
Memang kerajaan perlu melihat balik isu ini.
sohoque
11 February, 2013 at 3:32 pmaku dah beli rumah pd tahun lps.. bergolok bergadai aku.. hahahah.. habis retirement fund aku (dlm unit trust). rumah lak takder la besar sgt, tp harga seegah juta beb.. huhuhu.. skrg tgh kumpul balik fund aku yg dah habis tu..
Ariff
12 February, 2013 at 11:18 amMesti landed ni dan confirm tahun ni harga dah naik kan?
abangkhai
11 February, 2013 at 12:17 pmRumah kos rendah di Shah Alam satu masa dahulu harganya RM25k.. kini harga sudah sama dengan apartment. Paling murah boleh diperolehi dengan harga RM180K. Alasannya kerana berdekatan dengan stesten komuter dan pengangkutan yang lain. Oh dunia!
asyraaf kadir
10 February, 2013 at 5:11 pmIt’s surprising, isn’t it? Wonder how are we Generation Y and Z surviving in the future with this rocket-high price tags.
Ekspresi Ruang
10 February, 2013 at 10:23 ambudaya rumah mahal ni bukan saja di kota2 raya, bahkan sudah menular ke bandar2 kecil. di Kangar ni pon, rumah semi-D pon dijual hampir RM600k. kadang2 terpaksa pejam sblh mata, dan beli je. dgn harapan atas kajian yg dibuat bahawa kwsn tersebut akan berkembang pesat pd masa akan dtg tu akan termakbul. setiap tindakan yg diambil dgn menggunakan duit sendiri itu adalah satu bisnes, dan setiap bisnes ada risikonya. kalau xnk risiko, makan gaji selama2nya lah sampai mati.
Juan
9 February, 2013 at 7:42 pmsaya sendiri telah siap menulis artikel berkenaan isu rumah ni, tetapi belum release lagi, saya ada pandangan tersendiri berkenaan ini
ohcikgu
9 February, 2013 at 5:58 ambab rumah ni. susah mahu cakap..haha
Mat Din
8 February, 2013 at 9:14 amkadang kita mati pun tak abis nk bayar utang rumah smua bagai… smua ni tanggugjawab kerajaan tuk membela rakyat.. my 2 cent lah :)
asraff
7 February, 2013 at 5:54 pmrumah sekarang ni memang mencanak naik…tak byk lagi harga yg murah-murah…..
Hafizul
7 February, 2013 at 5:02 pmEmm kalau murah, dah lama saya beli..kita ni gaji tak seberapa..kadang-kadang runsing jugak kalau harga rumah makin mahal..
ProfHariz
6 February, 2013 at 7:29 pmBagaimana untuk zaman aku 2016/2017 ?
Ariff
7 February, 2013 at 10:30 pmsusah nak cakap bro. Yang pasti, lebih mahal daripada sekarang
azman
5 February, 2013 at 10:34 pmSebab hargalah,saya terkial2 nak cari rumah yg mampu milik :).Jarang dah nak jumpa rumah baru bawah 100k di K.L nih. :)
Lizz
6 February, 2013 at 3:40 pmhmmm harga rumah dekat JB lagilah melambung. huhuhuh. rata-rata yang dekat JB ni harga dah RM200K and above. ade yg below price ni tapi kecik rumahnya
drinspirasi
5 February, 2013 at 8:22 pmSaya setuju dengan pandangan Tuan. Bila difikirkan balik, ia seolah-olah untuk generasi y. Bimbang jika generasi selepasnya akan mengalami kesukaran untuk membina impian yang diidamkan
Dr Fuh
5 February, 2013 at 10:34 ambenar tu. Haega rumah dan hartanah semakin menjadi-jadi. nanti tahun 2020 tak mustahil rumah teres biasa mencecah jutaan ringgit. nak salahkan siapa?hurm..
Denaihati
5 February, 2013 at 2:23 amHarga rumah yang mahal adalah satu bentuk penjajahan cara baru untuk menguasai bumi Malaysia kerana hanya kaum tertentu sahaja yang mampu memiliki dan kaum yang lain perlahan-lahan dihumban ke kawasan luar kota.
Mashura
5 February, 2013 at 12:43 pmBetul cakap tuan Denaihati. Bukan saja di Kuala Lumpur, harga rumah di Johor Bahru pun melambung tinggi. Target pemaju adalah pembeli warga Singapura dan kaum yg tertentu. Saya yang duduk di rumah teres rumah 2 tingkat jiran-jiran kebanyakan kaum yang tertentu dan warga Singapura. Bukan tidak bersyukur, cuma sedih tengok generasi akan datang terutama anak-anak orang melayu yang tidak mampu memiliki rumah. Kalau pun hasrat kerajaan tercapai untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, tapi saya rasa manafaatnya lebih kepada orang luar. Bak kata perpatah ‘kera dihutan disusukan, anak di rumah kelaparan’. Akan berlaku kah di masa hadapan dimana orang malaysia terutama orang melayu hidup menumpang di negara sendiri??? Soalan ini lah yang selalu bermain dibenak fikiran saya.
Rui
8 February, 2013 at 9:45 pmDi kawasan Balik Pulau harga rumah sudah mencecah jutaan ringgit dan ada sebuah sekolah antarabangsa di situ. Balik Pulau asalnya adalah perkampungan nelayan, jadi siapa saja yang mampu membelinya?
segalabenda
4 February, 2013 at 4:54 pmsepatutnya kena ada kawalan harga rumah…kalau tak macam mana la orang berpendapatan bawah 3k nak beli rumah sampai 300k-400k
fairuz
4 February, 2013 at 3:11 pmye..betul…keadaan ini sama mcm saya skrg..baru nk kerja..hari tu pegi tgok rumah kat ipoh.keluaran mk land..mmg rm300k lebih dkt 400k…gaji permulaan x sampai rm3k pn…bila bincang2 balik dgn mak ayah, mmg x boleh la nk apply kat situ…sedih betull..huhuhh
cmratu
4 February, 2013 at 1:23 pmhuhu.. harga akan naik dan terus naik.. gaji naik setahun berapa sgt nak banding dengan peratus kenaikan harga rumah, sampai bila pun tak boleh nak beli…..
hafiz hafizol
4 February, 2013 at 10:58 amkena belajar lagi nie dari blog nie pasal beli rumah.. pengetahuan aku zero.. kihkihkih
Ladfe Amir
4 February, 2013 at 10:45 amsaya sudah ada rumah sendiri.
tetapi masih berkeinginan untuk menambah koleksi rumah. memang banyak bezanya harga rumah pada harga 10tahun lepas dengan hari skrg ni
Man
4 February, 2013 at 7:16 amargh dalam dilema. memang betul apa yang diperkatakan.
Arrazi
4 February, 2013 at 6:07 amDilema anak muda. Semoga ada ruang lagi untuk memiliki rumah. Yang penting, kena cari pendapatan tambahan dan pandai buat pengurusan kewangan.
abangensemsangatsangat
4 February, 2013 at 4:27 amPersoalan sama yang gua utarakan 10 tahun dulu, tetapi selagi ada orang terdesak dalam dunia ni, selagi itulah akan ada rumah ‘murah’ yang lu impikan tu.
Katak Comel
4 February, 2013 at 12:17 ampenulisan yg sgt bgos..smmgnye nk bli rumah skg ak mustahil dsbbkn hrge yg teramat tggi..aku pn tgh pning ple skg ni..huhu
fadzly
3 February, 2013 at 10:02 pmharga rumah sekarang memang x reasonable…”bubble property” boleh terjadi bila2-bila masa je dari sekarang…sebab bank-bank sudah mula mengatur langkah mengamalkan dasar penjimatan supaya jika berlaku “bubble property” ini bank-bank sudah bersedia.
azrijohan
3 February, 2013 at 9:54 pmmemang tak dapat dielakkan..
kerajaan nak bantu? rasanya kita hanya mampu berharap je sebab kerajaan pun fikir perut mereka sendiri ja…
berdoa sahaja lah agar dipermudahkan :)
Alris
3 February, 2013 at 9:27 pmMemang rumah semakin lama semakin mahal. Di Indonesia harga rumah cepat sekali naik harganya. Salam
Aya
3 February, 2013 at 1:09 pmAya pun dah beli rumah. rumah apartment 3 bilik tapi harga RM300K.. mahal sangat. tapi Aya beli jak untuk pelaburan… huhu
Ariff
3 February, 2013 at 4:25 pmbeli kat mana ye?
azrijohan
3 February, 2013 at 9:52 pmperghhh harga :O
areliff
4 February, 2013 at 8:56 pmkalau kat bangi dah bleh rumah teres dua tingkat dah!
ika
3 February, 2013 at 12:37 pmUniversity of Malaya. *coughs*
akubiomed
3 February, 2013 at 11:33 amHarga rumah mana ada turun semakin naik adalah.
Elieza
3 February, 2013 at 10:02 ami have to agree… ramai beli untuk investment sbb tu harga keep pushed up. tapi saya percaya as we’ve seen in any other investments, benda ni akan come down jugak one way or another. tunggu masa je..
titan
3 February, 2013 at 5:35 amwehh. tidurlah. dah pukul berapa ni. nak kat subuh dah ni..
fakhrin zee
3 February, 2013 at 2:24 amTadi masa nak pergi tengok wayang, aku nampak satu papan iklan jual rumah baru. Rumah teres 2 tingkat sahaja hampir mencecah setengah juta. Yelaa.. kalau RM 400k++ nak mencecah setengah juta la kan? Aku yang tengah nak sambung belajar pun risau dengan harga rumah sekarang ni. Nanti bila dah ada kerjaya tah macam mana la harga rumah. Sama ada sedar atau tidak, bukan rumah baru je mahal mahal tapi rumah yang sedia ada pun semakin mahal.
afif
3 February, 2013 at 1:53 amsetuju..rumah memang mahal sangat sekrang..bila nak menyewa pun dah mahal.duit lebih lepas bayar jadi cukup2 je.nak beli rumah masa muda?pikir 10kali..
azrijohan
3 February, 2013 at 9:55 pmhang kaya, takpe :p hehehe