Dulu tulis blog secara suka-suka.. tak sangka dapat sampai ke tahap ini. Hanya senyuman dan kegembiraan dapat saya pautkan pada wajah di samping ucapan terima kasih yang tak putus-putus kepada semua pembaca dan rakan saya. Tanpa anda, kejayaan ini adalah sesuatu yang mustahil.
Pelik sebenarnya macam mana saya boleh menang. Kalau ikut feedback, ada je cakap blog.ariff ni bosan sebab penulisannya skema sangat. Orang yang baca pun kadang-kadang takut nak komen. Saya pula jenis yang degil, suka ikut kepala sendiri daripada ikut cakap orang. Kalau nak cakap menarik tu, rasanya banyak lagi blogger lain yang boleh menulis dengan lebih menghiburkan. Saya memang bertuah.
Apa-apa pun terima kasih tak terhingga kepada semua yang menyokong saya sejak dari awal lagi. Maafkan saya kalau ada terkasar bahasa atau terguris di hati. Apa-apa pun, layankan koleksi gambar sempena malam anugerah Malaysia Social Media Week 2012. Terima kasih kepada encik photographer/driver iaitu adik saya, Radzlan Shah.
Terus terang saya cakap, event ni memang grand dan mereka akan menjadikan event ini sebagai event tahunan. Jadi bersiap sedia dari sekarang. Anda ada setahun untuk mengatur strategi.
Tak sempat sebenarnya nak go through makanan yang dihidangkan. Nervous beb. Takut naik pentas nanti tersadung ke.. Kat depan tu segala jenis press ada. Control macho pun ada sikit-sikit. haha! Ada gadis sebelah..
Sebenarnya kan penat gak tangkap gambar senyum banyak-banyak. Nak posing peace-peace macam Fatin Liyana memang tak reti la.
Don’t play-play. Kedua-dua ni adalah gergasi media dalam niche mereka sendiri. Saya je anak ikan. Iluvislam semua orang dah sedia maklumlah kan. Koleksi 1001 Resepi ni ada 200k+ fans di Facebook. fuh! I respect this aunty. Further proves that dalam social media, sesiapa sahaja boleh berjaya. Lupa nak tanya aunty, agak-agak dah cecah ke 1001 resepi kat blog dia?
Denaihati tak join sebab kat luar negara sekarang. Jadi diwakilkan Jaws & Anarm. Pisyek dengan Zulseffort pun ada sekali. Lupa nak tanya Zul macam mana nak dapatkan RT ribu-ribu. hehe..
Gambar bersama Fatin Liyana didedikasikan khas untuk AE. Sila jeles.
Abang Kay ni dari apesal.com dan kucing.my. Dialah pengumpul trofi terbanyak malam ni. Sampai 3 trofi bawak balik.
Bukan Hanis Zalikha. Gadis yang duduk semeja sebelah saya tadi. Anak Pn. Zuraida. Dah tangkap gambar dengan mak dia barulah boleh tangkap gambar dengan anak. hehehe..
Had a great night. Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang meletakkan saya di sini. At this stage, kalau nak berhenti menulis pun rasa tak rugi apa-apa dah.
Jadi blogger macam saya ni, it’s never about the money, fame or anything tapi entah macam mana saya dapat merasa semua tu. Alhamdulillah. Kepada rakan yang lain, teruskan usaha. Success is never too far away.












mmg sgt elegan bro dlm majlis tu.
nmpk pdn je dgn Fatin Liyana tu.
engineer ngan doktor ok pe. huhu
Entri terbaru Ekspresi Ruang >> The Bank: Kedai Konsep Starbucks Coffee Di Amsterdam
wow! lambat ucap tahniah. Btw, Tahniah. heee :)