Upacara Korban @ Kampung Palimbayan Indah, Kampung Sungai Penchala, KL

Alhamdulillah dapat menyaksikan upacara korban Aidiladha tahun ni. Last dulu masa sekolah rendah, buat kat Melaka. Long time ago..

Kampung Palimbayan Indah ni merupakan salah satu daripada tiga kampung ymg terdapat di Kampung Sungai Penchala, KL. Untuk orang luar, tau Kampung Sungai Penchala yang terkenal dengan restoren Sambal Hijaunya sudah.

IMG_4572-0.JPG

Manpower. Literally.

IMG_4573-0.JPG
Yang bakal dikorbankan.

IMG_4575-0.JPG
Mengatur strategi untuk menumbangkan lembu ni. Kalau nasib tak baik, silap-silap boleh kena terajang dengan lembu.

IMG_4576-0.JPG
Kuncinya adalah untuk menjerat kedua-dua belah kaki belakang lembu. Tapi kalau tak dapat dua belah, sebelah pun jadilah. Cuma susah sikit nak tarik.

IMG_4577.JPG
Semakin ramai yang menarik.

IMG_4578.JPG
Rebah akhirnya. Kedua-dua belah kaki diikat.

IMG_4579.JPG
.. penyembelihan. Sorry.

IMG_4581.JPG

IMG_4580.JPG
Kulit dibuang. Daging dilapah.

IMG_4582.JPG
Pusat penimbangan dan pemotongan.

IMG_4583.JPG
Setiap anggota badan lembu dipastikan ‘tidak hilang’. Ada yang jadi auditor yang memastikan setiap bahagian berada di tempat yang betul. Kaki, ekor, kepala, kulit, semua kena lalui auditor.

IMG_4584.JPG
Auditor. Semua bahagian lembu akan diperiksa.

IMG_4586.JPG
Perut dibawa ke sungai untuk dicuci.

IMG_4587.JPG

IMG_4588.JPG
Pasukan pemotong menjalankan tugas.

IMG_4589.JPG
Tulang dipotong untuk diagihkan.

IMG_4590.JPG
Ribs, anybody?

IMG_4591.JPG Senarai nama yang berkorban. Kalau tengok betul-betul ada nama Maya Karin kat senarai tu.

So itulah sedikit sebanyak suasana korban di sini. Sekejap je setel sebab banyak sukarelawan yang membantu. 11 kumpulan bantu sebelih 11 ekor lembu serentak. Pukul 10 dah tumbang semua lembu korban.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

10 Comments