Sell On News Untuk Kaut Untung Maksimum Dalam Pelaburan Saham

Bagi yang melabur dalam saham, pasti pernah dengar, buy on rumors, sell on news. Maksudnya kat sini, beli saham masa ada khabar angin dan jual masa berita dah keluar.

Tapi saya tak minat sangat part buy on rumors ni. Kat Bursa Malaysia khususnya, buy on rumors ni biasanya berlaku pada saham penny stock yang kebanyakannya dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu. Elakkan saham macam ni. Beli saham yang memang ada prestasi kewangan yang bagus sahaja.

Majoriti yang baru buka akaun CDS akan guna konsep buy on rumors untuk membeli saham. Kalau tak ikut cakap kawan atau officemate, mereka ikut recommendation dalam forum online seperti i3investor. Ini kerja gila dan perlu dielakkan kalau sayang duit. Buy on rumors ni macam main judi kat kasino je. Kalau nasib baik, untung, nasib tak baik, rugi. Most of the time, rugi lagi banyak daripada untung.

Yang saya setuju adalah part sell on news. Contoh kes masa GHLSYS jalinkan kerjasama dengan Alibaba hari tu. Saham mereka naik sehingga paras tertinggi RM1.87 the next day berita tersebut diumumkan. Gila.

GHLSYS ni ada dalam portfolio 2017 sejak awal tahun haritu dan saya masukkan dalam portfolio berdasarkan prestasi kewangan serta confidence level saya pada perniagaan mereka. Syarikat ni bekalkan system dan peralatan untuk perniagaan lain menerima pembayaran menerusi kad. Sekarang ni semua orang gunakan kad kredit dan debit, jadi majoriti syarikat sekarang perlu menyediakan saluran untuk menerima pembayaran melalui kad.

Awal tahun haritu memang takde langsung cerita pasal Alibaba ni. Sekali Alibaba datang dan umumkan mereka nak kerjasama dengan GHLSYS. Boom. Terus limit up dan next day naik sampai RM1.87. Kemudian jatuh semula dan berlegar sekitar 1.44-1.50 sekarang.

Kalau ikut konsep sell on news, boleh jual around RM1.80. Jangan fikir apa dah. Actually benda ni logik sebab mereka baru nak bekerjasama, pendapatan tu entah bila baru start masuk. Melihat kepada saiz Alibaba, tak hairan pasaran excited dengan berita ni menyebabkan harga melonjak sehingga ke paras tersebut. In reality, peningkatan pendapatan hanya akan dapat dilihat dalam masa 6 – 36 bulan lagi.

Tapi sell on news ni tak terpakai pada semua berita. Contohnya berita laporan kewangan yang cemerlang tak akan menyebabkan harga jatuh ke paras sebelum berita tersebut keluar (kecuali kalau ada faktor lain).

Contoh kes adalah PetronM. Kaunter saham ni limit up the next day mereka umumkan prestasi laporan kewangan dan harga saham sejak dari tarikh tersebut belum jatuh ke paras sebelum laporan tersebut dikeluarkan.

So there you have it. Bila tengok kes GHLSYS, baru saya faham sell on news ni. Still learning dan catatan ni hanya sebagai nota untuk saya.

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

5 Comments