Unit Trust Terbaik 2015

unit trust terbaik 2015-
Kepada yang tanya saya unit trust mana terbaik, saya cakap refer senarai Lipper Fund Award ni je. Buat homework sikit Lipper ni syarikat apa dan dari mana. Dari situ anda akan nampak yang mereka ni bukan jenis yang ‘dibayar’ untuk bagi menang award kepada pihak tertentu.

Lipper Fund Award ni adalah award berdasarkan prestasi tahun sebelumnya. Semua unit trust di Malaysia dipertandingkan dalam senarai. Kalau fund anda takde, maksudnya prestasi fund anda tak cukup hebat untuk jadi pemenang dalam senarai ni.

Kenapa fund yang tak popular boleh menang?

Pertama sebab saiz fund tak terlalu besar. Bila tak besar boleh manage dengan mudah, tak perlu ramai fund manager untuk uruskan. Kos operasi rendah, peratusan nak lakukan kesilapan pun rendah. Bila senang nak manage, risiko daripada masalah fund manager tak perform rendah, jadi senang nak buat untung.

Fund yang popular perlu organisasi yang besar untuk menjaganya. Nak jaga organisasi besar ni susah, kos tinggi dan bukan semua fund manager boleh perform.

Oleh sebab itu, anda akan nampak fund yang baru kadang-kadang boleh bagi 40% keuntungan setahun, tiga kali ganda daripada average pulangan biasa dana unit trust.

Ini dari segi logiknya lah. Mungkin ada yang tak setuju, tapi saya tak kisah. Anda dengan pendapat anda. Yang penting, fund kegemaran saya daripada Eastspring Investment tersenarai dalam senarai pemenang.

Mereka yang mempunyai pelan Takaful komprehensif daripada PruBSN Takaful secara tak langsung melabur dalam fund ni. Jadi saya gembira bagi pihak client saya sebab duit mereka berada dalam fund yang memang perform.

Kalau nak ambil investment linked plan (ILP), pastikan fund yang anda invest tu memang perform. No point ambil ILP tapi fund tak perform.

lipper fund

Nombor kat hujung tu adalah bilangan fund yang dipertandingkan dalam kategori tersebut. Kiri adalah kategori dipertandingkan, tengah-tengah adalah nama fund yang menang. Lihat keputusan penuh di sini.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

11 Comments