Umur Perkahwinan Wanita Malaysia

Tahniah kepada rakan-rakan yang semakin hampir ke arah hari bahagia mereka

Rata-rata kenalan saya yang sebaya sekarang akan berkahwin dalam masa terdekat, sudah bertunang, sudah mempunyai calon suami dan bercadang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Menyedari hakikat ini, saya rasa terpanggil untuk menyatakan bahawa wanita Malaysia ni (Melayu especially) memang dah hardwired dalam minda mereka bahawa 25 tahun adalah umur di mana mereka perlu serius dalam mencari pasangan dan menilai pasangan yang ada samada mereka husband material atau jenis yang tak boleh pakai jadi laki.

Benda ni kadang-kadang nampak macam berlaku secara tiba-tiba je. It’s like, “eh, apesal pompuan sebaya aku semua nak kahwin dah ni?” Kadang-kadang that awek yang dikenali masa sekolah dulu yang baru sekarang nak mengorat balik tengok-tengok baru je bertunang. Melepas! (harap maklum, bukan kes saya)

Saya tak taulah siapa yang menetapkan peraturan ni. Pada saya, nothing wrong with it cuma kalau untuk kes mereka yang berkahwin dengan orang yang sebaya dengan saya, dalam hati mungkin agak envious dengan pencapaian mereka. Umur 25 tahun dah mampu nak mendirikan rumah tangga. Memang wow! Respect!

Saya ada beberapa matlamat dan sasaran yang perlu dicapai sebelum semua ni berlaku. Dengan keadaan ekonomi dan kos sara hidup sekarang, rasanya semua orang sudah sedia maklum macam mana kan?

Sekarang berada di Singapura. Berapakah pula umur perkahwinan wanita di sini?

P.s Cik Sharmila Wati sila hubungi saya secara terus melalui email shah.ariff [at] gmail atas urusan ebook. Terima kasih.

45 Comments

  • segalabenda

    14 April, 2012 at 8:53 pm

    bagi aku bro, ianya perubahan mengikut zaman. zaman sekarang gadisnya sudah berkerjaya tak seperti dulu. Zaman mak aku dulu umur yang paling normal kawin ialah lingkungan 16-18 tahun..kalau dah lebih 18 tahun tu macam dah nak masuk kategori andartu.

  • Ekspresi Ruang

    14 April, 2012 at 10:02 am

    sbnrnya sunnah untuk kahwin awal.
    lgpon kalau difikirkan balik, kes yg nak kejar kerjaya dan xnk kawin lg ni yg akan merugikan negara.
    cuba tgk apa yg terjadi kt negara barat. sng2 tgk mcmana populasi negatif yg terjadi kat Singapura tu.
    bila penduduk dah makin berkurang, kuasa membeli dan menggerakkan ekonomi pon akan turun. jd yg ruginya negara.
    jika kita merugikan ekonomi negara Islam cm Malaysia itu sendiri, bukankah kita merugikan Islam secara xlangsung?

  • lAl

    13 April, 2012 at 2:49 am

    Untung besar weh kalo kawen muda… Nak membesarkan anak2 kecik memerlukan tenaga muda yg gagah agar anak dididik dengan mantap!

  • Adilla

    12 April, 2012 at 9:34 pm

    Isu ni mengimbau saya dan adik beradik perempuan lain. Kami semua bernikah pada usia kurang 25. Alasan terkuat adalah bapa meninggal awal pada usia 47 selain masing-masing telah mempunyai ‘teman’. Jadi untuk lebih ‘selamat’ itu yang dipercepatkan. Tapi paling bagusnya adik lelaki bernikah pada usia 20 dengan ‘wife’ yang 4 tahun lebih berusia. Saya nampak persepakatan mereka bagus. Alhamdulillah mereka selamat-selamat sahaja setakat ni. Tetap dapat beli rumah (2 buah lagi) dan berkenderaan juga. ‘Pernikahan’ itu dijalankan secara menurut syariat, InsyaAllah rezeki ada di dalamnya….Pandangan saya sahaja…Kesediaan amat penting dalam hal ini.

  • LoVeLy MiA

    12 April, 2012 at 9:08 pm

    umur saya dah 28 tahun… still single lagi… kadang kala timbul perasaan risau kerana ramai sahabat seangkatan sudah berkahwin, menjadi ibu & hidup bahagia di samping suami & keluarga tercinta… mungkin jodoh saya lewat sedikit… sesungguhnya semua ini ketentuan dari-NYA… InsyaALLAH… umur bukan subjek utama… SeNYuM :)

  • sutera

    12 April, 2012 at 11:16 am

    ntahla..automatik bla dh umur 25 rs nk kawen haha..xdala..rasanya sesuai dh umur tu..lgpun, kwn2 sekeliling smua dh kawen, ada anak ms umur tu..huhu

  • Noriz

    12 April, 2012 at 9:06 am

    syukur sgt sbb target2 akak tercapai… grad on time, a good career, kawin umur 25 dan mesti ada 2 anak sebelum umur 30… alhamdulillah…

    setiap perkahwinan dan anak akan ada rezeki masing2 yg Allah dah tentukan, doa n usaha insyaAllah dipermudahkan :)

  • namaNama

    12 April, 2012 at 5:14 am

    ehhmm.. perempuan 25? bila sebut pasal kawin terdetik jugak nak komen kat cini.. coz..terasa jugk bila tengok kwn2 semua dh kawin.
    baru je sampai umur 25..then, time tgk kwn2 tunang, kawin bagai n diri ni pulak putus cinta! camne?? ehmm.. :(
    Allah itu Maha Adil..

  • arrizz

    12 April, 2012 at 12:25 am

    well i guess, its not a big deal to perempuan since mereka yang akan ditanggung nanti oleh si suami..mereka bunga yang hanya tinggal tunggu disunting saja..yang lelaki nie kena kerja overtime sikit in order to build ekonomi yang kukuh..tue yang ambil masa lama sikit tue..cumanya kalau boleh janganlah kahwin atas 30..agak lanjut bagi pandangan aku :)

  • missina

    11 April, 2012 at 10:37 pm

    ermm rasanya umo 25 dah sedang2 elok untuk perempuan,lelaki 28/29 kira oklah,,bergantung pada individu.Tapi zaman sekrg banyk pompuan yg bekerjaya,kawin pd usia 30 ke atas dah macam perkara biasa.Sya pun single lagi ni,,huhu,,risau2 jugak tapi ntahla jodoh tak sampai lg kut,,**sori tetiba cita psl sy lak,,;)

  • LynnAiza

    11 April, 2012 at 10:08 pm

    lecturer sekarang ramai je pesan, sambil2 belajar ni,carik jugak pasangan. senang lepas belajar,kerja,then kawen terus dengan org yang dah kenal tu. tambah2 perempuan,sbb skrg ni perempuan kalau dah start kerja,tp takda psgn,mmg susah dah nak cari/jumpa org yang boleh buat laki.hmm,tak tau la betul ke tak.tp rasanya kalau laki lain sikit kot kan?

  • atieabid

    11 April, 2012 at 7:15 pm

    ehm. saya 29 tak kawin lagi. mungkin sebab banyak kali gagal dalam bercinta dan akhirnya menjadi bosan dengan semua tu. dan saya enjoy dengan kehidupan sekarang. nak carik laki yang baik bukan senang skg ni.

  • Zarul Umbrella

    11 April, 2012 at 3:39 pm

    pompuan sesuai ler tu umur2 25-28,lelaki had umur 30-40 is the best syarat lelaki tu ada rumah dan kereta lagi bagus..financially stable most important,kawin muda digalakkan kalau iman seseorang lelaki/wanita tu kuat dalam mengharungi cabaran dan dugaan dalam perkahwinan

  • azmanisma

    11 April, 2012 at 3:09 pm

    Kalau dah ada jodoh memang digalakan awal.26/26 masa terbaik wanita bernikah dan melahirkan zuriat.Lelaki 28/29/30,sebab masa ni orang kata dah ada kerja yg stabil,tak elok menbujang2 lama…rugi dari segi masa.Contoh kawin umur 30 umur 40 anak baru umur 10 tahun,masih sekolah lagi.Kita lelaki umur dah 40 kederat tu dah berkurangan he3…

    *tapi ada org kata umur 40 lelaki lagi kacak he3..

  • akubiomed

    11 April, 2012 at 2:44 pm

    Wanita kalau yang belajar di pengajian tinggi biasanya akan lewat kahwin belum lagi ada yang memberi alasan untuk mencari kerjaya stabil sebelum bersuami.

    Saya rasa mereka akan berkahwin selepas setahun – dua tahun selepas menamat pengajian.

    Saya bernikah dengan isteri saya ketika beliau berumur 18 tahun.

  • cik_myra

    11 April, 2012 at 2:02 pm

    exactly..ianya berlaku secara tiba-tiba, dan aku pon perasan, eh apesal kwn-kwn sume da bertunang ni?? we are only 21..urghh…serta merta rase nak bertunang jugak, tp byk perara lagi yg menjadi pertimbangan, hahah…

  • MK Kimi

    11 April, 2012 at 1:38 pm

    kalau yg dah ada calon tu, berkapel bertahun2 better kahwin cepat2 lah. elak fitnah & prasangka buruk. Tapi sprt yg ariff cuba smpaikan, keadaan semasa cthnya status kewangan yg mghalang..betul tak? kalau dah ckup duit tu kahwinlah cepat2 ;)

  • namee roslan

    11 April, 2012 at 9:24 am

    em..kawan namee…tahun ni tiba2 semua bertunang. tiba semua dah set date nak kahwin.and so far diorang semua kahwin dengan partner yang umur sebaya. lepas grad kerja terus, mungkin lepas tu diorang apply loan kot untuk kahwin. tapi perempuan tak boleh kahwin lambat sangat, fikir gak nak beranak nanti. dulu namee target umur 22 nak kahwin sebab kira-kira kalau beranak…anak kita umur 7 tahun kita dah 30 tahun. haha. tapi apa-apa pun jodoh memang bukan kita yang boleh plan dan sekat.

    • za

      11 April, 2012 at 10:36 pm

      namee, takpe geng je ngan za..last of the last single ladies of our batch..ahha..but you’re so pretty..nti ada yg masuk meminang lah tu..for me now that i’m single, i workaholic like 24/7 juggling 2-3 jobs + nak ambik Masters/Part 2 Archi lagi..haha..mau 2-3 tahun lagi..tu pun kalau ada yang muncul,kalau tak..relaks je lah nak buat mcm mana :)

  • abangensem

    11 April, 2012 at 8:49 am

    25 tahun?? Kenapa lewat sangat?? Gua masa umur 14 tahun dah mula start mencari pasangan hidup dah dan selepas 14 orang awek bersilih-ganti, barulah pasangan hidup sebenar aku temui. Tragis kan citer aku ni..

  • Myra Jay

    11 April, 2012 at 8:38 am

    Seseorang gadis bila mencecah usia 21 thn, rata2 akan tanya- ‘bila nak kewen ni?’ Mcm MJ sendiri kawen masa umo 26 thn melepasi target asal 23thn :)

  • Mus

    11 April, 2012 at 8:24 am

    kena bersedia zahir dan batin kalau nak menempuh ke alam rumahtangga. kalau dah jodoh kita, takkan ke mana. semuanya sudah ketentuan Allah SWT..

  • KiD

    11 April, 2012 at 7:47 am

    kekadang awal dari 25 tahun orang pompuan ni nak kawin dah.. ada yang beberapa tahun selepas 25 tahun pun kata sedang-sedang molek nak kawin. Asalkan steady dari segi segala sudut, kawin je. stability boleh dipupuk selepas kawin.

  • khaizarien

    11 April, 2012 at 7:43 am

    bertuah untuk mereka yang jodohnye sampai awal. ade kala mereka nie sudah merancang dari awal. segala kos mgkin separuh di tanggung ibubapa. mungkin ada juga yang punya simpanan dr dulu. mana yg x sambung belajar after spm n terus kerja ni golongan yang mampu kawin awal around 23-25 n gune duit sendiri. n xde peraturan yg tetapkan umur bape perlu kawen. tp for sure bile umur dh cecah 24 1 kampung akan mula bertanya ‘bila lagi?’ n ni slh satu faktor yg menetapkan around that age dh kene kawen o wajib kawen. faktor len when the girl have a partner elder than her, itu lagi senang ;) ape2 pun jodoh dah tertulis awal untuk mereka sebenarnya… :)

    • liana

      11 April, 2012 at 10:25 am

      btl khaizarien..bl da abes study n start keje 1 kg da sibuk tanye bile nak kawen.padahal tanggungjawab lps blaja byk lg selain dr kawen. plg xsuke bl ade kenduri, for sure dioarang akan tanye soalan kawen ni..setiap org tuhan da tetapkan jodoh juz tg jer samada cpt @ lmbt.