Twitter Dan Facebook Mempengaruhi SEO Google & Bing

Wakil dari Google dan Bing telah mengumumkan dalam satu wawancara bahawa enjin carian mereka menggunakan maklumat yang dikutip daripada media sosial Twitter dan Facebook dalam menentukan kedudukan atau ranking. Ini bermakna apa yang kita lakukan di Twitter dan Facebook dengan link kita akan dikira dan dapat membantu dalam proses Search Engine Optimization (SEO). Antara petunjuk yang dirasakan releven dalam membantu proses Search Engine Optimization (SEO) ialah:

  1. Sumber yang berbagai. Sebuah link yang dikongsi oleh 10 orang berbeza boleh memberikan efek yang lebih berkesan berbanding dengan link tersebut dikongsi sepuluh kali oleh orang yang sama. Apa yang berlaku kat sini ialah link tersebut akan dilawati oleh lebih ramai orang daripada pelbagai IP yang lain, seterusnya menunjukkan yang tersebut popular di mata enjin carian. Jadi dapatkan seberapa banyak retweet yang boleh.
  2. Timing. Link yang selama-lamanya popular akan jadi popular sampai bila-bila. Faham tak? Katakan korang ada tulis entri yang bagus sehinggakan sampai bila-bila pun orang ramai masih menerima entri tersebut dan kongsi link entri tersebut dengan rakan-rakan mereka, maka entri tersebut akan diberi lebih pemberat dan dapat mengekalkan kedudukannya dalam search engine lebih lama. Kena ingat, sekarang Google gunakan Caffeine Search Index, jadi entri lama yang tak dapat trafik daripada search engine akan dilupakan dan diganti dengan entri yang lebih baru pada search keyword yang sama. Jadi adalah bagus untuk retweet/Share entri lama-lama yang bagus dalam blog korang.
  3. Maklumat tambahan. Maklumat tambahan ni adalah teks yang kita masukkan sekali masa share/retweet sesebuah entri. Cara yang berkesan & betul untuk share/retweet entri adalah dengan menambah sedikit komen kita tentang link tersebut. Teks daripada komen tersebut boleh diambil kira sebagai keyword untuk link tersebut.
  4. Clickthrough. Bilangan klik yang didapati daripada Facebook dan Twitter akan dikira dan membantu dalam SEO. Tulis komen yang menarik supaya orang lain akan klik link yang kita tweet dan pastikan klik yang mereka berikan tu tak menghampakan mereka (entri yang bagus untuk dibaca). Lebih untung kalau mereka retweet entri tersebut because it’s just good.
  5. Connection. Benda ni dah dipraktikkan dalam Google sekarang. Secara asasnya, Google akan tarik maklumat orang yang kita follow dalam Twitter dan berikan search result daripada mereka (kalau ada) berdasarkan search term yang digunakan. Oleh itu, dapatkan lebih ramai Twitter follower.
  6. Kualiti. Dalam wawancara tersebut, wakil Google ada menyatakan yang mereka mengutamakan kualiti pengguna Twitter/Facebook tersebut. Kualiti ni adalah subjektif, mungkin mereka menggunakan petunjuk seperti clickthrough daripada akaun Twitter individu, ratio follower to following, kekerapan kita tweet, reaksi orang lain terhadap tweet kita dan sebagainya.

Gunakan akaun Facebook dan Twitter korang sebaik-baiknya. Apa yang aku nampak kat sini adalah efek media sosial ni dapat mengurangkan entri spam/kejar trafik yang kurang menarik dalam search engine. Blog entri yang kurang bagus akan dilupakan dan entri yang bagus akan berterusan mendapat perhatian. Dunia blog kat Malaysia ni baru je nak berkembang, jadi memang nampak sangatlah banyak blog yang mengamalkan konsep entri kosong yang semata-mata nak kejar trafik. Money is a good motivator but at the end of the day quality is what people look for. Apa-apa pun tu semua pilihan sendiri.

+ Follow @ariffshah on Twitter and Ariff Shah on Facebook for more updates on SEO in the future

2010/2011 Premium Sponsor

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

41 Comments