Tutorial Menumpang Populariti & SEO Blog Lain

Iklan sikit. Nak invite semua orang join kontest Tulis & Menang. Dapat sponsor duit lagi, so hadiah dia sekarang berjumlah RM280. Tarikh tutup 25 April 2010

Menumpang tak salah dan pleaselah jangan take this the negative way.. Ini hanyalah method yang mungkin berkesan dan boleh dipraktikkan kalau nak. Aku tak nak la ada komen pasal blogger kena berdikari or apa-apa yang sewaktu dengannya sebab tutorial ni bukan pasal tu. Kalau kita faham macam mana Google search ni bekerja, kita tahu apa nak buat untuk improve SEO.

Entri pagi tadi (waktu Moscow) berkaitan pengeboman di stesen Metro bawak trafik yang cukup banyak. Bertuah pula jadi blogger Melayu yang aktif di bumi Moscow ni. Tak ramai pun blogger kat sini. Persaingan sikit :D Jadi kalau search kat google ‘Moscow kena bom’ atau apa-apa yang sewaktu dengannya memang confirm la entri aku keluar kat front page.

Tengok blog yang kat dalam kotak merah tu, blog kepunyaan Fifi Hazirah, Jai Teratakarmo & Akihiko tersenarai kat front page Google search engine result page (SERP) tanpa perlu menulis apa-apa pun pasal Moscow kena bom ni.

So macam mana nak buat?

Senang je. Untuk pengguna Blogger/Blogspot, ada benda blog list ni. Buka:

Blogger Dashboard>Layout> Page Elements> Add a gadgets> Blog List

Add blog-blog yang korang rasa SEO dia bagus. Rasanya tak perlu mention siapa, semua orang dah kenal dan tau siapa blogger yang hebat SEO dalam dunia blog Malaysia ni. Pastikan korang tick kotak ‘‘. Kalau tak, tak jadi la kan.

Kebaikan

Blog list ni bagus untuk tuan punya blog dan blog yang di listkan kat situ. Kebaikan untuk blog yang dilistkan kat situ macam biasa dapat exposure dan link back la. Kebaikan untuk tuan punya blog pula, macam ni lah, dapat menumpang SEO blog orang yang ada dalam tu.

Kalau macam aku, aku suka buat SEO based on tajuk je, maksudnya memang tajuk tu aku dah optimize untuk search engine jadi keyword tu orang guna dalam search. Aku tak suka guna keyword density, nak tulis nanti leceh. Dalam erti kata lain, untung la orang yang orang yang letak blog aku dalam blog list dia. Aku nak minta segan~ Kalau orang letak aku cakap terima kasih banyak-banyak la =)

***

Oklah ni bukan nak menggalakkan korang nak menumpang ke apa, agenda tersembunyi aku ialah untuk menyuruh korang letak link blog aku je dalam blog list tu tapi dah tak tersembunyi dah kan sebab aku dah bagitau. Walaupun mungkin trafik sesat yang kita dapat macam ni tak banyak, mungkin 1-2% tapi benda-benda kecil macam ni kalau kita dah pandai guna lama-lama banyak gak nanti. Tengok tips yang aku bagi sebelum ni, semua benda basic yang orang lain pandang ringan. Aku ni takdelah hebat mana ada pengetahuan banyak-banyak pasal SEO ni, sekarang ni pun confirm kalau ada yang pro baca kutuk2 aku cakap aku bajet hebat. NO, aku tak hebat. Aku cuma kongsi pengalaman dan pengetahuan tentang apa yang boleh buat dan terbukti berkesan. Itu je.

Apa-apa pun harap dapat membantu =)

Dapat pengesahan daripada tuan punya blog sendiri.. [Go to comment]

fiffy syafiqa hazirah
hahaha… tadi ada gak bbrpa keyword MOSCOW KENA BOM masok..


89 thoughts on “Tutorial Menumpang Populariti & SEO Blog Lain

    • SEO bermaksud search engine optimization. Kalau kita buat blog dan ambil kira faktor SEO, maka senang la nak dapat trafik banyak dari Google search. Tak payah nak blog walking banyak-banyak tiap-tiap hari

  1. o.. gitu… klu cam2 sy nk link awk jg la.. he2..
    .-= Cerita terbaru jue.. Pakwe tak gune!!!!!!! =-.

  2. tapi kan….

    yg tuh memang x kesah…. tapi kan…

    kalau yg masuk utk ni? “kusha las patas translation.”

    celah mne huruf tuh ade lam blog aq?

    lalalalla….

    banyak lak tuh…

    memang traffic free dari oversea aq dapat… hohoho
    .-= Cerita terbaru kaizen.. eSoK LaST PaPeR =-.

  3. salam..

    tips untuk blog wordpress ade ke bro?
    .-= Cerita terbaru shahrin.. Menguruskan domain anda. =-.

    • Aku guna long tailed keyword letak dalam tajuk. Keyword density tu macam kebanyakan entri ko, ada selit keyword yang sama. Benda ni paling susah dan orang guna ni untuk target keyword mahal macam ‘make money online’ Nak cakap banyak pun aku kurang berpengalaman, so ini je la yang aku boleh explain.

  4. selalu baca topik kat GB add link – tapi tak ramai yg kaji blog yg kita nak add tu berkualiti atau tidak – maksudnya kualiti dgn SEO bukan kualiti di ukur dgn kepopularan.

    kadang2 nak terang hal2 teknikal ni…tapi nanti akan keluar ayat hipokrit
    ” aku blog suka2, bkn nak popular ”

    tapi yang pelik

    tak nak popular tapi dok spam kat chatbox orang – dok promote blog bukan di tempat yang sepatutnya.

    faham tak ariff apa kak jie nak bagi tau ni..jgn salah tafsir pula
    nanti bersepah baca entri ” blogger otai berlagak bagus, sombong, tak nak reply komen..bla..bla..seribu satu negatifnya ”
    .-= Cerita terbaru Kujie.. Makcik Avatar Wakil Rakyat =-.

    • Betul2. Sangat-sangat memahami. Biasalah tu kak jie, memang akan ada orang yang tak setuju dengan apa yang kita buat dan cakap.

  5. macam ni rupanya cara nak tumpang seo,win-win situation.kerja senang,letak je mana-mana list blog otai seo dekat blog.

    terima kasih bro di atas tips yang diberi.belajar ke kat moscow tu?
    .-= Cerita terbaru FCUKZBLOG.. Hotel Helicopter =-.

  6. Hahaha..pecah tembelang..kena saman ker nie. Gua baru nak study bro bab-bab SEO nie. Siang malam menelaah masih kurang faham.Tapi yang pasti,kalau dapat berita terkini pastikan join sekaki untuk dapat hits yang terbaik. Bukan main taktik kotor cuma gunakan kesempatan sebaik mungkin tanpa menyusahkan orang.

    Mungkin bagi sestengah orang tak suka cara ini. Tapi persoalannya salah ke? Niat gua cuma menyampai berita yang mungkin tak sampai kepada sesetengah orang. Bermakna tak semua orang baca news online ataupun suratkhabar kalau berpandukan hits yang gua terima.

    Tapi bro macammana boleh capture ek yang cerita pasal metro bom tu? Cerita asal dari lu,kurang pasti macam mana cerita lu terlekat sekali..musykil..musykil
    .-= Cerita terbaru JAI.. DIGI PREPAID SO EASY TO BE FAMOUS "RUMBU" TARGET 1 JUTA HITS =-.

    • Sebab time tu tajuk aku dah memang popular, lepas tu pulak aku rasa ko ada update semalam. Jadi masa Google index page tu, link aku yang ada visible kat blog ko pun akan diindex sekali. Bila orang search guna keyword, Google akan cuba kasi sebanyak mungkin result yang relevan. Result yang relevan ni termasuklah kalau dalam page tu ada kasi link ke entri aku (masa tu entri aku dah jadi top search result kan). So blog ko pun tersenarai la.

      er.. harap faham camni. faham ke?

      Kena saman? Takdelah. No problem je. Takde salah apa-apa pun buat camni.

  7. Salam Ariff,
    Aku pernah cuba tips yg ko bg ni dulu tp ye la kan tangan pelawat/pembaca bukan boleh diikat kan, ada je benda nak dikritik, blog aku berat la bila letak blog list… huhu… tp aku rasa bagus gak kalau letak benda ni… tp kena pandai pilih blog ler, blog yg pagerank tinggi2… mcm blog ko… hehehe…
    .-= Cerita terbaru Dauspozi.. Masalah Blog Error Bila Guna Domain Baru =-.

  8. oooo….baru faham..
    nape kdg2 bila masuk blog yg keluar kt page tu x de cerita pun pasal keyword yg kita cari…
    thanks bgtau..

    p/s: ada kawan yg belaja kt sana bgtau ade student malaysia tercedera. harap semuanya selamat…

    • Tengok timing update tu la. Kalau macam yang aku tunjuk ni, rasanya ketiga-tiga blog tu baru je diupdate. Lagi senang dapat naik dalam search sebab Google suka kasi result yang paling latest updated.