Kali ni kita belajar benda yang lagi advance daripada biasa. Berminggu-minggu jugak aku baca sana sini, korek Google Webmaster punya blog semata-mata nak cari sebanyak info yang mungkin tentang Google pagerank ni. Cerita pasal Google Pagerank ni akan berlanjutan sehingga beberapa entri mengikut kesesuaian. Kali ni aku nak cerita pasal aliran Pagerank dalam blog.
Seperti biasa, bila cakap pasal benda Google Pagerank ni takde siapa pun yang betul-betul faham dan tahu macam mana dia berfungsi. Aku explain ni berdasarkan pemahaman aku melalui pembacaan dan kajian selama sebulan lebih daripada sumber-sumber seperti Google Webmaster blog dan blog-blog syarikat yang menyediakan perkhidmatan SEO berbayar. Apa yang aku tulis ni mungkin kurang lengkap dan terbuka kepada info tambahan yang korang tahu asalkan sumber maklumat tu ada kredibiliti dia.
Sila ambil masa untuk fahamkan apa yang aku tulis ni. Ya, aku tau bahasa kelam-kabut sikit tapi aku dah cuba buat yang terbaik untuk memudahkan korang faham.

Berdasarkan gambarajah di atas:
Total links: Jumlah link yang terdapat pada page http://ariffshah.com dan bukan keseluruhan blog. Yang ni link yang korang boleh nampak bila buka url ariffshah.com
Internal links: Link ke page lain dalam domain sendiri. Contohnya: http://ariffshah.com/chat adalah satu internal link.
External links: Link ke page lain, luar daripada doman sendiri.
Ok, kita try analogi macam ni. Katakan domain kita adalah sebuah bank. Pagerank kita adalah jumlah duit dalam bank tu, lagi tinggi pagerank lagi banyak duit. Internal links adalah peminjam yang bagus, yang meminjam duit dan bayar bulan-bulan cukup termasuk interest. Takde late payment. External links adalah peminjam yang langsung tak bayar balik. Kira bank akan hilang terus duit kalau kasi kat peminjam ni.
Bank ni kalau nak kasi pinjam duit, kena kasi semua peminjam sama rata. Kalau banyak peminjam, maka duit yang dia boleh kasi kepada setiap peminjam tu sedikit. Dari sini kita faham bahawa kalau terlalu banyak link kat homepage, maka nilai pagerank yang dipasskan ke external dan internal link menjadi sedikit. Link yang ada rel="nofollow" tak akan menerima apa-apa dari pagerank kita, jadi kalau korang nak letak Alexa toolbar ke, Google Connect atau apa-apa plugin, eloklah letak nofollow.

Nilai pagerank yang telah dijimatkan tu boleh dimanfaatkan oleh link lain, seperti link ke entri dalam homepage kita. Nilai pagerank yang mengalir ke internal link akan dikitar semula, jadi entri kita dapat manfaat yang besar daripada pagerank tu. Nilai pagerank yang mengalir ke external link adalah seperti baldi berisi air yang bocor. Itu sebab digalakkan untuk bertukar link sesama blogger. Dalam blog.ariff, aku kasi backlink nilai tinggi kepada pengkomen terbanyak (tengok kat sidebar). Kenapa tinggi? Sebab external link aku 10 je (nofollow tidak dikira)
Tapi jangan salah faham pulak sama ada pagerank kita akan berkurangan atau tidak kalau kasi external link. Tak berkurangan sebab external link ni adalah seperti undian kepada site yang dilinkkan, lagi sikit external link, lagi besar nilai undian. Jadi sila jangan jadi kedekut untuk kasi link kepada blogger lain. Pagerank akan berkurang bila page kita pada Google dah tak berguna, contohnya kalau bertahun tak update dan dah takde trafik masuk dari search engine. Walaupun begitu, banyak lagi faktor lain yang boleh menyebabkan pagerank kita turun.
Aku juga pernah baca seelok-eloknya pastikan jumlah link dalam blog atau dalam sesebuah page dihadkan kepada maksimum 100 link sahaja supaya nilai pagerank (dalam bahasa Inggeris dipanggil pagerank juice) tinggi. Lagi satu, kalau page tersebut diindex oleh bot dan spider, tak akan mengambil masa yang lama, jadi cepatlah blog kita diindex oleh Google dan update baru lebih senang masuk dalam Search Engine Results Page (SERP). Untuk Google index page baru (setiap entri adalah satu page baru kepada Google), Google bot perlu ikut (follow) semua link yang ada dalam page tersebut, kecuali link nofollow.
brought to you by
Rumusan
Point penting daripada penerangan panjang lebar aku atas ni antaranya ialah:
- Kurangkan link yang tak berguna dalam sesebuah page dengan menambah rel="nofollow" dalam link tersebut, tapi agak kurang manis pulak kalau korang cerita pasal blog lain, bagi link tapi letak nofollow.
- Penggunaan dofollow di bahagian komen digalakkan untuk blogger baru. Kalau kita galakkan orang komen bermaksud kita galakkan orang baca content kita. Kalau blog kita dah dapat banyak komen, seeloknya letak balik nofollow supaya pagerank juice dapat disalurkan ke link lain yang lebih penting.
- Bila kita conserve pagerank juice, nilai pagerank tu tinggi dan dapat membantu internal link blog kita. Kena ingat semakin besar nilai pagerank juice yang internal link kita dapat, semakin bagus ranking dia dalam SERP.
- Untuk pengguna WordPress, gunakan plugin Smart SEO Links supaya internal linking untuk page penting dibuat secara automatik.
- Hadkan jumlah link kepada 100 untuk sesebuah page. Gunakan tools yang terdapat di [sini] untuk mendapat data tentang bilangan link dalam blog korang dan macam2 lagi kegunaan lain (page dalam bahasa Jerman, kalau guna Chrome boleh translate secara automatik)
***
Tutorial aku sekarang semua dah nak masuk yang advance2. Kalau nak tutorial, boleh request melalui formspring aku (subject to kalau aku ada ilmu tentang benda yang korang tanya tu la)






29 Responses to “Tutorial: Aliran Google PageRank di Blog Anda” Leave a reply ›
ada satu blog aku , setahun lepas PR3 ..tapi turun ke PR0 ..tak tahu lah ape sebabnye...
Cerita terbaru fazamania.. Panduan Meletakkan WordPress Cute Profiles Plugin di Blog Anda